Memaparkan catatan dengan label wabak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wabak. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 10, 2009

WABAK BAHAYA INFLUENZA A(H1N1) UPDATE@10 AUGUST 2009

Rakyat Malaysia masih seperti belum didedahkan kepada maklumat bahayanya wabak ini. Semalam masa SM jalan-jalan di Kuala Lumpur, yang boleh kelihatan pakai penutup muka, masih boleh dikira dengan jari. 2 kesimpulan :- Rakyat Malaysia jahil tentang bahaya wabak ini atau pandang remeh temeh tentang wabak virus A(H1N1).

Tahukah anda, wabak ini boleh merebak cara air borne, kalau orang bersin dekat kita, kita dah ada risiko terkena wabak ni. Tidak seperti penyakit lain seperti HIV/Aids ke yang anda ada masa lebih 5 tahun baru boleh meninggal, tapi wabak A(H1N1) ini hanya makan masa 7 hari sahaja. Virus influenza paling bahaya dan mengakibatkan manusia cepat meninggal dunia jarang pernah wujud di dunia ini.

Baru hari ni, kalau siapa yang tengok berita TV3 jam 8pm, kerajaan dah mula buat langkah-langkah yang lebih drastik untuk elakkan wabak ini merebak. Salah satu caranya ialah jangan buat aktiviti kumpulan buat masa ini. SM dah ikut nasihat kerajaan iaitu batalkan semua aktiviti catur anjuran SM mulai minggu ini.

Setakat ini dah 32 kematian disebabkan wabak ini dan 1983 sudah terkena jangkitan selesema ini di Malaysia. Nasihat SM kepada penganjur kejohanan catur, hentikan aktiviti sukan catur buat masa ini atau kalau nak buat pun, kenalah pentingkan kebersihan dan sediakan kemudahan tertentu kepada para peserta seperti penutup hidung/mulut (face mask). Rasanya bersalaman sebelum/selepas permainan juga dah tak perlu dipraktikkan buat masa ni. Para penganjur jangan asyik nak fikirkan duit masyuk sahaja. Jangan nak fikirkan kita mampu buat aktiviti sukan catur. Fikirkan juga bagaimana nak bantu elakkan wabak ini daripada merebak dan meragut nyawa manusia secara cepat.

Sabtu, Ogos 08, 2009

WABAK BAHAYA INFLUENZA A (H1N1) UPDATE@8 AUGUST 2009


Setakat hari ini, 8 Ogos 2009, seramai 18 orang telah meninggal dunia akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) dan 1578 telah terkena wabak ini di Malaysia. Berhati-hati semua dan dinasihatkan selalu pakai penutup muka(pelindung mulut dan hidung) bila keluar jalan-jalan di Kuala Lumpur.
Anda boleh juga melayari Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan Malaysia DI SINI

Khamis, Ogos 06, 2009

WABAK BAHAYA INFLUENZA A (H1N1) KINI MERAGUT 12 NYAWA SETAKAT INI

Jangan terkejut bila SM kata setakat hari ini seramai 1476 telah terkena wabak bahaya ini dan telah meragut 12 nyawa. Begitu cepat betul wabak ini merebak dalam seminggu ini. WHO iaitu World Health Organization telah memaklumkan bahawa kalau wabak ini merebak teruk di Malaysia, dalam perangkaan pihak WHO, dijangka seramai 5 ribu hingga 28 ribu rakyat Malaysia akan terkorban disebabkan wabak bahaya ini.

Jadi SM harap kepada tetamu dan ahli stonemaster yang hendak berjalan di mana-mana sila pakai PENUTUP MUKA (FACE MASK). Semalam masa SM berjalan2 di The Mall, Chow Kit, Berjaya Times dan juga SOGO, boleh kelihatan ramai yang bersin dan batuk2. Ramai yang tidak pakai penutup muka kecuali beberapa orang sahaja antaranya SM.

Jagalah kesihatan anda dan pakailah penutup muka setiap kali hendak berjalan-jalan ke luar rumah.

hmm..macam kenal jer topeng ni..hehe..kalau nak kebal, kena pakai 'penutup muka' macam ni setiap kali keluar rumah!!

Selasa, Ogos 04, 2009

WABAK INFLUENZA A(H1N1) UPDATE@4 OGOS 2009

KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK BESARKANYA


Baru habis buat 1 lagi artikel mengenai wabak ini pagi tadi, dapat satu lagi berita yang menyedihkan iaitu seorang lagi telah meninggal dunia petang tadi disebabkan wabak bahaya ini. Jumlah kematian kini meningkat kepada 9 orang.

WABAK A (H1N1) - 8 KEMATIAN, 1446 TERKENA JANGKITAN WABAK BAHAYA INI SETAKAT INI DI MALAYSIA SEJAK BULAN MEI

KLIK POSTER DI ATAS UNTUK BESARKANNYA


Baru beberapa hari lepas SM buat artikel mengenai wabak A(H1N1) yang telah merebak begitu cepat sekali di Malaysia dalam masa 1 bulan ini. Di artikel lepas, SM kata sudah lebih 1000 rakyat Malaysia terkena wabak ini dan telah menyebabkan 6 kematian. Tadi pagi, masa SM baca suratkhabar, dah 8 kematian pula. Seorang cikgu di Seremban telah menjadi mangsa.

Ini antara langkah-langkah yang telah diarahkan oleh kementerian kesihatan kepada rakyat Malaysia untuk cuba kurangkan risiko terkena wabak ini. Sentiasa basuh tangan, pakai penutup muka, kurangkan atau jangan hadir aktiviti berkumpulan (sebab tuu SM perasan ramai dah tak main chess tourney sejak kebelakangan ini). Dan kalau ada simptom atau gejala seperti selsema, demam, batuk, sakit tekak, cirit-birit dan sebagainya, cepat-cepatlah pergi klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan. Banyak kes koma dan kematian disebabkan lambat pergi ke klinik.

Ahad, Ogos 02, 2009

Wabak A (H1N1) sudah merebak dengan teruknya di Malaysia

Nampak tak SM tengah dok senyum meleret niii..hehe



Menurut sumber, dah 6 kematian disebabkan oleh penyakit selesema babi atau virus influenza A(H1N1) direkodkan di Malaysia setakat ini. Lebih 1000 orang di Malaysia telah dijangkiti penyakit bahaya ini setakat ini. Sebagai langkah awal berjaga-jaga, SM pun telah mula pakai topeng muka kalau hendak keluar rumah, ke mana-mana di sekitar kawasan KL dan Selangor. Dah selalu juga basuh tangan setiap kali jumpa air. Dah beratus-ratus sekolah di Malaysia sudah kena tutup sementara kerana penuntutnya dijangkiti penyakit ini. Penuntut-penuntut IPT juga tidak terlepas dari terkena wabak ini. Dah macam-macam peringatan dibuat untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya penyakit ini. Yang pentingnya, kita mestilah sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri. Jangan dekati mereka yang batuk/bersin, gunakan tisu/tuala ketika bersin, basuh tangan dengan air bersih, jangan sentuh muka (mata/mulut/hidung) terlalu kerap dan elakkan diri dari melawat negara-negara yang tercemar wabak ini. Kalau ada simptom demam/selesema, lekas-lekaslah ke klinik dan ambil rawatan, elakkan penyakit daripada berjangkit dengan kuarantin diri sendiri di dalam rumah.

* SM rasa inilah salah satu punca kenapa ramai sudah tidak berminat untuk hadiri aktiviti catur sejak bermulanya wabak A(H1N1) menular secara meluas di Malaysia.