Selasa, Disember 07, 2010

Selamat Menyambut Awal Muharram

Tahun baru datang lagi... Hari ini 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H. Dah bersediakah kita berhijrah untuk ke tahun baru? Seperti tahun2 yg lepas juga, di hari baru ini, kita buka lembaran yang baru, segala kejadian yang dah berlalu tu jadikanlah ia sebagai pengajaran dan iktibar.


Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, dengan azam yg baru, kita terus berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan terus tabah mengharungi cabaran masa depan dengan fikiran yg lebih matang...

Salam Ma'al Hijrah buat semua muslimin dan muslimat.

Ahad, Oktober 17, 2010

Gambar seksi yang di'candid'

Aksi 'terlampau' yang sempat dikandid oleh SM. Kelihatan En.Roslan Aziz yg 'terlampau' mengantuk sedang nyenyak dibuai mimpi di atas sofa semasa menunggu anaknya, Mohd Faizal bermain catur di Insofar Rapid Open petang tadi.

Chess Made Fun at Wangsa Walk

Lepas habis mengajar catur di Bukit Antarabangsa, SM jalan2 ambil angin di Wangsa Walk,Wangsa Maju. Ternampak lak replika buah2 catur yang disusun di concourse area Wangsa Walk Mall tuu.

SM bersama replika buah2 catur 'gergasi'

Rupa-rupanya ada chess event kat sana yang dibuat selama 4 hari, dan hari ni (Ahad) adalah hari terakhir. Masa SM sampai kat sana dah dekat 10pm, kedai2 pun dah nak tutup, Nak tanya org2 kat situ...tak nampak lak ada sesapa yang jaga...cuma security guard Bangla ngan bro Nepal jee yg ada.. SM rasa peserta2 yg masuk event tu main catur di situ secara kalah mati.

Selasa, Oktober 12, 2010

www.stonemaster.info site suspended!

Petang tadi SM dapat beberapa SMS dari rakan2 yang kenal dan juga yang tak berapa nak kenal... pasal website www.stonemaster.info

Mereka heran napa tak dapat nak masuk ke blog catur SM yang popular tu...Bila SM cuba bukak, dapat tengok gambar nii jer...


oohhh...rupa2nya domain site ni dah expired...terlupa nak renew ekeke....
Harap2 dapat recover semula semua data lepas bayar dan renew nanti...SM pun dah schedule beberapa artikel untuk disiarkan dalam masa terdekat di blog tu huhu...

Khamis, September 16, 2010

Malaysia...Tanahair Ku





Ini adalah tahun pertama rakyat negara kita sambut 'Hari Malaysia' secara besar-besaran. Apakah pengertian dan pengisian Hari Malaysia ni? Teringatkah kita jasa-jasa mereka yang telah bersusah payah dan sanggup berkorban untuk membentuk negara ini atau ia hanya sekadar cuti umum untuk kita pergi shopping & tengok wayang...?

Khamis, September 09, 2010

Salam Lebaran 2010


Tangan dihulur kemaafan dipinta
Selamat bergembira di Hari Raya


Sabtu, Ogos 28, 2010

SM menang hadiah cabutan bertuah lagi!

Yahooo…!!! SM menang hadiah cabutan bertuah lagi…!! Kali nii rezeki datang masa berbuka puasa bersama Dee di Quality Hotel KL 27 Ogos yang lepas. Inilah dia masa yang ditunggu-tunggu….

SAM_0276SAM_0279

Sebenarnya, SM cam rasa bertuah jee malam tu.. Kali ni, masa register nak pastikan no.meja makan, SM terus letak kad nama dalam kotak yang disediakan untuk hadiah cabutan bertuah. Memang dok tunggu2 jer nama dipanggil untuk dapat hadiah hehe.

SAM_0218 Name card yang bertuah

SAM_0280SAM_0281

Siap kena interview plak ngan Dee kat atas pentas tuu…Masa tuu dia tanya ada sesapa tak kat dlm dewan tu yg minat main catur. hmmm…tetiba rasa senyap sunyi seketika ruang dewan…takde yang menjawab pulak…  Eye rolling smile

SAM_0282

SM yang sungguh gembira dan ceria selepas terima hadiah cabutan bertuah berupa hamper tajaan Adabi. Kat dalam hamper tu ada macam-macam perencah, rempah dan sos keluaran Adabi yang SM anggar nilainya lebih kurang RM 150. Memang bertuah dan berbaloi betul Open-mouthed smile

SM berbuka puasa bersama Dee di Quality Hotel

SAM_0297

Kenal tak lelaki cun yang tinggi lampai dan rambut ikal mayang yang pegang bahu SM nii hehe…Inilah Dee, pelakon yg glamour sebab selalu berpakaian dan melakonkan watak wanita dalam siri komedi ‘Jangan Ketawa’

SAM_0258  SAM_0259

Masa nii SM tengah bersedia kumpul2 makanan dan sabar tunggu waktu Maghrib utk berbuka puasa.

SAM_0267  SAM_0261  SAM_0262  SAM_0309

Inilah antara juadah berbuka puasa yang disajikan untuk pengunjung2 Quality Hotel hari tuu…

SAM_0264   SAM_0265 

Macam2 salad ada dihidangkan sebagai appetizer…

 SAM_0270   SAM_0271

Macam-macam kuih dan agar-agar sebagai dessert…

SAM_0272   SAM_0273 

 SAM_0269

SAM_0295  SAM_0303

Ada persembahan nyanyian juga dari Siti Sarah dan Uji Rashid. Walaupun Uji Rashid nampak macam semput dan suara dah tak berapa nak merdu, tapi beliau tetap juga teruskan persembahan sambil mengajak penonton untuk menyanyi bersama-sama.

SAM_0314

Suasana di dalam dewan makan yang gamat masa tu bila pengunjung2 terhibur dgn persembahan dan aksi mencuit hati. 

SAM_0283  SAM_0298  

  SAM_0308

Pose istimewa SM bersama penyanyi genit yang hitam manis, Siti Sarah Raisuddin.

SAM_0311  SAM_0313 SAM_0318  SAM_0321

Perut dah kenyang, hadiah pun dah dapat, apa lagi….jom balik.

Selasa, Ogos 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat!



Semoga kita semua dilimpahi rezeki yang berpanjangan dan mendapat keberkatanNya sempena Ramadan kali ini. Kalau ada sesiapa yang dah lupa niat puasa tuu...boleh jee KLIK SINI

Yang kat bawah nii adalah antara beberapa larangan ketika berpuasa...pepaham jer laa tengok gambar2 tuu kan


Rabu, Ogos 04, 2010

Ada berani...?

Ehhh....Ini bukan iklan buka baju ...tapi ini adalah iklan kejohanan catur terbuka hehe...




Dah bersediakah kamu sahut cabaran ini...?

Jangan lupa!!!

8 Ogos 2010 (Ahad) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam

Kejohanan catur kategori Terbuka yang pertama dianjurkan oleh Cerdik Catur Enterprise

Pastikan anda tidak ketinggalan..Jom!!

Daftar sekarang - hubungi StoneMaster di 014-2312370 atau emel seme_event@yahoo.com

Sabtu, Julai 31, 2010

Pameran Kereta Cantik di Bukit Jalil

Masa SM jalan2 di sekitar Bukit Jalil beberapa hari lepas, tetiba ternampak lak satu kawasan yang dikerumuni orang ramai. Nak jugak SM tahu apa yang mereka sedang buat di kawasan tuu…Ooo rupa2nya mereka tengah syok tengok pameran kereta yang canggih dan menarik di sana.

DSC02828

Ini kereta Satria yang dah di modified colournya beserta dilukiskan kartun animasi di badan kereta. Walaupun kereta ni dah diubah warna luarannya, tapi ciri-ciri keselamatan tetap diutamakan.

DSC02829

Check out this one…Kereta Datsun yang sebelah dalamnya warna pink! Tak pasti lah plak owner keter nii org pompuan ker laki2

DSC02833 DSC02832

Rasa cam nak terbang lak naik keter merah camni

 DSC02830

Kereta Kelisa yang sarat dengan sound sistem yang canggih…gedegang gedegung bunyi muzik sampai bergegar satu kereta dbuatnya!

Khamis, Julai 29, 2010

Tongkat Ali di Karnival Usahawan Desa 2010

DSC02824 

Sapa tak kenal atau tak pernah tengok Tongkat Ali? Haa… inilah dia Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia yang paling besar yang pernah SM tengok. Dah hampir sama tinggi ngan orang. Gambar nii SM ambil masa berada di Bukit Jalil sempena Karnival Usahawan Desa 2010 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 24 Julai lepas.

DSC02825DSC02827

Macam-macam jenis akar kayu turut dipamerkan. Tongkat Ali nii banyak khasiatnya-antaranya boleh melancarkan perjalanan darah, memulihkan sakit2 urat, lemah2 badan, dan paling terkenal ialah khasiatnya menambahkan tenaga batin…OK kalau macam tuu, SM pun nak cubalah rasa hehe…