Isnin, Ogos 31, 2009

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...!!!

Selamat Ulangtahun ke-52 negaraku, Malaysia yang tercinta. Di sinilah tumpahnya darahku, di sinilah rakyat hidup aman, bersatu dan padu. Hayatilah erti kemerdekaan, wahai anak2 bangsaku…
malaysia-flagJalur Gemilang kan terus megah berkibar!!!

MERDEKA!!! (JASAMU TETAP DIKENANG)

 

merdeka_greet

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, dikenali juga sebagai Bapa Kemerdekaan. Atas kebijaksanaan kepimpinan beliau, Malaya telah diisytiharkan merdeka dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957

Jumaat, Ogos 28, 2009

MERDEKA BLITZ 2009

Petang lepas habis pusingan akhir DATMO dan AmBank Challenge, diadakan pula kejohanan catur kilat. Hampir 100 peserta yang ambil bahagian. SM juga ambil bahagian. Saje nak lepaskan gian main catur kilat.
SM vs GM
stonemaster Fadli VS Grandmaster Ziaur Rahman dari Bangladesh.
jom layan gambar-gambar di pusingan kelayakan (round 9) catur kilat nii
blitz1blitz2blitz3blitz4blitz5 blitz6blitz7 blitz8
Malangnya, kesemua pemain Malaysia tak dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Mission AmBank Challenge accomplished!

Meriah sungguh DATMO tahun ni. Untuk 3 tahun yang lepas SM tak pernah lagi dapat top 10 dalam AmBank Challenge tapi tahun ni SM dapat tempat ke-9!! Alhamdulillah..dah dapat capai target top-10..InsyaAllah tahun depan rasa macam nak masuk kategori terbuka laa pulak..hehe.
Inilah medal yang SM menangi di kejohanan ini. Dapat juga hadiah wang tunai RM200 dan banyak pengalaman berharga yang tak ternilai... 

Khamis, Ogos 27, 2009

Pairing Round 9 & Final ranking after round 8 of Ambank Chess Challenge

Esok 28 Ogos 2009 adalah hari penentuannya...pusingan terakhir bagi kejohanan Catur Terbuka DATMO dan AmBank Challenge akan dijalankan bermula pukul 9 pagi di Bintang Ballroom Hotel CitiTel Midvalley.

pairing rd 9
Pairing pusingan ke-9 Ambank Challenge. SM akan duduk di papan ke-4, bertemu Nor Ilhamuddin, seorang pemain catur yang berasal dari Terengganu, juga mempunyai markah 5 1/2
rank after rd 8
Rank selepas pusingan ke-8 Ambank Challenge. Harap SM dapat capai target untuk dapat top-10 di kejohanan ini…tunggu esok ok

Rabu, Ogos 26, 2009

Hari keempat @ DATMO & AmBank Challenge 2009

Peserta-peserta AmBank Challenge 2009 (pusingan ke-6 @ 25 Ogos 2009)
ambank1 
Nithyalakshmi Sivanesan VS Ee Sun-Xin (1-0)
Benjamin Lee VS Joshua Chan (1-0)
Ahmad Idzuan Rosli VS Adrian Cheah (0-1)
Tak berapa kelihatan: Jamie-Lee VS Sree Lavinya (1-0)
  Bye : Sanjay Devansh Doshi









ambank2 
Amier Hamzah B. Mohd Zuhri VS Nur Najiha Azman Hisham (0-1)
Cheng Ryan VS Tang Hang Sing (0-1)
Kevin Ho (belum hadir) VS Syed Remizan Syed Sobri (1-0)
Lim Jing Hong VS Ahmad Faizal Ahmad Fahmi(seri)








ambank3

Teh Wee Zhun VS Hew Zhen Jing (0-1)
Tan Li Ting VS Saharuddin Mappa (0-1)
Sivanesan Subramaniam VS Joshua Teo (seri)
Tan Jun Feng VS William Lee (1-0)











ambank4

Sarika Subramaniam VS Tan Kok Liang (0-1)
Mohd Fadli Zakaria VS Shreyas Subramaniam (1-0)
Gabriel Soong VS Heng Fook Liang (0-1)
Wolfaardt, Francois VS Alfred Ting (seri)










ambank5 
Quinton Lip VS Jax Tham (0-1)
Cheah Cheok Fung VS Renitha Narayanan (1-0)
Ooi Li Tao VS Izz Saifuddin (seri)
Mat Zaki Yeop VS Silva, Winston Joseph R (seri)











ambank6

Lim, Samson Jr. VS Panopio, Jr Rodolfo (seri)
Abelgas, Roel VS Nor Ilhamuddin Shaik Ali (1-0)











Lain-lain gambar:

ABCD0017   ABCD0020
Gambar kanan: FM Mok Tze Meng (baju kuning) VS GM Nguyen, Anh Dung (seri). GM Schebler, Gerhard VS FM Goldenberg, Igor (1-0)
Gambar kiri: F. Sayani, M. Hendrik VS WGM Irine Kharisma Sukandar (0-1). Di sebelah mereka kelihatan WGM Atousa Pourkashiyan (Iran)

ABCD0017 WIM Nafisa Muminova VS IM Jha Sriram. IM Jimmy Liew VS IM Ashot Nadanian. Kesemua mereka seri dengan lawan masing-masing.

ABCD0019 IM Oliver Dimakiling VS Deniel Causo (1-0). Kelihatan IM Sadikin Irwanto (Indonesia) di sebelah mereka.

ABCD0009     ABCD0001
Dato Arthur Tan juga tidak ketinggalan menyaksikan permainan catur dengan penuh minat. Gambar kanan: Meja akhir DATMO - David Gates VS S.Balendran (seri). Hilton Bennett (baju putih) dan Abang Draup (kiri, berbaju hitam)
najib     ABCD0002
Arbiter DATMO yang hensem..Najib Wahab. Gambar kanan: Kaushal Khandar (bertopi). Sebelah beliau, Paul Spiller VS Edward Lee Kai Jie (1-0)

ABCD0003     ABCD0004
Gambar kiri: Sam Grigg VS Yeap Eng Chiam (0-1). Di sebelah mereka Ismail Ahmad VS Wong Hao (seri).
Gambar kanan: WIM Shayesteh Ghader Pour VS Andika Pitra (1-0)

ABCD0005     ABCD0006
Di meja arbiter: Haslindah Ruslan. Kelihatan di belakang, Andrew Ooi A.K.A. GilaChess sedang tekun dengan netbooknya.
Gambar kanan: Sumant Subramaniam. Di sebelah beliau Carl Haessler VS FM Brian Jones (seri)

ABCD0007     ABCD0008
Aaron Chua VS Yeoh Li Tian (1-0). Di sebelah Li Tian -Dotsenko, Viacheslav
Gambar kiri: Justin Tan VS Png Ren Chi (1-0)

Selasa, Ogos 25, 2009

Ramadhan Buffet with Chef Jaafar Onn at Quality Hotel, Kuala Lumpur

Lepas habis jee main pusingan ke-4 di AmBank Chess Challenge, SM terus jee balik. Walaupun semua permainan dijadualkan tamat pada pukul 1 tengahari tapi SM tak dapat nak tunggu pairing round 5 keluar sebab kepala ‘dah berasap’ hehe. Sekarang baru dapat 2 points dan tinggal 5 pusingan lagi. Malam ni, peserta2 DATMO ada dinner berbuka puasa di Mid Valley, SM pun tak ketinggalan juga untuk buka puasa di hotel…bukan di Mid Valley tapi di salah sebuah hotel bertaraf 4 bintang di Kuala Lumpur, iaitu Quality Hotel.
ramadhan buffet
Nak makan buffet di hotel, baik buat tempahan awal dulu..call saja..yelah..kot2 dah penuh lak nanti tak dapat meja atau tak cukup pulak makanan yang dihidangkan nanti.
door gift appetizer
Dewan makan hotel ni terletak di tingkat 3. Duduk saja di meja, terus dapat ‘door gift’ dari Jaafar Onn. Yahoo..!! Dapat first kad raya untuk tahun ni..hehe..Dapat CD 12 lagu Jaafar Onn, resepi istimewa dan air freshener aroma blueberry juga. Dah ada meja..so apa lagii..jom amik makanan laa pulak..mula2 amik appetizer dulu sebagai pembuka selera. Macam-macam jenis salad ada.
air batu campur kuih muih
Nak cari kurma tak jumpa laa pulak..hehe…sental aje laa apa2 yang manis. Ais kacang (ABC) dan kuih-muih pun jadi..
chef jo stalldaging
Hari ini Chef JO masak ‘hati lara tanjung katong’ untuk para tetamu. Hampir 200 orang tetamu berbuka puasa di sana pada malam ni. Memang laku masakan chef JO ni, sedap lak tu..antara juadah yang cepat habis.
bubur cornerbubur lambuk
Pelbagai jenis bubur juga dihidangkan. Bukan hanya bubur lambuk saja..
bubur jagung sate
Bubur jagung, sate pon ada
surausolat maghrib
Dalam sedap2 buka posa, solat jangan dilupa. Bilik surau hotel nii terletak di tingkat satu, bersih dan selesa.
rohana,Jo & haiza
Sambil menjamu selera, ada live show dari para artis terkenal...sapa mereka tuu..takkan tak kenal kot…Rohana Jalil, Jaafar Onn (Chef JO) dan Haiza. Banyak lagu yang diorang ni nyanyi…kebanyakkan lagu-lagu bertema lagu P.Ramlee.
rohayu



Yang berbaju hitam nii juga penyanyi, pernah rakamkan album tapi SM tak berapa nak ingat namanya..Rohayu kot…







bollywood feeling
cik adik manis kat sebelah, berbaju hijau yang tengah tangkap feeling tuu penyanyi baru...sedap jugak suaranya bila dia nyanyi lagu bollywood hehe..









main dishes
Sambung lagi makan..layan lagi selera..banyak lagi makanan yang ada..nasi goreng siam, ketam masak cili, ikan jenahak lemak pedas cili padi, ayam kapitan, sotong tumis kuah satay, ekor lembu asam pedas, udang tumis cili kering dan kacang gajus, telur dadar kacang panjang, pucuk manis masak lemak…dan lain-lain.
sup ekorbubur kacang
Masa nii perut SM dah tepu dengan macam-macam makanan. Tapi nak juga rasa sup..ada sup tulang, sup ayam dan sup ekor. Memang power sup ekor yang SM makan tuu hehe. Bubur kacang pon ada.
desertaiskrim
Dah hampir 2 jam lepak makan-makan dan terhibur dengan nyanyian, tak larat dah sental macam-macam makanan yang sedap-sedap kat sana, tibalah pula makanan pencuci mulut..apalagi..buah-buahan, kuih-muih dan semestinya…aiskrim.
promosi


Memang best makan bufet buka puasa di Quality Hotel…hampir 150 jenis makanan yang dihidangkan. Semuanya sedap-sedap pulak tu. Kenyang dan terhibur. Lupa sekejap tension main catur pagi tadi. Bak kata Amy Search dalam iklan Celcom tuu…”berbaloi-baloi” hehehe..















P.S.Selamat Hari Jadi, sayang.