Ahad, Ogos 02, 2009

EKSKLUSIF-DEMONSTRASI ANTI ISA DI KL@1 OGOS 2009

SM terperangkap di KL semasa demonstrasi anti ISA diadakan di Masjid Jamek KL pada jam 4 petang, 1 Ogos 2009. Selepas tamat klinik catur di Klang dan di PJ, SM naik bas berhenti di Stesen Bus di KL berhampiran Central Market. Habislah rancangan SM nak gi PC Fair di KLCC pada hari Sabtu tuu. Kira pada hari Sabtu tuu, semua perkhidmatan awam di KL LUMPUH.
SM sempat sembunyi dan tangkap beberapa keping gambar yang eksklusif untuk tatapan bersama. Mungkin gambar-gambar ini tidak dikeluarkan di surat khabar tempatan ALA KERAJAAN, hehe. Jom layan...
Petang Sabtu tuu, SM cadang nak naik kenderaan awam sahaja ke KLCC untuk melihat pameran PC Fair di sana. Rupanya LRT STAR (Kelana Jaya Line) dan juga LRT Putra (Ampang Line) telah dihentikan perkhidmatan buat sementara. Kelihatan juga ramai polis dan FRU dan orang ramai (tua, muda, perempuan, anak-anak kecil di kawasan tersebut). Entah macam mana bila nak dekat-dekat sampai Masjid Jamek jam 4.30 petang, semua lari lintang pukang. Kanak2 kecil ada yang menangis, ibu2 lari tapi mat salleh dan orang asing kelihatan jalan selamba jee. hehe




Kelihatan helikopter sedang berlegar-legar di atas bangunan. Orang ramai kedengaran berkata bahasa-bahasa kesat dan seperti sumpah-sumpah kat dot dot dot. Inilah akibat kalau rakyat dah tidak sabar lagi dengan karenah kerajaan mengenai isu ISA yang kebanyakan rakyat anggap ZALIM.





Serangan dah hampir bermula. Kenderaan FRU (lori merah tuu) pun sembur air berkimia yang pedihkan mata kat semua orang yang berada berhampiran Masjid Jamek. SM dengan orang ramai di sekitarnya lari lintang pukang takut kena sembur. hehe.





Gambar ini diambil 5 minit sebelum berlakunya kekecohan besar di Masjid Jamek.




Anggota-anggota FRU sedang bersiap sedia nak buat sesuatu kepada mereka yang berada berhampiran Masjid Jamek. Mereka yang enggan bersurai akan ditangkap. Lepas ambil gambar ni, SM dah lari jauh-jauh takut kena tangkap. hehe

Tiada ulasan: