Selasa, Ogos 25, 2009

Ramadhan Buffet with Chef Jaafar Onn at Quality Hotel, Kuala Lumpur

Lepas habis jee main pusingan ke-4 di AmBank Chess Challenge, SM terus jee balik. Walaupun semua permainan dijadualkan tamat pada pukul 1 tengahari tapi SM tak dapat nak tunggu pairing round 5 keluar sebab kepala ‘dah berasap’ hehe. Sekarang baru dapat 2 points dan tinggal 5 pusingan lagi. Malam ni, peserta2 DATMO ada dinner berbuka puasa di Mid Valley, SM pun tak ketinggalan juga untuk buka puasa di hotel…bukan di Mid Valley tapi di salah sebuah hotel bertaraf 4 bintang di Kuala Lumpur, iaitu Quality Hotel.
ramadhan buffet
Nak makan buffet di hotel, baik buat tempahan awal dulu..call saja..yelah..kot2 dah penuh lak nanti tak dapat meja atau tak cukup pulak makanan yang dihidangkan nanti.
door gift appetizer
Dewan makan hotel ni terletak di tingkat 3. Duduk saja di meja, terus dapat ‘door gift’ dari Jaafar Onn. Yahoo..!! Dapat first kad raya untuk tahun ni..hehe..Dapat CD 12 lagu Jaafar Onn, resepi istimewa dan air freshener aroma blueberry juga. Dah ada meja..so apa lagii..jom amik makanan laa pulak..mula2 amik appetizer dulu sebagai pembuka selera. Macam-macam jenis salad ada.
air batu campur kuih muih
Nak cari kurma tak jumpa laa pulak..hehe…sental aje laa apa2 yang manis. Ais kacang (ABC) dan kuih-muih pun jadi..
chef jo stalldaging
Hari ini Chef JO masak ‘hati lara tanjung katong’ untuk para tetamu. Hampir 200 orang tetamu berbuka puasa di sana pada malam ni. Memang laku masakan chef JO ni, sedap lak tu..antara juadah yang cepat habis.
bubur cornerbubur lambuk
Pelbagai jenis bubur juga dihidangkan. Bukan hanya bubur lambuk saja..
bubur jagung sate
Bubur jagung, sate pon ada
surausolat maghrib
Dalam sedap2 buka posa, solat jangan dilupa. Bilik surau hotel nii terletak di tingkat satu, bersih dan selesa.
rohana,Jo & haiza
Sambil menjamu selera, ada live show dari para artis terkenal...sapa mereka tuu..takkan tak kenal kot…Rohana Jalil, Jaafar Onn (Chef JO) dan Haiza. Banyak lagu yang diorang ni nyanyi…kebanyakkan lagu-lagu bertema lagu P.Ramlee.
rohayu



Yang berbaju hitam nii juga penyanyi, pernah rakamkan album tapi SM tak berapa nak ingat namanya..Rohayu kot…







bollywood feeling
cik adik manis kat sebelah, berbaju hijau yang tengah tangkap feeling tuu penyanyi baru...sedap jugak suaranya bila dia nyanyi lagu bollywood hehe..









main dishes
Sambung lagi makan..layan lagi selera..banyak lagi makanan yang ada..nasi goreng siam, ketam masak cili, ikan jenahak lemak pedas cili padi, ayam kapitan, sotong tumis kuah satay, ekor lembu asam pedas, udang tumis cili kering dan kacang gajus, telur dadar kacang panjang, pucuk manis masak lemak…dan lain-lain.
sup ekorbubur kacang
Masa nii perut SM dah tepu dengan macam-macam makanan. Tapi nak juga rasa sup..ada sup tulang, sup ayam dan sup ekor. Memang power sup ekor yang SM makan tuu hehe. Bubur kacang pon ada.
desertaiskrim
Dah hampir 2 jam lepak makan-makan dan terhibur dengan nyanyian, tak larat dah sental macam-macam makanan yang sedap-sedap kat sana, tibalah pula makanan pencuci mulut..apalagi..buah-buahan, kuih-muih dan semestinya…aiskrim.
promosi


Memang best makan bufet buka puasa di Quality Hotel…hampir 150 jenis makanan yang dihidangkan. Semuanya sedap-sedap pulak tu. Kenyang dan terhibur. Lupa sekejap tension main catur pagi tadi. Bak kata Amy Search dalam iklan Celcom tuu…”berbaloi-baloi” hehehe..















P.S.Selamat Hari Jadi, sayang.

Tiada ulasan: