Memaparkan catatan dengan label Bengkel Cerdik Catur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bengkel Cerdik Catur. Papar semua catatan

Isnin, Mei 17, 2010

How To Study Chess Endgame – Bengkel Catur Kompleks 3C @ 8 Jun 2010 (Selasa)



Buat kali ke-2, Kompleks 3C (Children Creativity Centre), Majlis Perbandaran Subang Jaya, akan menganjurkan Bengkel Catur. Bengkel Catur ini akan diadakan pada 8 Jun 2010 (Selasa) iaitu pada masa cuti sekolah. Topik kali ini ialah "HOW TO STUDY CHESS ENDGAME". Sekali lagi Candidate Master (CM) Fadli aka StoneMaster telah dijemput untuk kendalikan bengkel ini.

bengkel catur 3c 8jun2010

Rabu, Januari 13, 2010

How To Improve Your Chess – Bengkel Catur Bersama Coach Fadli @ 18 Mac 2010

Saban minggu, bermacam-macam aktiviti kejohanan catur dah dirancang dan diadakan untuk peminat-peminat catur tanah air. Dalam seronok-seronok masuk pertandingan catur untuk menang hadiah, kita juga perlu timba dan kongsi sedikit ilmu untuk tingkatkan skill atau kemahiran dan taktik bermain catur. Dah ramai juga yang tanya bila SM nak buat kursus/bengkel catur. Jadi, sempena musim cuti sekolah bulan Mac ini, jangan lepaskan peluang untuk hadiri Bengkel Catur “How to improve your Chess” yang dianjurkan oleh Kompleks 3C, Taman Bandar Sunway, Petaling Jaya di mana bengkel catur ini akan dikendalikan sendiri oleh SM..!

bengkel catur 3C

Lokasi aktiviti Bengkel Catur 3C:

Di sinilah Bengkel Catur ini akan dijalankan. Kompleks 3C….bukan Kompleks 3K (harap jangan keliru ye )

Google maps link: http://maps.google.com/maps/ms?ie=UTF8&oe=UTF8&msa=0&msid=116687689076491110895.00046a778ea6546964758


Gambar Kompleks 3C (Children Creativity Centre). Gambar diambil dari Laman Web MPSJ (Klik Imej)

SILA KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN BENGKEL CATUR


Isnin, Disember 07, 2009

Next Mission - SHAH ALAM (Bengkel Cerdik Catur Shah Alam)

Akhir December ni, dah genap 2 tahun SM menjadi jurulatih catur IIUM. Kemungkinan besar Coach Fadli akan tamatkan kontrak jurulatih catur. Plan nak handle pula projek pembangunan catur secara besar besaran di Shah Alam. Sudah beberapa kali, Tuan Haji Ibrahim Abu Bakar iaitu Timbalan Presiden Persekutuan Catur Malaysia telah mencadangkan kepada SM supaya bangunkan semula Shah Alam sebagai bandar catur seperti zaman era 90-an dulu.

Memang SM tertarik nak jalankan projek pembangunan catur ni. Kertas kerja bagi pembangunan catur Shah Alam telah SM siapkan. Cuma tunggu masa nak mula jee. Aktiviti pertama yang confirm SM akan buat ialah Bengkel Cerdik Catur Shah Alam yang akan bermula awal bulan Februari 2010. Bengkel ini dianggap Tahap Intermediate dan bukan beginner. Tidak sesuai kepada peserta yang tidak tahu nak gerakkan sebarang buah catur dan tidak sesuai yang baru nak kenal permainan catur. Jika terdapat permintaan, sessi yang berasingan akan dibuat untuk mereka2 yang baru nak mengenal catur. Bengkel ini merangkupi 4 sessi semuanya dan diadakan pada setiap hari Ahad di bulan Februari tersebut. Setiap sesi memakan masa 3 jam. Minuman disediakan. Nota, cd, cenderahati dan Sijil Penyertaan akan diberikan kepada setiap para peserta. Yurannya adalah hanya RM70 untuk 4 sessi .Tempat diadakan bengkel catur tersebut ialah di Shah Alam.




Untuk Pra Daftar, sila hubungi En. Mohd Fadli bin Zakaria (0142312370) atau emel (seme_event@yahoo.com).