Sabtu, Februari 06, 2010

Hobiku bermain catur : KL Rapid GP (1st leg) - Hari pertama dapat 'tel0r'

Hari ni saja (Sabtu 6/2/10) ada 3 kejohanan catur terbuka yang boleh disertai oleh peminat2 catur, sama ada untuk cuba memenangi hadiah yang ditawarkan atau sekadar mengisi masa lapang dan bertemu rakan2. Salah satu kejohanan catur tersebut ialah di Taman OUG (First Saturday Classical Chess), satu lagi di MMU Melaka dan satu lagi ialah KL Rapid di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Mana satu nak pergi tak jadi soal coz SM ada sebab tersendiri memilihnya. Baru-baru ni, SM dah dapat tempat ke-2 di Thaipusam Rapid Chess yang dianjurkan oleh Excel Chess Academy, Taman OUG. Di Melaka pula, SM dapat rasakan pengurusan yang kurang cekap kerana tiada details yang tepat diberi dan terdapat percanggahan dalam hadiah yang ditawarkan.

KL Rapid GP pula menampilkan format kejohanan yang baru dan berbeza. Tapi dari segi reaksi dan mimik muka, ianya mengecewakan pihak penganjur kerana sambutan yang kurang memberangsangkan. Hanya 29 peserta di kategori Terbuka dan 25 peserta di Kategori Bawah 12 tahun. Hmmm...apa dah jadi ek? Adakah silap strategi penganjur atau peminat2 catur tempatan dah jemu untuk masuk pertandingan??

Di kejohanan ini, SM telah diletakkan seeded ke-2. Dua pusingan telah dijalankan pada hari nii...dan keputusan yg SM perolehi....2 bijik tel0r...hehe...

Tapi pertarungan masih belum selesai. Masih ada 4 pusingan lagi esok utk recover...so...watch out...wish me luck ! :)


Sabtu, Januari 30, 2010

FuhyooFM Review

SM dapat ‘mini update’ dari saudara Rohaizat melalui emel yang menguar-uarkan tentang peraduan review nii. Mula2 tuu tertanya-tanya gak SM apa ke bendanya FuhyooFM nie…(kena sebut betul-betul…sekali dengar bunyinye macam ‘puyuh’ :)) Lepas baca serba-sedikit tentang penerangan dan syarat2 peraduan ni,tetiba rasa excited lak nak join peraduan ni..Memang betul seperti yang dikata, untung sabut timbul, untung batu tenggelam, kalau tak cuba, mana nak dapat hasilnya kan. So here it goes…


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Pernah dengar tentang radio internet? Secara ringkasnya, radio internet nii adalah siaran radio yang kita boleh dengar melalui browser di Internet sahaja. Dah ada banyak juga siaran radio internet atau online radio yang dihasilkan secara antarabangsa atau tempatan dan salah satunya adalah FuhyooFM. Sebenarnya, FuhyooFM nii adalah radio internet yang dimiliki penuh oleh Fitrah Media Enterprise (FMe) yang beroperasi di Johor Bahru. Siaran radio ni boleh kita dengar setiap hari, 24jam sehari asalkan ada internet connection!


Kami adalah radio internet PERTAMA di Malaysia yang mempelopori bidang pendidikan sebagai landasan utama dalam mencungkil bakat-bakat muda khususnya bagi mereka yang minat dalam bidang penyiaran. - FMe


Lagu-lagu yang berkumandang di siaran FuhyooFM nii pula tidak hanya terhad kepada lagu2 hit bahasa Malaysia sahaja. Masa SM buat review nii sambil dengar FuhyooFM ni pun, macam2 lagu dari pelbagai genre - rock kapak sampai sentimental, lagu2 dari tahun 60-an pun ada, muzik Inggeris, Lagu Hindi dan juga lagu Cina turut diputarkan, sesuai dengan konsep 1Malaysia. Lagu Arab pon ada tau…


Yang bestnya, lagu2 diputarkan secara berterusan, tiada langsung gangguan dari iklan2 luar yang disiarkan di FuhyooFM nii. Tak taulah, mungkin siaran ini masih baru lagi dan belum mendapat penajaan dari pihak luar kot..



Budak sekolah jadi DeeJay


Dan yang uniknya, penyampai2 atau DeeJay yang mengendalikan segmen2 di FuhyooFM ini ada juga terdiri dari kalangan pelajar sekolah yang menjadi ahli program kokurikulum KELAB MEDIA dan RADIO SEKOLAH. Mereka nii dilatih oleh DJ ‘otai’ yang kebanyakannya merupakan bekas DJ di BEST 104.


BLOGGERS JADI DJ…?


image


Salah satu rancangan menarik di FuhyooFM ini adalah Dunia IE yang menampilkan segmen Terjah Blog yang dikendalikan oleh para bloggers/IM (Internet Marketers) yang terkenal seperti DjRohaizad dari Rohaizad dot com, DjSmartZul dari smartusaha dot com dan DjZamrin dari zamrin dot com. Mereka nii akan meluangkan waktu berkongsi tips2 utk menyemai semangat keusahawanan di kalangan pendengar. Nak tahu lebih lanjut? Nantikan segmennya ke udara 'secara langsung’ pada setiap Khamis jam 12 tengahari.




Hmm..satu lagi nak bagitau, radio internet nii TAK SAMA seperti radio FM biasa yang popular macam Hot FM ataupun ERA. Segmen2 di FuhyooFM adalah lebih menjurus kepada konsep 'hiburan sambil belajar'. Jadi? Anda berminat untuk mendengar radio ini sambil melayari internet? PERCUMA jee..tak perlu daftar.

Di sini SM bagi sedikit tutorial mudah untuk muat turun Toolbar di Browser atau memasang player FuhyooFM di blog sendiri :

1) Download Toolbar radio FuhyooFM di Browser anda.


Ini cara yang paling senang dan dibuat dengan sekali klik saja. Selepas anda download toolbar ini, maka IKON FUHYOOFM akan secara automatik berada di toolbar anda seperti ini:



Klik pada BUTTON di bawah untuk DOWNLOAD (sila tunggu sehingga imej button tersebut muncul):




Ok. Cara ke-2 nii hanya boleh dilakukan jika kamu ada blog sendiri!


2) Sila copy dan paste`kan CODE di bawah untuk dimasukkan di ruangan HTML di Widget / Gadget blog dan letakkan di bahagian “sidebar” layout blog anda:



<object classid="clsid:6bf52a52-394a-11d3-b153-00c04f79faa6" width="300" height="150" codebase="http://activex.microsoft.com/activex/controls/mplayer/en/nsmp2inf.cab#Version=5,1,52,701"><param name="stretchtofit" value="true" /><param name="url" value="http://174.120.183.111:8000" /><param name="src" value="http://174.120.183.111:8000" /><embed type="application/x-mplayer2" width="450" height="150" src="http://174.120.183.111:8000" url="http://174.120.183.111:8000" stretchtofit="true"></embed></object>



ok siap!


SELAMAT MENDENGAR…ENJOY!




Jumaat, Januari 15, 2010

Kejohanan Catur StoneMaster Amatur Special Edition (SE) Limited 2010.


Jom jom jom sertai dan rasakan sendiri kemeriahannya...inilah kejohanan catur kategori amatur yang ditunggu-tunggu oleh peminat catur tanah air. Sila klik di imej untuk melihat butirannya!

Rabu, Januari 13, 2010

How To Improve Your Chess – Bengkel Catur Bersama Coach Fadli @ 18 Mac 2010

Saban minggu, bermacam-macam aktiviti kejohanan catur dah dirancang dan diadakan untuk peminat-peminat catur tanah air. Dalam seronok-seronok masuk pertandingan catur untuk menang hadiah, kita juga perlu timba dan kongsi sedikit ilmu untuk tingkatkan skill atau kemahiran dan taktik bermain catur. Dah ramai juga yang tanya bila SM nak buat kursus/bengkel catur. Jadi, sempena musim cuti sekolah bulan Mac ini, jangan lepaskan peluang untuk hadiri Bengkel Catur “How to improve your Chess” yang dianjurkan oleh Kompleks 3C, Taman Bandar Sunway, Petaling Jaya di mana bengkel catur ini akan dikendalikan sendiri oleh SM..!

bengkel catur 3C

Lokasi aktiviti Bengkel Catur 3C:

Di sinilah Bengkel Catur ini akan dijalankan. Kompleks 3C….bukan Kompleks 3K (harap jangan keliru ye )

Google maps link: http://maps.google.com/maps/ms?ie=UTF8&oe=UTF8&msa=0&msid=116687689076491110895.00046a778ea6546964758


Gambar Kompleks 3C (Children Creativity Centre). Gambar diambil dari Laman Web MPSJ (Klik Imej)

SILA KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN BENGKEL CATUR


Jumaat, Januari 01, 2010

Acara catur Januari 2010

SM dah update kalendar acara catur di Kelab Stonemaster untuk sepanjang tahun 2010. Untuk bulan Januari, bagi anda yang berkelapangan di hujung minggu, bolehlah sertai kejohanan/pertandingan catur yang dianjurkan. Hobi bermain catur dan masuk pertandingan ni memang banyak faedahnya. Di samping dapat bertemu rakan2, boleh juga tambah pengalaman dan mungkin boleh menang hadiah yang ditawarkan...

KLIK DI IMEJ UNTUK BUTIRAN LANJUT

JAN 2010 EVENTS

Nota: semua acara yang disenaraikan di dalam kalendar di Kelab Stonemaster adalah betul pada masa catatan itu dibuat. Segala pindaan/perubahan adalah tertakluk kepada pihak penganjur/penaja.

Rabu, Disember 30, 2009

2009 Tinggal Kenangan, 2010 Penuh Cabaran

Pejam celik, tinggal satu hari lagi sebelum tibanya 2010. Tentu bermacam2 peristiwa dan pelbagai kenangan pahit & manis telah dilalui sepanjang tahun yang lalu. Di sini SM suka untuk fokuskan dan berkongsi pandangan serta azam tahun baru ke arah meningkatkan pembangunan sukan catur Malaysia.

Kesimpulan yang dapat diambil dari aktiviti catur yang dikendalikan oleh StoneMaster di sepanjang tahun 2009 sungguh membanggakan. Dalam menghidupkan aktiviti permainan catur ini sendiri, SM telah membahagikannya kepada 4 bahagian untuk laksanakannya dengan berkesan iaitu:

1. Pembelajaran Catur

2. Mengadakan kejohanan catur

3. Penjualan peralatan catur

4. Networking


PERTAMA. Pembelajaran catur.

SM menganggap bahawa misi ini berjaya dijalankan dengan jayanya di sepanjang tahun 2009. SM telah dijemput oleh individu, kumpulan, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk kendalikan aktiviti catur tersebut. Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 dan Tahap 2 yang pertama di Malaysia (menggunakan konsep pembelajaran catur cara StoneMaster) juga berjaya SM wujudkan dan telah dijalankan dengan jayanya.

Nampak mudah dan senang bila kita buat aktiviti catur ini. Tiap-tiap bulan kita dengar dan baca cerita dari blog training stonemaster.info mengenai aktiviti mingguan yang sentiasa SM jalankan. Tapi bila kita huraikan secara terperinci di sini, memang ramai akan mula tertanya-tanya dan mungkin akan kata seperti ini "BIAR BETUL" . Banyaknya projek pembangunan catur yang dijalankan oleh StoneMaster pada tahun 2009. Jawapan SM iaitu "TAU XPE" hehe.

Pada tahun 2010 pula, beberapa projek pembelajaran catur telah SM siapkan kertas kerjanya untuk dilaksanakan peringkat demi peringkat di beberapa negeri dan SM jangkakan akan mula dijalankan pada bulan Februari 2010.

Berikut adalah perancangan projek pembelajaran catur bagi tahun 2010.

  1. Meneruskan kesinambungan pembelajaran catur cara individu, kumpulan, di sekolah rendah, menengah dan universiti.
  2. Melantik beberapa tenaga pengajar catur yang mahir dalam memperkembangkan projek pembelajaran catur ini ke negeri-negeri yang lain.
  3. Mengadakan kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 dan 2 (Khas kepada guru2 dan ibubapa)
  4. Mengadakan Bengkel Cerdik Catur 2010 -Konsep latihan baru yang SM kendalikan.
  5. Pelancaran Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ). Program ini diilhamkan oleh Stonemaster dan adalah yang pertama kali akan dijalankan di Malaysia serta dijangka akan mendapat sambutan hangat. Sama-sama kita tunggu pelancarannya.
  6. Tumpuan pembangunan catur bagi satu-satu daerah seperti Shah Alam/Lembah Klang, Kuala Krai dan sebagainya.

KEDUA. Mengadakan kejohanan catur.

Untuk tahun 2009, SM hanya sempat anjurkan beberapa kejohanan Catur MINI. Aktiviti kejohanan atau pertandingan catur ini tidak banyak SM jalankan pada tahun 2009. Apa tidaknya. 6 hingga 8 bulan negara kita telah dibelenggu dengan wabak virus H1N1. Ditambahkan lagi dengan masalah ekonomi dunia yang paling teruk di Amerika sampai semua gerun adakah negara kita akan terjebak sama. 2 perkara ni memang menjadi ukuran dan pertimbangan SM untuk menjalankan aktiviti kejohanan catur ini. Lagi satu masalah ialah banyak sangat dah aktiviti kejohanan catur. Tengok saja di Kalendar Kelab Stonemaster...boleh dikatakan tiap2 minggu ada saja kejohanan catur dianjurkan oleh pelbagai pihak. Jadi bukan mudah nak dapat tarikh yang paling sesuai nak anjur kejohanan catur. Untuk elakkan masalah pertindihan tarikh ini berlaku, maka SM telah kurangkan atau tidak buat apa-apa perancangan dalam menjalankan aktiviti kejohanan catur pada 6 bulan terakhir tahun 2009. Tetapi pada tahun 2010 pula, SM sudah rancang akan kendalikan beberapa kejohanan catur yang hebat dan lebih besar. Sama-sama kita tunggu apakah kejohanan tersebut.

Mungkin tempias kegawatan ekonomi dunia dah mula terasa di negara ini. Kejohanan catur di peringkat MSSM telah dibatalkan penganjurannya pada tahun 2010. Walaubagaimanapun, kejohanan catur di peringkat MSS Daerah dan MSS Negeri masih lagi diteruskan seperti biasa. Pada pendapat peribadi SM, pembatalan permainan catur di peringkat MSSM tidak mendatangkan masalah teruk kepada pembangunan catur di Malaysia dan SM jangkakan pada tahun 2010 ini, senario kejohanan catur di Malaysia akan lebih meriah dengan penglibatan lebih banyak pihak yang berminat menganjurkan pelbagai konsep kejohanan catur sama ada secara Terbuka atau mengikut Kategori Umur di Malaysia ini.

KETIGA. Menjual peralatan catur.

Dah nampak banyak pihak dah mula jual jam-jam catur, buku dan set catur. SM pun berminat nak jual peralatan catur. Kalau dah sampai stok akan SM war-warkan di blog catur terbaru SM iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com. Blog ini baru SM bina iaitu pada 7 December 2009. Blog ini di bawah naungan syarikat Cerdik Catur Enterprise yang didaftarkan syarikatnya. Tahun 2010 nanti, banyak aktiviti catur SM akan gerakkan atas nama syarikat tersebut. Jengok-jengoklah selalu di blog itu.

KEEMPAT. Networking.

Sudah menjadi pendapat peribadi SM sejak dulu lagi bahawa kebanyakan peminat catur KURANG CELIK dan KURANG CERDIK INTERNET. SM target pada tahun 2010, sebanyak 10 laman blog (SM sudah bina 6 laman blog) akan SM bina untuk wujudkan satu NETWORK GERGASI termasuk juga penggunaan SOSIAL NETWORK seperti facebook, twitter, myspace, my bloglog, friendster dan sebagainya yang boleh memperkenalkan dan menarik minat pemain2 baru serta meluaskan penyebaran sesuatu maklumat terutamanya catur.



Akhir kata, tak perlu takut pada cabaran, tapi takutlah pada kegagalan...Selamat Tahun Baru 2010!


Yang Benar,

Mohd Fadli Zakaria

AKA StoneMaster AKA Coach Fadli

Sabtu, Disember 26, 2009

LOGO Syarikat Cerdik Catur Enterprise Sudah Siap

Selepas StoneMaster tubuhkan Syarikat Cerdik Catur Enterprise, beliau telah pula buat name card yang ada muka hansem beliau, kemudian beliau bina satu lagi blog catur yang baru iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com. Yang terbaru beliau wujudkan LOGO cerdik catur enterprise. Desas desus telah tersebar luas pula di kalangan peminat catur tanahair yang StoneMaster sedang siapkan baju korporat, baju sukan dan topi di mana logo itu akan disulamkan.

Para pemerhati, sekutu-sekutu StoneMaster, saingan StoneMaster dan pengkritik-pengkritik StoneMaster sudah mula garu kepala dan menunggu-nunggu apa yang sedang dibuat oleh StoneMaster bagi persiapan menghadapi cabaran aktiviti dan pembangunan sukan catur ini pada tahun 2010. :) Apakah akan berlaku pada tahun 2010? Apakah projek gemilang catur yang StoneMaster akan adakan tahun depan? Dijangka awal bulan Januari 2010, akan semua maklum apakah projek catur yang akan mula digerakkan oleh Stonemaster.

Kepada tetamu nak tengok LOGO bagi Cerdik Catur Enterprise, sila layari blog www.cerdikcatur.blogspot.com


Khamis, Disember 24, 2009

Selamat Datang ke Cerdik Catur Enterprise


What a successful year for StoneMaster bagi tahun 2009. Boleh dikatakan tiap-tiap hari sejak Oktober 2008 hingga sekarang asyik dengan aktiviti catur. 99% banyak kepada pembangunan catur iaitu mengajar catur cara individu, kumpulan, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Tapi tahun nii juga tak banyak SM menganjur kejohanan catur. Rasa boleh dikira dengan jari. Dijangkakan 3 bulan pertama tahun 2010, SM akan menganjurkan beberapa kejohanan catur seperti mana SM menganjurkan banyak aktiviti tersebut pada tahun 2007 dan pada tahun 2008.

7 hari lagi dah nak masuk tahun 2010, SM dah prepare untuk banyak aktiviti catur untuk tahun 2010. Syarikat catur iaitu Cerdik Catur Enterprise dan blognya sudah pun SM bina iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com. Name Card SM yang ada gambar SM yang hansem tuu pun SM dah siap. Jengok2lah blog tuu sentiasa kerana blog tersebut itu akan sentiasa dikemas kinikan seperti blog lain yang SM bina iaitu www.5hobiku.blogspot.com dan juga www.smvssm.blogspot.com.





Kad Nama baru Coach Fadli bagi tahun 2010. Jangan lupa semua jengok-jengok blog baru yang baru SM bina lagi iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com


Ahad, Disember 20, 2009

2012 bertukar jadi AVATAR

Aikk...camner lak citer wayang 2012 leh tukar jadi citer Avatar ni?hehehe sebenarnya memang tujuan SM gi Tanjung Golden Village nak nengok citer yg baru release kat wayang, AVATAR (Digital 3D version) tapi tetiba malam tu ada teknikal problem lak kat sana, tak leh nak tengok 3D. Jadi SM pun beli tiket citer 2012 je, lagipun SM lom tengok lagi cerita ni kat wayang.

Tiket wayang 2012

Masuk panggung kol 12midnite, masa tu lampu dah padam, tapi kat skrin wayang gelap jee..Lepas 10 minit, rasanya semua penonton (23 orang jee pun) dah masuk nak tengok citer 2012 ni tapi skrin still kosong...tak cam biasa, iklan pun takder. Sabar lagi, tunggu lagi 5 minit, tak kluar2 gak iklan..SM pun keluar dan bagitau kat pekerja panggung yang cerita 2012 ni tak start2 lagi. Beberapa minit kemudian ada announcement lak yang cerita ni tergendala dan akan ditayangkan dalam 10 minit lagi. Lepas 5 minit tu, dorang announce lak yang citer ni terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal dan minta kami ke kaunter untuk refund. Aiseyyy...

Masa tu dah 1230am tapi mata lom ngantuk lagi, dah sampai KLCC ni nak tengok wayang, nasib tak baik ada masalah teknikal lak. Tapi SM tak jadi minta refund..alang-alang dah sampai TGV ni, tengok jugaklah citer Avatar kat panggung sebelah.

Masuk panggung sebelah, ada lebih kurang 70+ penonton. Nasib gak citer Avatar lom start lagi masa tu. Mula-mula ingatkan citer Avatar ni cam citer kartun atau animasi ala-ala Matrix atau Star Wars tu tapi fuuhhhh…memang best giler tengok citer Avatar ni, pengalamannya lain daripada yg lain. Kadang2 terasa betul2 berada di zaman futuristik kat planet Pandora ngan aksi perang yang sedikit terlampau. Special effects yang sungguh menakjubkan! Gambar nye cam betul2 real..tu lom lagi nengok versi 3D.


Antara adegan menarik Avatar Jake Sully (Sam Worthington) bersama Neytiri (Zoe Saldana) di panggung yg memukau penonton.

Tabik spring kat pengarah citer ni, James Cameron yg juga pernah mengarahkan filem blockbuster hebat Titanic dan filem2 lain seperti The Terminator, Aliens, True Lies, Terminator 2:Judgment Day. Tak perlu SM nak ceritakan lagi kehebatan filem AVATAR ni...sapa2 yg nak gi tengok citer ni dicadangkan tengok yg 3D version (kalau takde masalah teknikal), harga tiket utk Digital 3D nya hanya RM18... memang berbaloi .

Jumaat, Disember 18, 2009

Wakil Catur Remaja Dari Negeri Kelantan

potong kek        DSC09525

Ehhh…besday sapa lak nie…..

Tengahari tadi sempat SM gi beli kek dan minuman oren untuk diberikan kepada Cikgu Nik dan anak2 buahnya yang datang jauh dari Kelantan untuk mengambil bahagian di dalam Kejohanan Catur Remaja Kebangsaan yang sedang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane, KL.

wakil dr kelantan

Inilah sebahagian wakil PPD Kuala Krai yang diketuai oleh Ust Abd Jalil Che Kob (Pengerusi Teknik Catur MSSK Kuala Krai) dan Cikgu Nik Azrihan. 12 pemain (7 lelaki and 5 perempuan) yang datang adalah dari kalangan pemain projek ‘Kuala Krai Biso Telajok 2010’. Lapan org dari SMK Sultan Yahya Petra 2, dua org dari SK Sultan Yahya Petra 2, seorang dari MRSM Kuala Krai dan seorang dari SK Sg. Mengkuang.

Jangan terkeliru...Kek tuu diberikan sebagai tanda selamat datang ke Kuala Lumpur dan selamat berjaya kepada mereka dalam penyertaan kejohanan ini. Semoga mereka juga berjaya mencapai sasaran untuk menjadi johan keseluruhan bagi Kejohanan MSSM Negeri Kelantan tahun 2010 nanti.