SM main pondok-pondok..
aikkk..pokok berdaun belon?…pelik bin ajaib nih..hehe sebenarnya pokok belon ni adalah replika pokok getah yang tertua di Kuala Kangsar
Sarung tangan…salah satu produk yang terhasil dari getah
Pokok-pokok getah yang dihasilkan dari tisu kultur dan penyelidikan. Jangan tak tau..Lembaga Getah Malaysia dah hasilkan klon getah baru yang dinamakan KLON 1 MALAYSIA yang menunjukkan prestasi yang sangat baik dari segi pengeluaran lateks dan tumbesaran pokoknya.
Kat sini dipamerkan juga salah satu teknologi canggih dalam kajian transformasi genetik Hevea brasiliensis…bahasa sains bagi pokok getah!!
Tayar gergasi. Ada juga sejarah menceritakan bagaimana permulaan tayar dan perkembangannya..hmmm..sapa sebenarnya pencipta tayar yek??
SM bergambar dengan salah satu banner di booth pameran. Sebelah tuu pulak ‘mamat hensem’ tu dok peraga pakaian keselamatan yang dipakai masa nak sembur baja di ladang kelapa sawit.
Masa nii tetiba SM ternampak 2 ekor maskot tengah berjalan-jalan di ruang pameran…SM pun cuba kejar mereka….
Sempat jugak kejar dan tangkap maskot pameran nii untuk bergambar…
Stonemaster diapit Havea brasiliensis & Elaeis guineensis…hehehe
Antara barangan yang dihasilkan dari kelapa sawit dan dijual di booth MPOB (Malaysian Palm Oil Board) sempena MICCOS 2009
Sempat jugak SM sental sosej free yang dihasilkan menggunakan lemak minyak kelapa sawit ni..banyak lagi makanan seperti chicken nuggets, burger daging dan ayam, chicken balls, frankfurters dan lain-lain yang menggunakan minyak kelapa sawit bagi menggantikan lemak haiwan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan