Salah satu hobi SM ialah pergi ke mana-mana pameran yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan. Pada 9 hingga 11 Julai di PWTC, Kuala Lumpur telah diadakan pameran dan seminar mengenai industri makanan & minuman tempatan dan antarabangsa. SM tidak ketinggalan hadir di pameran tersebut.
SM bergambar di pintu masuk pameran tersebut.
SM berpeluang melihat sendiri buah tembikai bersegi empat yang ditanam oleh petani di Taichung,Taiwan.
Dapat minum air Red Bull free kalau jawab survey mereka. ..Dah macam model iklan laa pulak hehe.
Di pameran tu juga SM dapat rasa berbagai-bagai jenis makanan dan minuman. Yang bestnya, semua boleh rasa free jer hehe. Otak-otak ini adalah antara makanan kesukaan SM.
Seksi kan kek nii hehe. Yang di sebelah tuu juga adalah kek yang dibentuk seperti binatang dan juga bentuk seperti burger.
Ikan-ikan segar turut dipamerkan dan dijual kepada para pengunjung.
1 ulasan:
wow..lom penah pulak nampak buah tembikai 4 segi.agaknya mcm mana lak rasanya buah tu
Catat Ulasan