Isnin, Ogos 10, 2009

Encik Baharuddin Hamzah - Salah seorang penggerak pembangunan catur di Kuala Krai, Kelantan

Encik Baharuddin Hamzah sedang menikmati sarapan pagi. Beliau tengah makan roti telur. Kelihatan disebelahnya gula. Beliau suka masukkan gula di kuah kari roti canai itu. Siapa tu Encik Baharuddin? Ramai mesti tidak kenal dia. Mungkin juga peminat-peminat catur di Pantai Timur kenal atau pernah melihat wajah beliau. Sebenarnya beliau adalah salah seorang penggerak kepada pembangunan sukan catur di daerah Kuala Krai.
Kalau kita selidik aktiviti catur di semua daerah di negeri Kelantan, daerah Kuala Krai adalah daerah yang paling kerap buat aktiviti caturnya.
Syabas kepada beliau kerana terus gigih berusaha menjadi salah seorang penggerak kepada pembangunan catur di Kuala Krai, Kelantan.

Tiada ulasan: