Isnin, Ogos 10, 2009

WABAK BAHAYA INFLUENZA A(H1N1) UPDATE@10 AUGUST 2009

Rakyat Malaysia masih seperti belum didedahkan kepada maklumat bahayanya wabak ini. Semalam masa SM jalan-jalan di Kuala Lumpur, yang boleh kelihatan pakai penutup muka, masih boleh dikira dengan jari. 2 kesimpulan :- Rakyat Malaysia jahil tentang bahaya wabak ini atau pandang remeh temeh tentang wabak virus A(H1N1).

Tahukah anda, wabak ini boleh merebak cara air borne, kalau orang bersin dekat kita, kita dah ada risiko terkena wabak ni. Tidak seperti penyakit lain seperti HIV/Aids ke yang anda ada masa lebih 5 tahun baru boleh meninggal, tapi wabak A(H1N1) ini hanya makan masa 7 hari sahaja. Virus influenza paling bahaya dan mengakibatkan manusia cepat meninggal dunia jarang pernah wujud di dunia ini.

Baru hari ni, kalau siapa yang tengok berita TV3 jam 8pm, kerajaan dah mula buat langkah-langkah yang lebih drastik untuk elakkan wabak ini merebak. Salah satu caranya ialah jangan buat aktiviti kumpulan buat masa ini. SM dah ikut nasihat kerajaan iaitu batalkan semua aktiviti catur anjuran SM mulai minggu ini.

Setakat ini dah 32 kematian disebabkan wabak ini dan 1983 sudah terkena jangkitan selesema ini di Malaysia. Nasihat SM kepada penganjur kejohanan catur, hentikan aktiviti sukan catur buat masa ini atau kalau nak buat pun, kenalah pentingkan kebersihan dan sediakan kemudahan tertentu kepada para peserta seperti penutup hidung/mulut (face mask). Rasanya bersalaman sebelum/selepas permainan juga dah tak perlu dipraktikkan buat masa ni. Para penganjur jangan asyik nak fikirkan duit masyuk sahaja. Jangan nak fikirkan kita mampu buat aktiviti sukan catur. Fikirkan juga bagaimana nak bantu elakkan wabak ini daripada merebak dan meragut nyawa manusia secara cepat.

Tiada ulasan: