Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 17, 2010

Chess Made Fun at Wangsa Walk

Lepas habis mengajar catur di Bukit Antarabangsa, SM jalan2 ambil angin di Wangsa Walk,Wangsa Maju. Ternampak lak replika buah2 catur yang disusun di concourse area Wangsa Walk Mall tuu.

SM bersama replika buah2 catur 'gergasi'

Rupa-rupanya ada chess event kat sana yang dibuat selama 4 hari, dan hari ni (Ahad) adalah hari terakhir. Masa SM sampai kat sana dah dekat 10pm, kedai2 pun dah nak tutup, Nak tanya org2 kat situ...tak nampak lak ada sesapa yang jaga...cuma security guard Bangla ngan bro Nepal jee yg ada.. SM rasa peserta2 yg masuk event tu main catur di situ secara kalah mati.

Sabtu, Julai 31, 2010

Pameran Kereta Cantik di Bukit Jalil

Masa SM jalan2 di sekitar Bukit Jalil beberapa hari lepas, tetiba ternampak lak satu kawasan yang dikerumuni orang ramai. Nak jugak SM tahu apa yang mereka sedang buat di kawasan tuu…Ooo rupa2nya mereka tengah syok tengok pameran kereta yang canggih dan menarik di sana.

DSC02828

Ini kereta Satria yang dah di modified colournya beserta dilukiskan kartun animasi di badan kereta. Walaupun kereta ni dah diubah warna luarannya, tapi ciri-ciri keselamatan tetap diutamakan.

DSC02829

Check out this one…Kereta Datsun yang sebelah dalamnya warna pink! Tak pasti lah plak owner keter nii org pompuan ker laki2

DSC02833 DSC02832

Rasa cam nak terbang lak naik keter merah camni

 DSC02830

Kereta Kelisa yang sarat dengan sound sistem yang canggih…gedegang gedegung bunyi muzik sampai bergegar satu kereta dbuatnya!

Isnin, Julai 19, 2010

3 in 1 di Mayangsari Resort Dungun


Dah lama gak SM tak pegi bercuti sebab asyik sibuk dengan aktiviti harian di KL. Tapi hari Jumaat lepas, SM sempat gak luangkan masa pegi bercuti ke negeri Terengganu Darul Iman sambil sertai Kejohanan Catur Terbuka Dungun yang berlangsung selama 2 hari iaitu 16-17 Julai 2010.

Menarik gak kejohanan catur kali nii sebab lokasinya diadakan di resort. Selalunya pertandingan catur rapid biasa diadakan di dewan2 sekolah, dewan orangramai, pusat beli-belah atau di pusat2 catur di kawasan bandar tapi kali nii suasana sikit berbeza kerana pertandingan catur ini diadakan di sebuah resort, jauh dari hiruk pikuk dan kesibukan kota.

reception counter

 

Inilah reception counter di Resort Mayangsari Dungun. Para tetamu boleh berehat2 sambil baca suratkhabar dan main karom kat meja yang disediakan.

 

nite

 

 

 

Suasana sekitar lobby di malam hari.

Sebelum ni, ada SM terbaca review yg kurang menarik dari pengunjung2 yg pernah tinggal di resort ni. Macam2 gak dorang komen-bilik tak bersih lah, banyak nyamuk lah, keycard x berfungsi, servis slow…so SM dah kira bersedia utk hadapi ‘cabaran’ tinggal di resort ni.

tvbilik sementara

Sebenarnya, masa SM memula sampai kat resort tuu dalam pukul 5 pagi, reception staff yg bertugas tuu kata bilik dah full. Alamak! Camna boleh jadi camni. Tekejut gak SM camana dia kata semua bilik dah penuh sedangkan sehari sebelum bertolak, SM dah telefon resort dan booked bilik. Mungkin staff tu masih mamai sebab kena kejut tengah2 pagi buta kot… Beberapa minit kemudian, dia semak2 semula dan bagi SM tinggal di bilik lain sementara bilik yang ditempah dikosongkan dan dibersihkan tengahari nanti. No additional charges hehe. Tak kisahlah…janji dapat bilik untuk berehat dan sambung tido sementara menunggukan pagi.

bilik resort

 

Ok lah. Rasanya dakwaan2 dan komen yang kurang enak tuu tak lah betul semuanya. Bagi SM, bilik kat sini ok jee, agak selesa, cukup dgn kemudahan asas seperti tilam, towel, aircond, ada tv gak, bilik airnya pun bersih, siap dengan hot water shower lagi…Kira puas hati dan berbaloi lah dapat tinggal di resort macam ni kan. Dah namanya pun RESORT…bukannye HOTELl lima bintang kan

 

breakfastmi

Roti, Hot dog dan baked beans nii dah jadi menu harian untuk breakfast kat sini. Sepanjang 3 hari menetap di resort ni, x penah miss…Macam tau-tau pulak SM suka makan kacang tuu jadi mereka hidangkannya hari-hari pulak kat sini hehe. Ada jugak lain2 makanan – nasi lemak, mi goreng, mihun goreng, kuih-muih dan buah-buahan.

makan chicken chopnasi goreng seafood

Daripada risalah promo cafe kat sini, dia bagitau chef yang masak kat sini dah berpengalaman 30 tahun dalam dunia masakan, pernah berkhidmat di Brunei dan juga dgn keluarga DiRaja Terengganu. Tapi masa SM makan kat sana, tak lah pulak nampak chef nya… Nampak 2 orang budak pompuan muda jer yang dok masak kat dalam dapur tuu. Tak sesuai dan x padan kalau nak kata itu chef yg dimaksudkan. Tapi apa-apa pun, masakan dia memang sedap …especially nasi goreng seafood memang ‘terangkat’ punye lah.

sari maya spa

Haa…nak rasa urutan cara tradisional? Salah satu tarikan pengunjung kat sini mungkin kerana adanya Spa yang diberi nama Sari Maya Spa. Dekorasinya menarik, ala-ala Bali kot. Masa SM pegi skodeng kat situ, takde pulak nampak orang tengah dok mengurut kat dalam tuu hehe

deko ala bali

kolam mandiDSC02766

Yang ini ialah kolam mandi di resort Mayangsari ni. Kolamnya tak laa besar sangat tapi bolehlah kalau saja2 nak berendam dan menyelam.

Petang2 sempat gak SM rewang2 kat tepi pantai, hirup udara segar dari laut dan beli makanan yang dijual kat tepi2 pantai tu.

DSC02782 DSC02781

Pantai di sepanjang resort nii pulak tak laa berapa cantik dan pengunjung dilarang mandi di kawasan tu, cuma mungkin meriah sikit kat pantai tu bila ada ramai kaki pancing dok lepak kat sepanjang pantai dari pagi sampai tengahari. Tak tahu lah pulak banyak mana, ikan apa yang mereka dapat pancing kat situ.

tepi pantai

Ok. Kita tinggalkan suasana nyaman di resort jap dan masuk kat suasana hangat pertandingan catur.

dungun open r1

Pusingan pertama – Ditemukan dengan seorang pelajar dari Sek.Men.di Dungun. Kelihatan SM sedang kusyuk merekodkan move sambil diperhatikan oleh Prof.Madya Hj. Abd Rahim Ramli, Presiden Kelab Catur Terengganu.

badrul aminsiti aisyahsuhaidisoon wai cheongabd khalid musaahmad hafizuddinhamlee ismailal'nurul amin

Inilah dia wajah2 mereka yang ‘dibelasah’ dan berjaya ‘membelasah’ Candidate Master Mohd Fadli Zakaria di Dungun Open 2010.

muhd zarif aimanmuhammad arshad

Kalau tak silap, inilah dia peserta yang paling kecil dalam kejohanan ni, Muhammad Zarif Aiman (7 tahun) yang merupakan anak kepada Juara Dungun Open tahun lepas (2009) iaitu Muhammad Arshad – baju belang oren yang duduk di sebelah SM.

Setelah 2 hari beradu minda di sini, inilah hasilnya…

6th place dungun open

Berjaya juga SM naik ke atas pentas untuk terima hadiah tempat ke-6 iaitu sijil beserta wang tunai RM 100 hehe. YB Dungun, En. Matulidi tak dapat hadir, cuma wakilnya saja yang sampaikan hadiah kepada pemenang2.

Yang kat bawah ni pulak adalah antara makanan yang berjaya SM sental lepas habis jee acara penyampaian hadiah di Kejohanan Catur Dungun. Dah rasa malas nak jalan jauh2, singgah jee kat kedai makan kat sebelah kubur depan pantai…Ada laksa Terengganu, laksa Penang pun ada, laksam dan cendol.

laksa ganu laksa penang cendol laksam DSC02761Haa…yang ini jangan tersilap pulak…Nampak cantik tapi ini bukannya makanan…hehe. Ini bunga yang diletakkan di perkarangan luar bilik. Kena hati-hati bila nak melangkah keluar bilik, silap2 jatuh lak kat dalam kolam yang ada bunga ni….:)

sm di pool

So kesimpulannya, SM dah dapat sempurnakan 3 hobi sekaligus masa 3 hari bercuti di Terengganu iaitu berjalan-jalan, main catur dan makan2 (Nak tengok wayang, takde panggung lak kat sana huhuuu…) Gembira sokmo SM gi Dungun. Seperti biasa, kita janganlah mudah percaya atau terpedaya dengan kata-kata orang…lain orang, lain pandangan & pendapatnya walaupun berada dlm situasi yg sama. Mungkin pengalaman mereka yang lain tuu just boleh dijadikan sebagai panduan supaya kita berhati-hati. Kena alami sendiri, baru boleh menilainya kan. OK untuk SM, bolehlaa bagi markah 4stars4/5 bintang kat Resort Mayangsari nie. :D

Khamis, November 26, 2009

Aktiviti SM di Port Dickson

Nak tahu apa yang SM buat masa bercuti di PD arini? Jom baca seterusnya…

 bicycle

Lepas sarapan di Terrace Cafe, Tiara Beach Resort, SM rehat2 jap di lobi sambil baca suratkhabar. Cuti-cuti pun, kenalaa ambik tau perkembangan dunia jugak kan. Lepas tuu SM rewang2 je sekitar resort. Kat sana ada juga disediakan perkhidmatan sewa basikal. Harga sewanya antara RM8-12 setiap setengah jam, bergantung pada jenis basikal.

DSC09241DSC09242 DSC09243

Lepas tu SM ronda2 lak di pekan Pasir Panjang dan singgah jap di hutan simpan yang betul2 bersebelahan ngan pantai. Kat hutan tu ada gak kemudahan utk berkhemah tapi SM x lepak lama kat situ sebab cam rasa sunyi jee tempat tu hehe

DSC09244

Singgah di pantai Teluk Kemang Batu 8-pantai yg paling popular di Port Dickson. Orang kata, kalau dah sampai PD, x sah kalau x dtg sini. Macam2 brgn ada dijual di sana. Teringin gak beli sesuatu utk kenangan. Masa ni SM tgh cuba t-shirt di salah sebuah kedai bazar kat tepi pantai tuu.

DSC09246DSC09247DSC09248

Dah dapat beli baju yg berkenan di hati..lum sempat basuh, terus jer SM sarung dan pakai, siap posing lagi hehe…

 DSC09249DSC09250DSC09251 

Petangnya, SM rilek2 lak kat Games Room di resort. Sekali-sekala nyanyi di karaoke dan main video games memang seronok dan boleh release tension gak.

DSC09253   DSC09255

Tak lupa mandi n berendam lagi dalam kolam di resort. Ingat nak gak masuk gymnasium tapi lupa lak bawak pakaian n kasut sukan.

DSC09260DSC09263DSC09264

Apa lak menu utk dinner SM hari ni? Haaa…ni lah dia..sup ayam, sotong tepung dan ikan bakar. Kedai makan nii SM jumpa masa rewang2 kat Jalan Pasir Panjang ptg tadi. Sotong dan ikan tu fresh dari laut.

DSC09270

Perut dah kenyang n puas rewang2, SM singgah jap di pentas terbuka Pavilion Stage kat resort, masa tu diaorg pasang citer Broken Arrow. Layan aje laa hehe. Pastu SM rehat kat bilik, makan buah rambutan, tengok tv sambil layan tenet.