Memaparkan catatan dengan label IIUM Mustangs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IIUM Mustangs. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 05, 2009

Misi Terlaksana!

CONGRATULATIONS!!!


SM dan IIUM team A di GACC 2009

Bukan sekadar nak gedik-gedik angkat bakul sendiri tapi inilah hakikat dan kenyataannya. Atas usaha Coach Fadli AKA StoneMaster membuat latihan intensif dan mengatur strategi untuk pemain-pemain catur UIAM, akhirnya telah membuahkan hasil yang membanggakan di mana Pasukan IIUM Team A telah mendapat tempat ke-3 di dalam kejohanan catur 14th GACC Inter-Varsity Chess Championship. Ini adalah antara kenangan manis dan salah satu kejayaan yang mencipta sejarahnya tersendiri sebelum Coach Fadli menamatkan kontrak sebagai jurulatih catur di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada penghujung tahun 2009 ini.


Rabu, Disember 02, 2009

Berjayakah Coach Fadli Bantu Pasukan Catur IIUM mempertahankan TITLE Best Malaysia University Team di GACC 2009??


Dah tamat pusingan ke-6. Lagi 3 pusingan. Coach Fadli bz giler nak memikirkan STRATEGI pasukan catur IIUM untuk baki 3 pusingan lagi. Arahan dari Coach Fadli tadi pagi kepada semua pemain catur IIUM sebelum mula pusingan ke-5 dan ke-6 adalah supaya pasukan ini terus masuk Gear 5 dan cuba JARAK kan kelebihan 2 hingga 3 markah sebelum cuti rehat sehari telah diikuti sepenuhnya oleh semua pemain. Ini adalah perlu kerana 2 hari terakhir nanti, beban berat akan mula terasa. Nak menang menang makin susah sebab semua akan main berhati-hati. Sebab tuu biasa banyak permainan yang SERI. Akhirnya semua pemain puas hati dan lega sebab sekarang dah berada RANK ke -3 lepas pusingan ke-6. Dah ada bayang-bayang boleh rebut TOP 3 pula.

Coach Fadli telah menasihatkan semua pemain IIUM bermain seperti hari ini adalah hari terakhir kejohanan dan semua telah bermain bersungguh-sungguh. Kalah atau menang adalah adat permainan. Bezanya antara pasukan catur IIUM dengan pasukan catur universiti lain yang bertanding ialah pasukan catur IIUM mempunyai seorang jurulatih catur yang sentiasa dok lepak tengok mereka bermain dan dapat membantu dalam mengaturkan strategi dan nasihat kepada pemain apa perlu buat dan tidak perlu buat. Nak ikut nasihat atau tidak mahu ikut nasihat tu adalah perkara ke-2. Yang penting mereka komited dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Matlamat mereka ialah untuk mempertahankan TITLE Best Malaysia University Team atau cuba dapat TOP 3 kejohanan itu yang juga menawarkan hadiah beribu-ribu ringgit.
Coach Fadli masih ingat lagi pada tahun 2004 di mana berjaya membantu pasukan catur Kuala Lumpur mendapat TITLE Best Malaysian Team di Kejohanan Catur Berpasukan Kebangsaan Merdeka. Setiap pusingan, mesti ada strategi yang berlainan dari segi cara nak melawan dengan pemain yang dipertemukan dan juga perlunya TAHU bila nak pecut jauh dari segi pungutan MATA.

Akhir kata nasihat kat semua pemain catur IIUM, jangan 'over confident'. Fokus satu persatu dulu. Jangan takut pada lawan pula. C u all esok pagi. Kita gi main Bowling n KARAOKE untuk lepaskan tension. hehehe

Mohd Fadli bin Zakaria
Jurulatih Catur,
Universiti Islam Antarabangsa,
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Sabtu, November 28, 2009

MISI PASUKAN CATUR IIUM DI GACC 2009 - BEST MALAYSIAN UNIVERSITY CHESS TEAM

Pada tahun 2008, pasukan catur IIUM buat pertama kali dalam sejarah di kejohanan catur World Inter-Varsity GACC di Universiti Malaya, berjaya mendapat title Best Malaysian University Chess Team. Sila layari berita tersebut DI SINI.

Pada tahun ini 2009, bermula esok (29 Nov 09), pasukan catur IIUM akan cuba mempertahankan kedudukan tersebut di kejohanan yang sama. Mampukah pasukan catur IIUM melakukannya sekali lagi? Sama-sama kita lihat.

IIUM Chess Team

Gambar ini diambil semasa sessi latihan catur pada 19 hingga 22 November 2009 bertempat di HS Cafe IIUM, Gombak. Sessi latihan catur secara intensif ini diadakan bagi persediaan peserta ke kejohanan catur World Inter-Varsity Chess Championship yang akan bermula pada 29 Nov hingga 4 December 2009.

GAMBAR KENANGAN GACC 2008
GAMBAR KENANGAN SM BERSAMA PASUKAN CATUR IIUM DI RAKAN MUDA GACC 2008

Sabtu, Ogos 01, 2009

IIUM MUSTANGS 2009 APPRECIATION NIGHT@24 JULY 2009

Pada 24 Julai 2009, SM telah dijemput oleh IIUM Sports and Recreational Centre sebagai tetamu undangan di acara gemilang tersebut. Ia diadakan sebagai menghargai kejayaan yang telah dicapai oleh IIUM di Karnival Sukan MASUM Majlis Sukan Universiti Malaysia 2009. SM sempat mengambil beberapa gambar menarik pada malam tersebut.

Meja no. 4 ialah meja yang SM kena duduk nanti. hehe
Makanan dah ever ready untuk SM sental sahaja di meja no. 4. hehe. Kelihatan juga papan tanda yang diletakkan artikel pencapaian para peserta IIUM di MASUM. Kelihatan juga meja pendaftaran di gambar di atas.
Kelihatan 2 tapai di hadapan SM yang telah dihidangkan. Selamat juga akhirnya SM sental tapai tersebut. Kelihatan juga para tetamu sudah duduk di meja masing-masing sebelum acara jamuan ini bermula. Kelihatan juga Fadzil Nayan dan rakan pasukan catur IIUM sudah duduk di meja masing-masing. Tapi meja mereka ajak jauh dengan meja SM. Mereka kena duduk di meja no.13



Gambar pelajar IIUM yang hadir pada malam jamuan tersebut.





AJK upacara tersebut. Ada yang jaga pc, ada yang jaga hadiah-hadiah. Ada yang jadi MC.

Beberapa gambar pasukan catur IIUM di upacara tersebut. Kelihatan juga Fadzil Nayan mewakili pasukan catur IIUM naik ke pentas menerima sumbangan insentif kerana berjaya membawa pulang pingat Perak di MASUM.




Ucapan daripada beberapa VIP di acara tersebut.