Khamis, Ogos 20, 2009

DISTRICT 9 @ TGV KLCC

Semalam (Rabu), lepas rewang-rewang dan makan hot dog 1901, SM sempat tengok citer District 9 di Tanjong Golden Village, KLCC. Filem ni diarahkan oleh Neill Blomkamp dan membariskan pelakon-pelakon yang kebanyakannya kurang terkenal seperti Sharlto Copley, Jason Cope, Vanessa Haywood, Jed Brophy dan lain-lain.
Mula2 tengok citer nii (part 30 minit terawal) memang rasa bosan jugak...ala-ala tengok dokumentari sains fiksyen pulak jadinya. Rasa syok sikit bila watak utamanya, Wikus van der Merwe (nak eja pon susah) terpercik cecair buatan makhluk asing ke mukanya dan sedikit demi sedikit beliau 'transform' jadi macam alien (prawns). Adegan yang ngeri dilihat bila beliau mencabut sendiri kuku tangan dan kemudian muntah cecair warna hitam...heeeee
Adegan akhir yang sempat SM rakam di dalam panggung di mana watak utamanya, Wikus memakai 'battle suit' dan bertempur dengan askar MNU. Sad ending jugak laa citer nii.

Tiada ulasan: