Isnin, Februari 06, 2012

Siakap segar di Sekinchan Ikan Bakar!


Pergghhhhh....kat mana lagi nak makan ikan bakar yang best dan fresh di KL nii kalau tak di Restoran Sekinchan Ikan Bakar....hehe (ayat nak mempromote ler tuuh).

Kalau nak tahu, restoran ikan bakar ni dah ada banyak cawangan terutamanya sekitar KL/Selangor, yang SM makan ni dekat dengan Bandar Baru Sentul.....SM suka makan di sini sebab suasananya cukup selesa dan senang sangat nak pergi, kalau dari IJN atau HKL, terus ke Bulatan Pahang dan masuk ke Jalan Pahang..... jalan terus lepas Mobil/Esso, nampak McD di kiri, jumpa lah restoran nie, .. tapi kalau bawa kenderaan, jalan masuk dia kena ikut kedai kereta IBM Automobiles (depan sikit lepas Shell), kat sana banyak tempat parking disediakan utk pelanggan2 restoran atau orang2 yang nak tengok dan beli kereta2 mewah..... SM tak perlu risau...jalan kaki dari rumah lebih kurang 7-8 minit ajer,dah sampai hehe

.

Jemput makan, ice cream kek perasa coklat yang enak...harganya RM4 satu.


Sabtu, Oktober 29, 2011

The Famous Tanjung Malim Pau


Balik dari mengadili pertandingan catur di Proton Games 2011, SM sempat singgah makan tengahari di kedai makan Yik Mun Tjg. Malim yang terkenal dengan paunya. Memang sedap dan lembut sangat paunya, biasa SM akan kopek dan buang dulu kulitnya sebelum makan pau itu panas-panas. emmmmmm sedaapp hehe

Ahad, September 18, 2011

Nasi Goreng SM sempena Rumah Terbuka Aidilfitri

Hari ini SM akan adakan sedikit jamuan tengahari sempena rumah terbuka Aidilfitri SM di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Menu untuk jamuan tahun ni ialah Nasi Impit, Ayam Masak Makngah, Sambal Kacang Johor, Paceri Johor, Nasi Goreng SM, Rendang Tok Mee, kuih muih dan minuman. So, pagi-pagi lagi SM dah bangun dan masak nasi untuk digoreng hehe...
SM pedih mata kupas bawang 
inilah dia antara 'resipi rahsia' nasi goreng ala SM hehe





TADAAA....inilah rupanyer nasi goreng SM setelah dimasak...ok tak


Jemput makan semua...

Di bulan yang mulia ini, SM nak minta maaf zahir batin kepada semua rakan-rakan SM sekiranya SM ada buat silap dengan tidak sengaja atau disengajakan. 

Khamis, Mei 05, 2011

Sarapan di Padang Besar

Puas main catur 'Back to Back' di Kangar masa cuti Hari Buruh yg lalu, SM singgah sekejap di Padang Besar untuk membeli apa-apa yang patut di sana. Masa tu baru pukul 9 lebih, jadi sementara menunggukan Bazaar Padang Besar buka, SM singgah dulu bersarapan di salah sebuah kedai makan yang berdekatan.

 Pulut durian bersama santan

Tak sah rasanya kalau tak dapat rasa pulut santan bersama durian di Perlis ni. Dengar cerita, orang utara ni memang biasa sarapan dengan pulut durian dan makan cendol durian.

Laksa Thai dengan taugeh hehe..

Makcik kedai ni kata laksa ni memang biasa dimakan sejuk bersama ulam-ulaman, bukan macam laksa penang atau laksa kedah atau laksa johor yang sedap dimakan panas-panas. First time try makan laksa nii sedap jugak rasanya, mi nya halus dengan kuah lemak santan.

Ahad, April 24, 2011

Selamat Hari JadiKu!!!

 Ehh..kek besday sapa ni...hehe


  24hb April 2011 adalah hari lahir SM yang ke-42. Pejam celik, dah bertambah matang setahun lagi usia rupanya hehe. SM buat sambutan dan jamuan sederhana kecil bersama keluarga di rumah sahaja..

Tengah sedia nak tiup lilin tapi besday boy mesti buat besday wish dulu lah hehe...

 Yang nii SM tumpang sekaki kek BEN 10 , celebrate besday anak sedara pada 23 April 2011.

Selasa, Disember 07, 2010

Selamat Menyambut Awal Muharram

Tahun baru datang lagi... Hari ini 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H. Dah bersediakah kita berhijrah untuk ke tahun baru? Seperti tahun2 yg lepas juga, di hari baru ini, kita buka lembaran yang baru, segala kejadian yang dah berlalu tu jadikanlah ia sebagai pengajaran dan iktibar.


Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, dengan azam yg baru, kita terus berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan terus tabah mengharungi cabaran masa depan dengan fikiran yg lebih matang...

Salam Ma'al Hijrah buat semua muslimin dan muslimat.

Ahad, Oktober 17, 2010

Gambar seksi yang di'candid'

Aksi 'terlampau' yang sempat dikandid oleh SM. Kelihatan En.Roslan Aziz yg 'terlampau' mengantuk sedang nyenyak dibuai mimpi di atas sofa semasa menunggu anaknya, Mohd Faizal bermain catur di Insofar Rapid Open petang tadi.

Chess Made Fun at Wangsa Walk

Lepas habis mengajar catur di Bukit Antarabangsa, SM jalan2 ambil angin di Wangsa Walk,Wangsa Maju. Ternampak lak replika buah2 catur yang disusun di concourse area Wangsa Walk Mall tuu.

SM bersama replika buah2 catur 'gergasi'

Rupa-rupanya ada chess event kat sana yang dibuat selama 4 hari, dan hari ni (Ahad) adalah hari terakhir. Masa SM sampai kat sana dah dekat 10pm, kedai2 pun dah nak tutup, Nak tanya org2 kat situ...tak nampak lak ada sesapa yang jaga...cuma security guard Bangla ngan bro Nepal jee yg ada.. SM rasa peserta2 yg masuk event tu main catur di situ secara kalah mati.

Selasa, Oktober 12, 2010

www.stonemaster.info site suspended!

Petang tadi SM dapat beberapa SMS dari rakan2 yang kenal dan juga yang tak berapa nak kenal... pasal website www.stonemaster.info

Mereka heran napa tak dapat nak masuk ke blog catur SM yang popular tu...Bila SM cuba bukak, dapat tengok gambar nii jer...


oohhh...rupa2nya domain site ni dah expired...terlupa nak renew ekeke....
Harap2 dapat recover semula semua data lepas bayar dan renew nanti...SM pun dah schedule beberapa artikel untuk disiarkan dalam masa terdekat di blog tu huhu...

Khamis, September 16, 2010

Malaysia...Tanahair Ku





Ini adalah tahun pertama rakyat negara kita sambut 'Hari Malaysia' secara besar-besaran. Apakah pengertian dan pengisian Hari Malaysia ni? Teringatkah kita jasa-jasa mereka yang telah bersusah payah dan sanggup berkorban untuk membentuk negara ini atau ia hanya sekadar cuti umum untuk kita pergi shopping & tengok wayang...?