Sabtu, Oktober 29, 2011

The Famous Tanjung Malim Pau


Balik dari mengadili pertandingan catur di Proton Games 2011, SM sempat singgah makan tengahari di kedai makan Yik Mun Tjg. Malim yang terkenal dengan paunya. Memang sedap dan lembut sangat paunya, biasa SM akan kopek dan buang dulu kulitnya sebelum makan pau itu panas-panas. emmmmmm sedaapp hehe

Ahad, September 18, 2011

Nasi Goreng SM sempena Rumah Terbuka Aidilfitri

Hari ini SM akan adakan sedikit jamuan tengahari sempena rumah terbuka Aidilfitri SM di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Menu untuk jamuan tahun ni ialah Nasi Impit, Ayam Masak Makngah, Sambal Kacang Johor, Paceri Johor, Nasi Goreng SM, Rendang Tok Mee, kuih muih dan minuman. So, pagi-pagi lagi SM dah bangun dan masak nasi untuk digoreng hehe...
SM pedih mata kupas bawang 
inilah dia antara 'resipi rahsia' nasi goreng ala SM hehe





TADAAA....inilah rupanyer nasi goreng SM setelah dimasak...ok tak


Jemput makan semua...

Di bulan yang mulia ini, SM nak minta maaf zahir batin kepada semua rakan-rakan SM sekiranya SM ada buat silap dengan tidak sengaja atau disengajakan. 

Khamis, Mei 05, 2011

Sarapan di Padang Besar

Puas main catur 'Back to Back' di Kangar masa cuti Hari Buruh yg lalu, SM singgah sekejap di Padang Besar untuk membeli apa-apa yang patut di sana. Masa tu baru pukul 9 lebih, jadi sementara menunggukan Bazaar Padang Besar buka, SM singgah dulu bersarapan di salah sebuah kedai makan yang berdekatan.

 Pulut durian bersama santan

Tak sah rasanya kalau tak dapat rasa pulut santan bersama durian di Perlis ni. Dengar cerita, orang utara ni memang biasa sarapan dengan pulut durian dan makan cendol durian.

Laksa Thai dengan taugeh hehe..

Makcik kedai ni kata laksa ni memang biasa dimakan sejuk bersama ulam-ulaman, bukan macam laksa penang atau laksa kedah atau laksa johor yang sedap dimakan panas-panas. First time try makan laksa nii sedap jugak rasanya, mi nya halus dengan kuah lemak santan.

Ahad, April 24, 2011

Selamat Hari JadiKu!!!

 Ehh..kek besday sapa ni...hehe


  24hb April 2011 adalah hari lahir SM yang ke-42. Pejam celik, dah bertambah matang setahun lagi usia rupanya hehe. SM buat sambutan dan jamuan sederhana kecil bersama keluarga di rumah sahaja..

Tengah sedia nak tiup lilin tapi besday boy mesti buat besday wish dulu lah hehe...

 Yang nii SM tumpang sekaki kek BEN 10 , celebrate besday anak sedara pada 23 April 2011.