Nak tahu apa yang SM buat masa bercuti di PD arini? Jom baca seterusnya…
Lepas sarapan di Terrace Cafe, Tiara Beach Resort, SM rehat2 jap di lobi sambil baca suratkhabar. Cuti-cuti pun, kenalaa ambik tau perkembangan dunia jugak kan. Lepas tuu SM rewang2 je sekitar resort. Kat sana ada juga disediakan perkhidmatan sewa basikal. Harga sewanya antara RM8-12 setiap setengah jam, bergantung pada jenis basikal.
Lepas tu SM ronda2 lak di pekan Pasir Panjang dan singgah jap di hutan simpan yang betul2 bersebelahan ngan pantai. Kat hutan tu ada gak kemudahan utk berkhemah tapi SM x lepak lama kat situ sebab cam rasa sunyi jee tempat tu hehe
Singgah di pantai Teluk Kemang Batu 8-pantai yg paling popular di Port Dickson. Orang kata, kalau dah sampai PD, x sah kalau x dtg sini. Macam2 brgn ada dijual di sana. Teringin gak beli sesuatu utk kenangan. Masa ni SM tgh cuba t-shirt di salah sebuah kedai bazar kat tepi pantai tuu.
Dah dapat beli baju yg berkenan di hati..lum sempat basuh, terus jer SM sarung dan pakai, siap posing lagi hehe…
Petangnya, SM rilek2 lak kat Games Room di resort. Sekali-sekala nyanyi di karaoke dan main video games memang seronok dan boleh release tension gak.
Tak lupa mandi n berendam lagi dalam kolam di resort. Ingat nak gak masuk gymnasium tapi lupa lak bawak pakaian n kasut sukan.
Apa lak menu utk dinner SM hari ni? Haaa…ni lah dia..sup ayam, sotong tepung dan ikan bakar. Kedai makan nii SM jumpa masa rewang2 kat Jalan Pasir Panjang ptg tadi. Sotong dan ikan tu fresh dari laut.
Perut dah kenyang n puas rewang2, SM singgah jap di pentas terbuka Pavilion Stage kat resort, masa tu diaorg pasang citer Broken Arrow. Layan aje laa hehe. Pastu SM rehat kat bilik, makan buah rambutan, tengok tv sambil layan tenet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan