Memaparkan catatan dengan label Cerdik Catur Enterprise. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerdik Catur Enterprise. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 04, 2010

Ada berani...?

Ehhh....Ini bukan iklan buka baju ...tapi ini adalah iklan kejohanan catur terbuka hehe...




Dah bersediakah kamu sahut cabaran ini...?

Jangan lupa!!!

8 Ogos 2010 (Ahad) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam

Kejohanan catur kategori Terbuka yang pertama dianjurkan oleh Cerdik Catur Enterprise

Pastikan anda tidak ketinggalan..Jom!!

Daftar sekarang - hubungi StoneMaster di 014-2312370 atau emel seme_event@yahoo.com

Ahad, Februari 14, 2010

3 PETUA Asas Struktur Pembangunan Catur di Sek Rendah, Menengah, IPT dan Kelab/Persatuan Catur

Sejak kebelakangan ini, banyak emel, SMS dan juga pertanyaan dari blog-blog catur SM mengenai cara nak tingkatkan prestasi mutu permainan catur di kalangan pemain-pemain catur di sekolah rendah, sekolah menengah, IPT dan juga kelab/persatuan catur.


Memang sukar nak laksanakan pembangunan tersebut untuk kumpulan sasaran yang di sebut di atas KECUALI anda boleh ikuti 3 PETUA yang SM cadangkan. Apakah petua tersebut?


1. PETUA YANG PERTAMA


Kendalikan aktiviti latihan catur 2 kali seminggu atau 1 kali seminggu. Ia mesti dijalankan selama 3 tahun. Banyak tenaga pengajar mampu kendalikan latihan tersebut. Tidak PERLU anda memanggil seorang GrandMaster ke, International Master ke atau FIDE MASTER ke atau CANDIDATE MASTER ke untuk kendalikan latihan tersebut. Memadai anda panggil seorang pemain bertaraf PRO (National Rating 1650 dan ke atas) ATAU jurulatih AMATUR (National Rating 1650 dan ke bawah) yang mempunyai TRACK RECORD dan minat untuk melatih pemain-pemain catur. Tidak kisah jurulatih amatur itu pernah latih seorang pemain ke atau pernah latih sekolah ke, asalkan beliau pernah RASA pengalaman melatih pemain-pemain catur. Itu sahaja. Pernah seorang pemain catur bertaraf MASTER kata kat SM, " i don't like to teach kids chess" . Kesimpulannya, cari jurulatih catur yang minat ajar budak-budak main catur. Pastikan anda mempunyai dan sediakan budget untuk petua yang pertama itu.


2. PETUA YANG KE-2


Hantar pemain-pemain catur dari kumpulan sasaran tersebut ke kejohanan catur 1 kali sebulan atau 1 kali 2 bulan. Lebih kerap lagi bagus. Ramai yang tak ikut petua ni. Mungkin tidak ada masa kot sebab kanak-kanak sentiasa sibuk dengan aktiviti sekolah, kelas tuisyen dan aktiviti luar yang lain. Kalau ada kanak-kanak yang ada masa masuk kejohanan catur sebulan sekali, maka pelajar tuu ada harapan untuk jadi TOP 10 untuk kejohanan catur yang disertainya selepas 3 tahun ikut petua yang pertama dan yang ke-2. Pastikan juga ibubapa pelajar tersebut ada sediakan budget untuk anak mereka sertai kejohanan catur.


3. PETUA YANG KE-3


Mereka (seperti cikgu catur, orang kuat catur untuk kelab/persatuan atau penggiat catur) yang ada keinginan nak tengok peningkatan catur untuk kumpulan sasaran mereka, dicadangkan juga anjurkan kejohanan catur 1 kali setiap 6 bulan. Sekurang-kurangnya, mereka faham dan tahu cara nak anjurkan kejohanan catur. Tidak perlu mengharapkan orang lain bantu mereka anjurkan kejohanan catur. Mereka nii perlu tahu gunakan program catur seperti swiss 46, atau swiss perfect atau swiss manager untuk buat pairing.


Kalau tak tahu, pergilah hadiri kursus arbiter untuk mahirkan diri dalam program tersebut dan belajar juga peraturan dan undang2 asas permainan catur. Mereka juga perlu hadir kursus2 seperti Kursus Catur "Train The Trainer", Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 dan Tahap 2 anjuran CERDIK CATUR ENTERPRISE (coming soon) dan mana-mana penganjur lain yang anjurkan kursus seumpama itu untuk tingkatkan ilmu dalam pentadbiran dan pengurusan catur.


Pernah sekali SM sembang-sembang dengan seorang penggiat catur yang sekarang dah pegang jawatan penting dalam sukan catur. Beliau kata, dulu dia asyik kritik penganjur-penganjur kejohanan catur seperti tak tahu buat nii lah, tak tahu buat itu lah TAPI lepas beliau dah jadi orang kuat catur dan beliau sendiri terlibat dalam penganjuran kejohanan catur, baru beliau faham iaitu bukan senang nak anjurkan kejohanan catur.


Ya, memang bukan senang nak anjurkan kejohanan catur. Kebanyakan penganjur catur tak tahu buat "planning stage" dan "marketing stage" sesuatu aktiviti kejohanan catur. Akibatnya kejohanan catur yang dianjurkannya tidak mendapat sambutan seperti kurang penyertaan pemain, hadiah sewenang-wenangnya dikurangkan takut rugi dan masalah-masalah lain. Kejohanan catur yang mereka cuba buat, tiada konsep dan tiada arah tujuan dan tidak menarik dari kaca mata para peserta. Baru-baru ini di KL Rapid tourney, seorang veteran catur iaitu Mr Bong telah sembang-sembang kosong dengan SM. Kata2 beliau berbunyi seperti begini "saya rasa ramai suka masuk amatur kerana mungkin juga personaliti SM. SM suka senyum, saya pun suka masuk amatur sebab suka tengok SM. Tengok apa jadi kat tournament lain, walaupun hadiah menarik tapi jumlah penyertaan tidak sampai 30 peserta seperti yang berlaku di beberapa kejohanan catur baru-baru ini". Kata beliau sambil tersenyum. hmm... Jadi adakah personaliti sesorang penganjur juga mainkan peranan sekiranya kejohanan catur itu ingin berjaya dalam target sasarannya ?


Kadang-kadang kita boleh perasan ada pihak penganjur bila mereka nampak seorang penganjur buat sesuatu kejohanan catur dan mendapat sambutan, maka mereka cuba clone=klonkan konsep kejohanan itu tapi masih gagal kerana itu adalah kejohanan clone dan masih tidak wujud konsep dan tujuannya. ..hehe. Kadang-kadang pula kita boleh perasan penganjur itu dah lah cuba clone kejohanan itu malah buat kejohanan itu sehari atau sama tarikh kejohanan yang dia clone nya. Cam sabotaj jee.


NAH !! Mudahkan kalau nak tingkatkan prestasi catur. Semoga anda semua faham dan mendapat sedikit ilmu pengetahuan setelah baca 3 PETUA tersebut. hehe


Sabtu, Disember 26, 2009

LOGO Syarikat Cerdik Catur Enterprise Sudah Siap

Selepas StoneMaster tubuhkan Syarikat Cerdik Catur Enterprise, beliau telah pula buat name card yang ada muka hansem beliau, kemudian beliau bina satu lagi blog catur yang baru iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com. Yang terbaru beliau wujudkan LOGO cerdik catur enterprise. Desas desus telah tersebar luas pula di kalangan peminat catur tanahair yang StoneMaster sedang siapkan baju korporat, baju sukan dan topi di mana logo itu akan disulamkan.

Para pemerhati, sekutu-sekutu StoneMaster, saingan StoneMaster dan pengkritik-pengkritik StoneMaster sudah mula garu kepala dan menunggu-nunggu apa yang sedang dibuat oleh StoneMaster bagi persiapan menghadapi cabaran aktiviti dan pembangunan sukan catur ini pada tahun 2010. :) Apakah akan berlaku pada tahun 2010? Apakah projek gemilang catur yang StoneMaster akan adakan tahun depan? Dijangka awal bulan Januari 2010, akan semua maklum apakah projek catur yang akan mula digerakkan oleh Stonemaster.

Kepada tetamu nak tengok LOGO bagi Cerdik Catur Enterprise, sila layari blog www.cerdikcatur.blogspot.com


Khamis, Disember 24, 2009

Selamat Datang ke Cerdik Catur Enterprise


What a successful year for StoneMaster bagi tahun 2009. Boleh dikatakan tiap-tiap hari sejak Oktober 2008 hingga sekarang asyik dengan aktiviti catur. 99% banyak kepada pembangunan catur iaitu mengajar catur cara individu, kumpulan, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Tapi tahun nii juga tak banyak SM menganjur kejohanan catur. Rasa boleh dikira dengan jari. Dijangkakan 3 bulan pertama tahun 2010, SM akan menganjurkan beberapa kejohanan catur seperti mana SM menganjurkan banyak aktiviti tersebut pada tahun 2007 dan pada tahun 2008.

7 hari lagi dah nak masuk tahun 2010, SM dah prepare untuk banyak aktiviti catur untuk tahun 2010. Syarikat catur iaitu Cerdik Catur Enterprise dan blognya sudah pun SM bina iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com. Name Card SM yang ada gambar SM yang hansem tuu pun SM dah siap. Jengok2lah blog tuu sentiasa kerana blog tersebut itu akan sentiasa dikemas kinikan seperti blog lain yang SM bina iaitu www.5hobiku.blogspot.com dan juga www.smvssm.blogspot.com.





Kad Nama baru Coach Fadli bagi tahun 2010. Jangan lupa semua jengok-jengok blog baru yang baru SM bina lagi iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com