Rabu, Jun 17, 2009

Tidak dilupa…Hari Bapa

Ahad ketiga bulan Jun adalah tarikh istimewa sambutan Hari Bapa buat semua yang bergelar bapak, ayah, daddy, abah, walid, dad, papa, abi dll.


fathers_day


Walau apapun gelaran dan panggilan terhadap golongan adam ini.. pastinya ada kenangan dan memori untuk dikenang dan diingat oleh mereka yang bergelar anak. Ketegasan dan kecekalan yang ditunjukkan menjadi pendorong dan contoh dalam mendewasakan anak-anak. Jasa bapa tiada tolok bandingnya dan dikenang sepanjang hayat.

Selasa, Jun 09, 2009

SM Naik Bas Ekpres Top Class Suasana Edaran

SM bertolak dari KL ke Pulau Pinang jam 9.30 pagi tadi dengan menaiki bus ekpres Top Class Suasana Edaran yang tiketnya berharga RM55. Macam-macam ada dalam bus tuu seperti setiap kerusi ada TV n leh tengok citer wayang, ada power point untuk gayut internet/caj bateri, ada pramugara yang asyik hantar makan minum yang sedap2 jee, kerusinya lak ada massage control dan leh main video games gak. Kalau SM xde sponsor, sure SM x cuba-cuba nak try naik bus mewah ni. Tima kasih kat penaja dari KL ni yang sponsor SM RM500 untuk gi main tourney n jalan-jalan di Pulau Pinang selama 5 hari ini.


Nak tahu citer menarik lagi tentang journey SM naik bus ni ke Pulau Pinang, sila jengok-jengok Blog Training Coach Fadli. SM sudah update citer dan gambar di blog tuu.


abcd00022


SM bergambar dengan bas Suasana Edaran. Berita lanjut, sila layari Blog Training Coach Fadli :)


Sabtu, Jun 06, 2009

Kucing adik SM di rumahnya

View Kucing

Kalau singgah rumah adik SM, mesti kucing ni kena kacau oleh SM. hehe

Isnin, Jun 01, 2009

Selamat datang ke blog terbaru SM

stonemaster fadli 2009Assalamualaikum…Hai kawan-kawan semua. Gembira sokmo SM kerana dapat bina blog ini. Blog terbaru ini adalah catatan khas mengenai hobi SM yang suka SM buat iaitu cari makan, tengok wayang, jalan-jalan, main catur dan dot dot dot (lain-lain laa hehe). Rasanya banyak cerita boleh dibuat dan dikongsikan bersama di blog ini. Harap cerita-cerita ini akan dapat menghiburkan dan juga sebagai maklumat rujukan mengenai aktiviti-aktiviti yang mungkin juga ada kaitan dengan para pembaca blog ini. Anda adalah dialu-alukan untuk memberi sebarang komen dan pendapat tentang topik-topik artikel di sini. Akhir kata, SM nak ucapkan selamat datang dan enjoy... http://www.5hobiku.blogspot.com/