Memaparkan catatan dengan label GACC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GACC. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 05, 2009

Misi Terlaksana!

CONGRATULATIONS!!!


SM dan IIUM team A di GACC 2009

Bukan sekadar nak gedik-gedik angkat bakul sendiri tapi inilah hakikat dan kenyataannya. Atas usaha Coach Fadli AKA StoneMaster membuat latihan intensif dan mengatur strategi untuk pemain-pemain catur UIAM, akhirnya telah membuahkan hasil yang membanggakan di mana Pasukan IIUM Team A telah mendapat tempat ke-3 di dalam kejohanan catur 14th GACC Inter-Varsity Chess Championship. Ini adalah antara kenangan manis dan salah satu kejayaan yang mencipta sejarahnya tersendiri sebelum Coach Fadli menamatkan kontrak sebagai jurulatih catur di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada penghujung tahun 2009 ini.


Rakan Muda GACC Inter-varsity Chess Championship 2009: Final Standing

Berikut adalah keputusan akhir bagi kejohanan catur Rakan Muda GACC Inter-varsity Chess Championship 2009 ke-14 yang berlangsung pada 28 November hingga 5 Disember 2009 di Universiti Malaya.



TEAM FINAL STANDING


KATEGORI WANITA


KATEGORI TERBUKA
(KLIK IMEJ UNTUK KELIHATAN LEBIH JELAS)



JANGAN JELESS SEMUA !! SM SENDENG DENGAN AWEQ IPT DI LEGEND HOTEL

STUDENT UPSI

Gambar sendeng paling gempak SM ambil dengan aweq UPSI.

Kenan gak Coach Fadli tengok aweq UPSI ni. Aweq IPT yg paling SM suke jeling tahun nii. Asyik jeleng2 kat dia jee masa majlis penutup GACC kat Legend Hotel. Akhirnya dapat gak buat muka xmalu tanye dia nak bergambar berdua-dua. Sebenarnya dah bapa kali jeleng2 kat dia di 2 n 3 tourney yg lain2. Mula2 start jeleng kat dia di MMU Melaka April tahun nii. Pass tu terserempak dengan dia lagi di pondok bus UPSI bulan Ogos. Pas tu jeleng lagi dia kat UIA Open Nov lepas. Pas tuu jeleng lagi kat dia di GACC. Baru jee skrg ada peluang posing dengan dia lepas banyak jeleng2. hehehe. Dia nak beli 2 buku catur kat SM iaitu taktik dan strategi di middlegame. Jangka jumpa dia semula di UPSI awal bulan depan.

Khamis, Disember 03, 2009

14th Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship: Team standing after Round 8


Hari ini (3 Disember 2009) telah berlangsung pusingan ke-7 dan ke-8 bagi Kejohanan Catur Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship.
Pusingan akhir akan diadakan esok (Jumat 4 Dis). Kedudukan pasukan selepas pusingan ke-8 sebentar tadi adalah seperti berikut:


Team Standing After Round 8

No

Team Name

Rank

Points

1

University of Calcutta (UCAL)

1

25.5

2

Nanyang Technological University (NTU)

2

23.5

3

International Islamic University Malaysia, Team A (IIUMA)

3

21.5

4

University of Peradeniya (UPER)

4

20.0

5

Universiti Malaya (UMAL)

4

20.0

6

University of Colombo (UCOL)

6

19.0

7

Universiti Putra Malaysia, Team A (UPMA)

7

18.5

8

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

8

18.0

9

International Islamic University Malaysia, Team B (IIUMB)

8

18.0

10

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Team B (USIB)

8

18.0

11

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

11

16.5

12

Universiti Kebangsaan Malaysia, Team A (UKMA)

12

16.0

13

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

13

15.5

14

Universiti Tenaga Nasional, Team A (UTNA)

14

14.5

15

Universiti Tenaga Nasional, Team B (UTNB)

14

14.5

16

Universiti Putra Malaysia, Team B (UPMB)

14

14.5

17

Universiti Malaysia Sarawak (UMS)

17

12.5

18

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Team A (USIA)

17

12.5

19

Universiti Kebangsaan Malaysia, Team B (UKMB)

19

12.0

20

Multimedia University (MMU)

20

11.0

Rabu, Disember 02, 2009

Berjayakah Coach Fadli Bantu Pasukan Catur IIUM mempertahankan TITLE Best Malaysia University Team di GACC 2009??


Dah tamat pusingan ke-6. Lagi 3 pusingan. Coach Fadli bz giler nak memikirkan STRATEGI pasukan catur IIUM untuk baki 3 pusingan lagi. Arahan dari Coach Fadli tadi pagi kepada semua pemain catur IIUM sebelum mula pusingan ke-5 dan ke-6 adalah supaya pasukan ini terus masuk Gear 5 dan cuba JARAK kan kelebihan 2 hingga 3 markah sebelum cuti rehat sehari telah diikuti sepenuhnya oleh semua pemain. Ini adalah perlu kerana 2 hari terakhir nanti, beban berat akan mula terasa. Nak menang menang makin susah sebab semua akan main berhati-hati. Sebab tuu biasa banyak permainan yang SERI. Akhirnya semua pemain puas hati dan lega sebab sekarang dah berada RANK ke -3 lepas pusingan ke-6. Dah ada bayang-bayang boleh rebut TOP 3 pula.

Coach Fadli telah menasihatkan semua pemain IIUM bermain seperti hari ini adalah hari terakhir kejohanan dan semua telah bermain bersungguh-sungguh. Kalah atau menang adalah adat permainan. Bezanya antara pasukan catur IIUM dengan pasukan catur universiti lain yang bertanding ialah pasukan catur IIUM mempunyai seorang jurulatih catur yang sentiasa dok lepak tengok mereka bermain dan dapat membantu dalam mengaturkan strategi dan nasihat kepada pemain apa perlu buat dan tidak perlu buat. Nak ikut nasihat atau tidak mahu ikut nasihat tu adalah perkara ke-2. Yang penting mereka komited dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Matlamat mereka ialah untuk mempertahankan TITLE Best Malaysia University Team atau cuba dapat TOP 3 kejohanan itu yang juga menawarkan hadiah beribu-ribu ringgit.
Coach Fadli masih ingat lagi pada tahun 2004 di mana berjaya membantu pasukan catur Kuala Lumpur mendapat TITLE Best Malaysian Team di Kejohanan Catur Berpasukan Kebangsaan Merdeka. Setiap pusingan, mesti ada strategi yang berlainan dari segi cara nak melawan dengan pemain yang dipertemukan dan juga perlunya TAHU bila nak pecut jauh dari segi pungutan MATA.

Akhir kata nasihat kat semua pemain catur IIUM, jangan 'over confident'. Fokus satu persatu dulu. Jangan takut pada lawan pula. C u all esok pagi. Kita gi main Bowling n KARAOKE untuk lepaskan tension. hehehe

Mohd Fadli bin Zakaria
Jurulatih Catur,
Universiti Islam Antarabangsa,
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Selasa, Disember 01, 2009

Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Campionship 2009: Team Standing After Round 6

Hari ini (1 Disember 2009) telah berlangsung pusingan ke-5 & ke-6 bagi Kejohanan Catur Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship 2009. Kedudukan pasukan selepas pusingan ke-6 adalah seperti berikut:


Sebanyak 2 pusingan lagi akan diadakan pada Khamis 3 Dis dan pusingan akhir akan diadakan pada Jumaat 4 Disember 2009. Berjayakah Universiti tempatan Malaysia meraih sebarang hadiah utama di kejohanan ini? Sama-sama kita lihat nanti. Good Luck UIA dan Coach Fadli !! :)

Ahad, November 29, 2009

Senarai nama peserta dan Universiti di Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship 2009

Berikut adalah senarai nama peserta dan universiti yang diwakili oleh mereka bagi kejohanan catur Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship ke-14 yang berlangsung di Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 28 November-5 Disember 2009.

gacc09 open

Kategori Terbuka

gacc09 women

Kategori Wanita

Senarai Universiti yang menghantar wakil menyertai kejohanan ini:
  • UNIVERSITY OF PERADENIYA
  • NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY
  • UNIVERSITY OF CALCUTTA
  • UNIVERSITY OF KELANIYA
  • NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE
  • UNIVERSITY OF COLOMBO
  • MUMBAI UNIVERSITY
  • A.V..COLLEGE
  • UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • UNIVERISTI MALAYA
  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
  • UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
  • UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
  • UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
  • UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
  • UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
  • MMU
  • INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
  • WAWASAN OPEN UNIVERSITI

Untuk melihat pairing dan berita terkini bagi kejohanan ini, sila layari Laman Blog Rasmi GACC di SINI.

Sabtu, November 28, 2009

MISI PASUKAN CATUR IIUM DI GACC 2009 - BEST MALAYSIAN UNIVERSITY CHESS TEAM

Pada tahun 2008, pasukan catur IIUM buat pertama kali dalam sejarah di kejohanan catur World Inter-Varsity GACC di Universiti Malaya, berjaya mendapat title Best Malaysian University Chess Team. Sila layari berita tersebut DI SINI.

Pada tahun ini 2009, bermula esok (29 Nov 09), pasukan catur IIUM akan cuba mempertahankan kedudukan tersebut di kejohanan yang sama. Mampukah pasukan catur IIUM melakukannya sekali lagi? Sama-sama kita lihat.

IIUM Chess Team

Gambar ini diambil semasa sessi latihan catur pada 19 hingga 22 November 2009 bertempat di HS Cafe IIUM, Gombak. Sessi latihan catur secara intensif ini diadakan bagi persediaan peserta ke kejohanan catur World Inter-Varsity Chess Championship yang akan bermula pada 29 Nov hingga 4 December 2009.

GAMBAR KENANGAN GACC 2008
GAMBAR KENANGAN SM BERSAMA PASUKAN CATUR IIUM DI RAKAN MUDA GACC 2008