Isnin, Februari 06, 2012

Siakap segar di Sekinchan Ikan Bakar!


Pergghhhhh....kat mana lagi nak makan ikan bakar yang best dan fresh di KL nii kalau tak di Restoran Sekinchan Ikan Bakar....hehe (ayat nak mempromote ler tuuh).

Kalau nak tahu, restoran ikan bakar ni dah ada banyak cawangan terutamanya sekitar KL/Selangor, yang SM makan ni dekat dengan Bandar Baru Sentul.....SM suka makan di sini sebab suasananya cukup selesa dan senang sangat nak pergi, kalau dari IJN atau HKL, terus ke Bulatan Pahang dan masuk ke Jalan Pahang..... jalan terus lepas Mobil/Esso, nampak McD di kiri, jumpa lah restoran nie, .. tapi kalau bawa kenderaan, jalan masuk dia kena ikut kedai kereta IBM Automobiles (depan sikit lepas Shell), kat sana banyak tempat parking disediakan utk pelanggan2 restoran atau orang2 yang nak tengok dan beli kereta2 mewah..... SM tak perlu risau...jalan kaki dari rumah lebih kurang 7-8 minit ajer,dah sampai hehe

.

Jemput makan, ice cream kek perasa coklat yang enak...harganya RM4 satu.


Tiada ulasan: