Rabu, September 30, 2009

PROGRAM KEBITARAAN CERDIK CATUR DI SHAMS@30/9/09

Pejam celik, pejam celik dah lebih seminggu kita beraya. Minggu ni dah mula semula dengan aktiviti klinik catur yang dikendalikan oleh SM. Tadi petang SM dipanggil oleh pihak Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban untuk kendalikan Program Kebitaraan Cerdik Catur di dewan sekolah tersebut dari jam 3 petang hingga 5 petang.

Seramai lebih kurang 100 pelajar sekolah tersebut telah hadir di program tersebut. Program tersebut diadakan pada hari Rabu kerana kokurikulum sekolah tersebut dibuat pada hari Rabu.






Cerita selanjutnya,sila layari www.stonemaster.info/training dan juga http://www.stonemaster.info/

Selasa, September 29, 2009

JOGGING 2X SEMINGGU DI TASIK TITIWANGSA



SM bergambar di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.



Semenjak SM dapat title sweet 40 April lepas, SM telah selitkan aktiviti baru SM dalam jadual mingguan SM iaitu berjogging. Rasa badan dah semakin slow sejak dah jadi sweet 40.


 Aktiviti sukan lak semakin banyak. Semenjak jogging 2x seminggu ni, berat SM semakin turun dan badan semakin slim. Dulu berat SM sekitar 70 hingga 75kg. Pernah juga cecah 80 kg hingga 82 kg 3 tahun lepas. Sekarang lepas konsisten 3 bulan buat aktiviti bersenam 2x seminggu dari jam 7 pagi hingga 10 pagi di Tasik Titiwangsa, berat SM dah berlegar di sekitar 65kg hingga 69kg.



Bila buat aktiviti senaman cam nii, badan rasa semakin ringan, dah kurang rasa mengantuk, otak rasa lega selalu dan ada macam extra semangat untuk buat tambahan kerja harian. Badan cergas, otak pun cerdas!
Baru 2 pusingan di tasik tersebut, macam dah nampak mandi peluh.

Isnin, September 28, 2009

KEJADIAN KHEMAH RUNTUH PADA 8 SYAWAL DI RUMAH TERBUKA AHLI PARLIMEN AMPANG

Ini adalah kali pertama kejadian khemah rumah terbuka tumbang ditiup angin taufan di rumah terbuka ahli parlimen Ampang. Sehari sebelum kejadian ini, SM singgah di rumah Taman Keramat dan ada orang letak iklan rumah terbuka tersebut di cermin depan kereta SM. Iklan tuu tulis rumah terbuka tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 27 September 2009 bertempat di padang bola, Taman Kosas Ampang. Masa antara jam 10 pagi hingga 1 petang.
Hari Ahad tuu, SM sampai di tempat tersebut jam 12.30 tengahari. Sempat SM makan roti canai, mee sup, roti jala, laksa,satay, kueh muih, lontong dan minuman. Tiba-tiba masuk jee jam 1 petang, awan jadi gelap dan hujan lebat pun turun.

Angin kencang tiba-tiba melanda sehingga atap khemah di pentas depan tumbang disebabkan angin kencang tersebut. Walaubagaimanapun, SM sempat merasai semua jenis makanan yang dihidangkan di sana. hehehe






SM dengan adik SM tengah sental makanan yang dihidangkan di rumah terbuka tersebut.











Kelihatan YB Zuraida Kamaruddin (baju kuning) iaitu Ahli Parlimen Ampang sedang sibuk melayan tetamu yang hadir. Cuba perhatikan awan yang mendung tuu.









Keadaan menjadi sedikit kelam kabut apabila hujan ribut melanda tiba-tiba. Ramai juga yang terperangkap dan berteduh di khemah utama. SM pun turut panik dan berselindung di salah satu khemah tersebut. Kalau tak hujan lebat, tentu lebih banyak makanan habis kena sental. hehehe




Ahad, September 27, 2009

JOM KITA BERAYA LAGI@26/9/09,KALI NI DI RUMAH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DAN RUMAH PAK SU

Kali nii SM nak bawak kamu semua beraya di rumah yang cukup istimewa. Jom ikut jee hehe

parking tunggu tren

Nak pegi rumah terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad tuu, keter tak dibenarkan dibawa masuk. So..sapa2 yang bawak kenderaan sendiri tuu kena lah park kat tempat yg disediakan oleh pihak penganjur..dengarnya ada kenderaan khas yang disediakan utk para tamu ke umah terbuka tuu. Nak jalan kaki (15 minit) jee pon boleh tapi cuaca panas terik lak..so tunggu aje lahtren.

Haa inilah dia ‘tren’ yang disediakan utk membawa para tamu ke umah terbuka tu..tapi tren ni bukan jenis yang gerak di landasan keretapi.. tren nii ada tayar dan bergerak atas jalan raya, boleh laa muat dalam 30-40 org sekali trip.

lot 58 selamat datang

Ok dah pun sampai ke rumah yang dituju..Lot 58, Jln Kuda Emas, Mines Resort City, Sri Kembangan. Kat mana tuu ek…oooo umah bekas Perdana Menteri Malaysia yg ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

makanan buffet

Makanan dah pun terhidang. Macam2 ada…ketupat, lemang, sate, nasi tomato, kuey teow goreng, rendang ayam, daging, kuih-muih dan lain-lain.

pasembor mi sup

rojak pasembor dan mi sup utara

DSC08710 DSC08716

Anak-anak tuan rumah sibuk melayan tetamu.

tun

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tetap tersenyum melayan tetamu yang hadir.

sm dan tun m sm dan tun siti

Siapa lak datin yang pakai baju merah tuu yang memperkenalkan SM kepada Tun Dr Mahathir Mohamad? Kalau pemain catur tak kenal siapa datin tuu, memang bukan pemain catur jati. hehe. Beliau kata kat Tun Dr Mahathir yang SM nii seorang pemain catur dan coach catur.

Hari tuu kelihatan datin sangat sibuk on duty bantu pengurusan rumah terbuka tersebut. Sempat juga SM ucapkan selamat hari raya aidilfitri kat Datin, bersalaman dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah semasa giliran SM beri ucapan selamat hari raya.

aiskrim potong ras adiba

Dah kenyang makan pelbagai juadah, SM makan lak aiskrim potong perasa durian sebagai pencuci mulut. Ehh…wanita baju merah yang duduk atas kerusi roda tuu cam Ras Adiba Radzi jee. hehe

tunggu turn suasana

Memang ramai betul tetamu yg hadir di jamuan rumah terbuka tuu..pelbagai bangsa dan agama. Ramai juga tetamu yang beratur untuk bersalaman dan berhari raya serta bergambar bersama Tun.

makanan lagi asam jawa

Makanan pon masih banyak. SM sempat tapau buah asam jawa. Yang nii rasanya manis, bukan macam asam peket yg kita biasa beli di kedai.

Selepas lepak 3 jam (1.30 pm-4.30pm) kat rumah terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad, SM rewang2 jap di pasaraya Mines Resort City dan kemudian beraya pula di rumah Pak Su di Puncak Alam Fasa 3.

sm & team mv.com mihun dan kuih raya tengok tv paksu dan maksu

Sampai di Puncak Alam jam 6.30pm. Lepas makan, minum n tengok citer di Astro, SM pun balik Damansara lebih kurang pukul 9 malam. Tapi tak balik umah lagi. SM singgah jap di Bangsar Selera. Makan lagi..hehe.

Nasi Lemak Famous

Kalau Kampung Baru terkenal dengan Nasi Lemak Antarabangsa, kat Bangsar pula terkenal dengan Nasi Lemak Famous. Lepas beraya di rumah terbuka Tun Dr. Mahathir dan beraya di rumah Paksu, SM singgah pula di Bangsar, makan nasi lemak yang famous tuu dan minum air jus tembikai + teh ais n tengok bola Premier League antara Liverpool dan Hull City. 6-1 Hull City teruk kena belasah! Striker Liverpool, Fernando Torres yang juga pemain negara Spain, jaring hatrick pulak tuu. hehehe

  bangsar selera  nasi lemak famous

Lepas lepak-lepak jap sana, SM pun balik rumah. Sampai rumah, baring jap 5 minit atas tilam negative ion harga RM1400++ yang SM menang cabutan bertuah akhir tahun lepas, terus tertidur dan bangun dengan sendirinya jam 6 pagi.

Sabtu, September 26, 2009

JAMU BUANG ANGIN


Kalau kita jalan-jalan di warung-warung makan, kadang-kadang mesti kita perasan ada orang yang jual jamu-jamu. Ada jamu untuk kuat itu dan ini. Ada jamu untuk buang angin dan macam-macam jenis jamu lagi. Kadang-kadang SM singgah gak kedai jamu tuu untuk minum jamu buang angin. Lepas minum dalam masa 3 hingga 5 minit, dah mula laa angin keluar dari badan dengan cara sendawa atau kentut. hehehe. Biasanya orang indonesia yang jual jamu nii. Paket jamu nii pun tulis made from Indonesia. Tapi sejak kebelakangan ni banyak citer mengenai jamu-jamu yang terdapat steroid di dalamnya. Tak sesuai untuk diminum. SM pun tak tahu mana satu jamu yang dinasihatkan jangan diminum. Nanti SM cuba cari jawapannya.

SM PUN PANDAI MASAK?


Sehari sebelum raya, sempat SM jengok-jengok apa yang sedang dimasak di rumah papa/me SM. SM pun tolonglaa sikit kacau-kacau lauk dalam kuali tuu. SM tengah kacau ayam masak mak ngah. Nama tuu diambil sempena resepi dari mak ngah sendiri. hehehe

yang nii tengah kacau serunding dan kuah lontong...


SM bukan saje berbakat main catur, tapi boleh juga menganyam ketupat


tadaaaa...jadi pun sarung ketupat niii hehe...

TEH HALIA PALING 'KAW' DI KUALA LUMPUR TERLETAK DI MANA?



Warung ini terkenal dengan teh halia paling 'kaw' di Kuala Lumpur. Teh halia ini juga dikenali sebagai teh halia titiwangsa. Warung ini terletak berhampiran stesen minyak BHP di Titiwangsa. Ia sudah bertapak di sini semenjak 30 tahun yang lalu. Memang lama. Kalau sekali rasa teh tu, pasti nak datang lagi rasa. SM perasan halianya dicincang halus-halus dan ditapis dalam teh tersebut. Memang sedap. Harganya memang juga tak masuk akal iaitu RM1.20 sahaja secawan. Murah sangat. Sedap lagi pulak tuu.Waktu perniagaan ialah sebelah petang hingga jam lebih kurang 11 malam .