Rabu, Disember 02, 2009

Berjayakah Coach Fadli Bantu Pasukan Catur IIUM mempertahankan TITLE Best Malaysia University Team di GACC 2009??


Dah tamat pusingan ke-6. Lagi 3 pusingan. Coach Fadli bz giler nak memikirkan STRATEGI pasukan catur IIUM untuk baki 3 pusingan lagi. Arahan dari Coach Fadli tadi pagi kepada semua pemain catur IIUM sebelum mula pusingan ke-5 dan ke-6 adalah supaya pasukan ini terus masuk Gear 5 dan cuba JARAK kan kelebihan 2 hingga 3 markah sebelum cuti rehat sehari telah diikuti sepenuhnya oleh semua pemain. Ini adalah perlu kerana 2 hari terakhir nanti, beban berat akan mula terasa. Nak menang menang makin susah sebab semua akan main berhati-hati. Sebab tuu biasa banyak permainan yang SERI. Akhirnya semua pemain puas hati dan lega sebab sekarang dah berada RANK ke -3 lepas pusingan ke-6. Dah ada bayang-bayang boleh rebut TOP 3 pula.

Coach Fadli telah menasihatkan semua pemain IIUM bermain seperti hari ini adalah hari terakhir kejohanan dan semua telah bermain bersungguh-sungguh. Kalah atau menang adalah adat permainan. Bezanya antara pasukan catur IIUM dengan pasukan catur universiti lain yang bertanding ialah pasukan catur IIUM mempunyai seorang jurulatih catur yang sentiasa dok lepak tengok mereka bermain dan dapat membantu dalam mengaturkan strategi dan nasihat kepada pemain apa perlu buat dan tidak perlu buat. Nak ikut nasihat atau tidak mahu ikut nasihat tu adalah perkara ke-2. Yang penting mereka komited dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Matlamat mereka ialah untuk mempertahankan TITLE Best Malaysia University Team atau cuba dapat TOP 3 kejohanan itu yang juga menawarkan hadiah beribu-ribu ringgit.
Coach Fadli masih ingat lagi pada tahun 2004 di mana berjaya membantu pasukan catur Kuala Lumpur mendapat TITLE Best Malaysian Team di Kejohanan Catur Berpasukan Kebangsaan Merdeka. Setiap pusingan, mesti ada strategi yang berlainan dari segi cara nak melawan dengan pemain yang dipertemukan dan juga perlunya TAHU bila nak pecut jauh dari segi pungutan MATA.

Akhir kata nasihat kat semua pemain catur IIUM, jangan 'over confident'. Fokus satu persatu dulu. Jangan takut pada lawan pula. C u all esok pagi. Kita gi main Bowling n KARAOKE untuk lepaskan tension. hehehe

Mohd Fadli bin Zakaria
Jurulatih Catur,
Universiti Islam Antarabangsa,
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: