Ahad, November 29, 2009

Senarai nama peserta dan Universiti di Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship 2009

Berikut adalah senarai nama peserta dan universiti yang diwakili oleh mereka bagi kejohanan catur Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship ke-14 yang berlangsung di Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 28 November-5 Disember 2009.

gacc09 open

Kategori Terbuka

gacc09 women

Kategori Wanita

Senarai Universiti yang menghantar wakil menyertai kejohanan ini:
  • UNIVERSITY OF PERADENIYA
  • NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY
  • UNIVERSITY OF CALCUTTA
  • UNIVERSITY OF KELANIYA
  • NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE
  • UNIVERSITY OF COLOMBO
  • MUMBAI UNIVERSITY
  • A.V..COLLEGE
  • UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • UNIVERISTI MALAYA
  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
  • UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
  • UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
  • UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
  • UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
  • UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
  • MMU
  • INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
  • WAWASAN OPEN UNIVERSITI

Untuk melihat pairing dan berita terkini bagi kejohanan ini, sila layari Laman Blog Rasmi GACC di SINI.

Sabtu, November 28, 2009

The Twilight Saga: New Moon

Hari ni SM tengok wayang citer Twilight Saga: New Moon di GSC Megamall. Tiket wayang citer nii dijual cam pisang goreng panas..sekejap jer dah sold out. Beratur panjang, nasib baik gak dpt tiket, masa tu tinggal seat depan jer yg kosong..kalau dah xde seat tadi ingat nak tengok citer Ninja Assassins jee hehe



Sambil tengok wayang citer New Moon ni, SM makan popcorn dan hotdog 1901 ngan air ice lemon tea

Apa yang best sgt pasal citer ni ek? Kalau budak2 pompuan mesti suka tengok citer ni sbb heronya yg kacak, Robert Pattinson dan sorang lagi pelakon muda yg macho, Taylor Lautner. Jalan ceritanya diadaptasi dari novel karya Stephenie Meyer yg mengisahkan cinta dua dunia antara seorang gadis, Bella Swan (Kristen Stewart) dan Edward Cullen (Rob Pattinson)-seorang pontianak yg tidak menghisap darah manusia. Kali ni, Edward terpaksa meninggalkan Bella demi keselamatan Bella. Akibat putus cinta, Bella menjadi remaja yg murung dan sering diganggu mimpi buruk. Bella cuba utk memulihkan semangatnya dgn berkawan dgn rakan lamanya, Jacob Black (Taylor Lautner) tanpa menyedari bahawa Jacob ada gengya sendiri dan boleh menjelma sebagai serigala jadian.


Bagi peminat2 siri Twilight ini, pasti x sabar nak tengok sekuel siri ini lagi iaitu 'Eclipse' dan menyaksikan kesudahan kisah percintaan mereka dalam 'Breaking Dawn'.



MISI PASUKAN CATUR IIUM DI GACC 2009 - BEST MALAYSIAN UNIVERSITY CHESS TEAM

Pada tahun 2008, pasukan catur IIUM buat pertama kali dalam sejarah di kejohanan catur World Inter-Varsity GACC di Universiti Malaya, berjaya mendapat title Best Malaysian University Chess Team. Sila layari berita tersebut DI SINI.

Pada tahun ini 2009, bermula esok (29 Nov 09), pasukan catur IIUM akan cuba mempertahankan kedudukan tersebut di kejohanan yang sama. Mampukah pasukan catur IIUM melakukannya sekali lagi? Sama-sama kita lihat.

IIUM Chess Team

Gambar ini diambil semasa sessi latihan catur pada 19 hingga 22 November 2009 bertempat di HS Cafe IIUM, Gombak. Sessi latihan catur secara intensif ini diadakan bagi persediaan peserta ke kejohanan catur World Inter-Varsity Chess Championship yang akan bermula pada 29 Nov hingga 4 December 2009.

GAMBAR KENANGAN GACC 2008
GAMBAR KENANGAN SM BERSAMA PASUKAN CATUR IIUM DI RAKAN MUDA GACC 2008

Khamis, November 26, 2009

Aktiviti SM di Port Dickson

Nak tahu apa yang SM buat masa bercuti di PD arini? Jom baca seterusnya…

 bicycle

Lepas sarapan di Terrace Cafe, Tiara Beach Resort, SM rehat2 jap di lobi sambil baca suratkhabar. Cuti-cuti pun, kenalaa ambik tau perkembangan dunia jugak kan. Lepas tuu SM rewang2 je sekitar resort. Kat sana ada juga disediakan perkhidmatan sewa basikal. Harga sewanya antara RM8-12 setiap setengah jam, bergantung pada jenis basikal.

DSC09241DSC09242 DSC09243

Lepas tu SM ronda2 lak di pekan Pasir Panjang dan singgah jap di hutan simpan yang betul2 bersebelahan ngan pantai. Kat hutan tu ada gak kemudahan utk berkhemah tapi SM x lepak lama kat situ sebab cam rasa sunyi jee tempat tu hehe

DSC09244

Singgah di pantai Teluk Kemang Batu 8-pantai yg paling popular di Port Dickson. Orang kata, kalau dah sampai PD, x sah kalau x dtg sini. Macam2 brgn ada dijual di sana. Teringin gak beli sesuatu utk kenangan. Masa ni SM tgh cuba t-shirt di salah sebuah kedai bazar kat tepi pantai tuu.

DSC09246DSC09247DSC09248

Dah dapat beli baju yg berkenan di hati..lum sempat basuh, terus jer SM sarung dan pakai, siap posing lagi hehe…

 DSC09249DSC09250DSC09251 

Petangnya, SM rilek2 lak kat Games Room di resort. Sekali-sekala nyanyi di karaoke dan main video games memang seronok dan boleh release tension gak.

DSC09253   DSC09255

Tak lupa mandi n berendam lagi dalam kolam di resort. Ingat nak gak masuk gymnasium tapi lupa lak bawak pakaian n kasut sukan.

DSC09260DSC09263DSC09264

Apa lak menu utk dinner SM hari ni? Haaa…ni lah dia..sup ayam, sotong tepung dan ikan bakar. Kedai makan nii SM jumpa masa rewang2 kat Jalan Pasir Panjang ptg tadi. Sotong dan ikan tu fresh dari laut.

DSC09270

Perut dah kenyang n puas rewang2, SM singgah jap di pentas terbuka Pavilion Stage kat resort, masa tu diaorg pasang citer Broken Arrow. Layan aje laa hehe. Pastu SM rehat kat bilik, makan buah rambutan, tengok tv sambil layan tenet.

Rabu, November 25, 2009

Sarapan pagi di Terrace Cafe, Tiara Beach Resort Port Dickson

Hari ni adalah hari ke-2 SM bercuti di PD. Jam baru pukul 8 pagi tapi cuaca sungguh cerah hari ni.

DSC09225SM di balkoni bilik Tiara Beach Resort.

DSC09226   DSC09228

Pagi2 breakfast dulu di Terrace Cafe, Tiara Beach Resort. Time nii SM tengah pikir mana satu nak ambil dulu. Macam2 makanan ada…roti, telur rebus

DSC09229DSC09233DSC09234

Nasi goreng, mi goreng, ayam goreng, cereal, kentang, scramble egg pun ada

DSC09237DSC09236DSC09238

Ada sosej jugak. Pagi-pagi makan bubur pun sedap.

 DSC09231DSC09239

SM dah sedia nak sental salah satu makanan favourite iaitu baked bean. Ada juga buah tembikai dan pisang serta kek.

Selasa, November 24, 2009

Tiara Beach Resort Port Dickson-Destinasi Rehatkan Minda

Musim cuti sekolah dah tiba. Bagi anak2 yang bersekolah, masa nii lah yg mereka tunggu2 sebab mereka dah tak perlu lagi fikirkan dan buat kerja2 sekolah dan boleh bersama-sama keluarga atau rakan2 pergi sekali bercuti. SM pun x ketinggalan utk pegi bercuti ke destinasi tempatan pilihan iaitu di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

DSC09193 DSC09194

Kali nii SM drive sendiri ke PD. Kalau dah rasa ngantuk, baik berehat n makan2 dulu. SM singgah rehat jap di hentian rehat Seremban.

DSC09195DSC09196DSC09197

Sampai di Tiara Beach Resort lebih kurang pukul 2pm, terus check-in dan lepak2 di katil bilik hehe

DSC09198DSC09200DSC09205DSC09202DSC09203

Memang besar betul kolam renang kat Tiara Beach Resort ni..cam kolam kat Sunway Lagoon tuu. Kalau datang sini, jangan lupa try gelongsor air kat swimming pool tuu..whhooossshhh berpusing2 lajuuu

DSC09206DSC09207DSC09208DSC09209Tak perlu nak ke pantai…kat kolam mandi pon dah ada pasir pantai…siap ngan pokok kelapa lagi

DSC09216 DSC09217

Malam2 ada tayangan wayang di Pavilion Stage bersebelahan kolam renang. Mujur gak malam tu x hujan.

DSC09219DSC09221DSC09222DSC09224

Ada pertunjukan akrobatik jugak. Hebat jugak persembahan mereka nii lentur2 badan dan timbang (balance) piring dan gelas kaca.