Ahad, Ogos 02, 2009

Wabak A (H1N1) sudah merebak dengan teruknya di Malaysia

Nampak tak SM tengah dok senyum meleret niii..hehe



Menurut sumber, dah 6 kematian disebabkan oleh penyakit selesema babi atau virus influenza A(H1N1) direkodkan di Malaysia setakat ini. Lebih 1000 orang di Malaysia telah dijangkiti penyakit bahaya ini setakat ini. Sebagai langkah awal berjaga-jaga, SM pun telah mula pakai topeng muka kalau hendak keluar rumah, ke mana-mana di sekitar kawasan KL dan Selangor. Dah selalu juga basuh tangan setiap kali jumpa air. Dah beratus-ratus sekolah di Malaysia sudah kena tutup sementara kerana penuntutnya dijangkiti penyakit ini. Penuntut-penuntut IPT juga tidak terlepas dari terkena wabak ini. Dah macam-macam peringatan dibuat untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya penyakit ini. Yang pentingnya, kita mestilah sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri. Jangan dekati mereka yang batuk/bersin, gunakan tisu/tuala ketika bersin, basuh tangan dengan air bersih, jangan sentuh muka (mata/mulut/hidung) terlalu kerap dan elakkan diri dari melawat negara-negara yang tercemar wabak ini. Kalau ada simptom demam/selesema, lekas-lekaslah ke klinik dan ambil rawatan, elakkan penyakit daripada berjangkit dengan kuarantin diri sendiri di dalam rumah.

* SM rasa inilah salah satu punca kenapa ramai sudah tidak berminat untuk hadiri aktiviti catur sejak bermulanya wabak A(H1N1) menular secara meluas di Malaysia.

Tiada ulasan: