Khamis, Mei 05, 2011

Sarapan di Padang Besar

Puas main catur 'Back to Back' di Kangar masa cuti Hari Buruh yg lalu, SM singgah sekejap di Padang Besar untuk membeli apa-apa yang patut di sana. Masa tu baru pukul 9 lebih, jadi sementara menunggukan Bazaar Padang Besar buka, SM singgah dulu bersarapan di salah sebuah kedai makan yang berdekatan.

 Pulut durian bersama santan

Tak sah rasanya kalau tak dapat rasa pulut santan bersama durian di Perlis ni. Dengar cerita, orang utara ni memang biasa sarapan dengan pulut durian dan makan cendol durian.

Laksa Thai dengan taugeh hehe..

Makcik kedai ni kata laksa ni memang biasa dimakan sejuk bersama ulam-ulaman, bukan macam laksa penang atau laksa kedah atau laksa johor yang sedap dimakan panas-panas. First time try makan laksa nii sedap jugak rasanya, mi nya halus dengan kuah lemak santan.