Isnin, Ogos 10, 2009

Cikgu Nik Azrihan - Penggerak Kepada Pembangunan Sukan Catur Di SMK SYP (2)

Cikgu Nik Azrihan

Pernahkan anda terdengar sebuah sekolah yang mana 17 pelajarnya berjaya mewakili sekolah ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD). Daripada 24 peserta kategori sekolah menengah yang layak mewakili daerah ke peringkat MSS Negeri, 17 pesertanya adalah dari sekolah yang sama. Biar betul. Sekolah yang dimaksudkannya ialah SMK Sultan Yahya Petra (2), Kuala Krai Kelantan.

Cikgu caturnya ialah cikgu Nik Azrihan. Beliau adalah guru matematik di sekolahnya. Beliau juga adalah salah seorang ahli jawatankuasa Teknik Catur bagi kursus kejurulatihan catur (tahap 2) ini. Beliau sepatutnya menjadi contoh kepada cikgu-cikgu catur yang lain. Kena tanya cikgu Nik, apakah rahsia pencapaian begitu menakjubkan yang telah beliau lakukan terhadap pembangunan sukan catur di sekolahnya sampai boleh 17 pelajar sekolah ini boleh mewakili daerah dalam catur. HEBAT !!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saye bkas pelajar kelas 2krk 2 2006bersama hamzani,aqifly,zimie,pjol,shahril dan lain lain.saya bangga dngan cikgu.........hamid.