Memaparkan catatan dengan label Kursus Catur di Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus Catur di Kelantan. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 10, 2009

SMK Sultan Yahya Petra (1) Tuan Rumah Kepada Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2)

Cikgu Mohamad Zulkarnie

Syabas kepada Cikgu Mohamad Zulkarnie kerana sebagai tuan rumah kepada Kursus Kejurulatihan Catur (tahap 2) yang diadakan di SMK SYP (1) pada 7 dan 8 ogos 2009, beliau telah bertungkus lumus untuk memastikan aktiviti kursus ini dapat dijalankan dengan teratur dan berkesan di sekolah ini.

Tempat diadakan kursus kejurulatihan catur (Tahap 2) begitu selesa sekali. Papan putih disediakan dengan pen marker dan pemadamnya sekali, papan demo catur juga disediakan, projektor juga disediakan, notebook juga disediakan kalau perlu, PA Sistem dan kerusi/meja yang selesa untuk diduduk.

Cikgu Nik Azrihan - Penggerak Kepada Pembangunan Sukan Catur Di SMK SYP (2)

Cikgu Nik Azrihan

Pernahkan anda terdengar sebuah sekolah yang mana 17 pelajarnya berjaya mewakili sekolah ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD). Daripada 24 peserta kategori sekolah menengah yang layak mewakili daerah ke peringkat MSS Negeri, 17 pesertanya adalah dari sekolah yang sama. Biar betul. Sekolah yang dimaksudkannya ialah SMK Sultan Yahya Petra (2), Kuala Krai Kelantan.

Cikgu caturnya ialah cikgu Nik Azrihan. Beliau adalah guru matematik di sekolahnya. Beliau juga adalah salah seorang ahli jawatankuasa Teknik Catur bagi kursus kejurulatihan catur (tahap 2) ini. Beliau sepatutnya menjadi contoh kepada cikgu-cikgu catur yang lain. Kena tanya cikgu Nik, apakah rahsia pencapaian begitu menakjubkan yang telah beliau lakukan terhadap pembangunan sukan catur di sekolahnya sampai boleh 17 pelajar sekolah ini boleh mewakili daerah dalam catur. HEBAT !!

Ular Tedung- King Cobra ditangkap oleh penduduk Kuala Krai

King Cobra Kuala Krai



Selepas selesai Kursus Kejurulatihan Catur pada hari pertama (7 Ogos 09), Coach Fadli bersama Encik Baharuddin singgah di warung, nak isi perut dengan makan roti canai. Terperasan kami, ramai yang berkerumun di sebelah warung tersebut. Rupanya ada ular yang besar berkeliaran di sana. Ular tuu jenis king cobra. Seram tengok ular tuu sebab panjang dan besar sangat. Beberapa penduduk kampung cuba menangkap ular tersebut. Yang lain-lain tuu hanya tengok dari jauh saja..


Encik Baharuddin Hamzah - Salah seorang penggerak pembangunan catur di Kuala Krai, Kelantan

Encik Baharuddin Hamzah sedang menikmati sarapan pagi. Beliau tengah makan roti telur. Kelihatan disebelahnya gula. Beliau suka masukkan gula di kuah kari roti canai itu. Siapa tu Encik Baharuddin? Ramai mesti tidak kenal dia. Mungkin juga peminat-peminat catur di Pantai Timur kenal atau pernah melihat wajah beliau. Sebenarnya beliau adalah salah seorang penggerak kepada pembangunan sukan catur di daerah Kuala Krai.
Kalau kita selidik aktiviti catur di semua daerah di negeri Kelantan, daerah Kuala Krai adalah daerah yang paling kerap buat aktiviti caturnya.
Syabas kepada beliau kerana terus gigih berusaha menjadi salah seorang penggerak kepada pembangunan catur di Kuala Krai, Kelantan.

Cenderahati Daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai

Lawanya cenderahati ni.



Semasa upacara penutup Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2), Coach Fadli telah diberikan hadiah cenderahati daripada pihak Jawatankuasa Teknik Catur PPD Kuala Krai dan elaun mengendalikan kursus selama 2 hari ini sebanyak RM ?,?00 .