Sabtu, Disember 12, 2009

The Storm Warriors VS The Storm Riders

Lepas balik dari kendalikan kelas catur di Seremban hari Khamis lepas, SM singgah rewang2 kat Berjaya Times Square. Ada banyak gak filem2 baru release kat GSC Berjaya Times Square hari tu. Kali ni SM tengok citer Cina ala-ala siri komik pedang zaman dulukala, The Storm Warriors.


Sebenarnya citer Storm Warriors ni bukan la sambungan citer Storm Riders yang penah glamer satu masa dulu tuu, cuma watak2 hero jee yang sama dikekalkan iaitu Wind (Aaron Kwok) dan Cloud (Ekin Cheng). Utk mereka yg x paham bahasa China, dinasihatkan supaya baca terjemahan Inggeris jee sbb terjemahan Bahasa Melayu kat wayang memang leh wat org lagi konpiusss


Dalam citer Storm Warriors ni, perwira2 perkasa-Wind, Cloud dan Nameless bersatu tenaga utk melawan Lord Godless (lakonan Simon Yam)-seorang pahlawan dari Jepun yg ingin menakluki negara China. Tak aci lah kan..3 lawan 1 tapi Lord Godless nih memang betul2 terer dan kebal sampai mereka bertiga cedera dan terpaksa cari jalan utk menewaskan Lord Godless dgn meminta bantuan seorang tua di gua pertapaan. Kerana kesuntukan masa utk selamatkan negara, Si Angin terpillih dan bersetuju utk mempelajari 'seni pertahanan syaitan' manakala Si Awan berlatih ilmu pedang dengan Nameless.

Masa mereka dok sibuk jalani training tuu, Lord Godless yg kejam telah menculik Maharaja sekeluarga dan arahkan bala tenteranya utk menyerang dan membunuh sesiapa jer yg menghalang. Tentera Lord Godless akhirnya menjumpai dan menyerang gua pertapaan. Wind tak sempat habiskan training cara syaitan dia tu kerana terpaksa menyelamatkan Dream (awek dia) yg teruk diserang. Akibat tak habis menuntut ilmu tu, Wind dah jadi cam x sedar dan x kenal rakan2nya sendiri lagi sehingga sanggup melawan dan bertikaman pulak ngan Cloud sampai Chu Chu (awek Cloud) mati.

Adegan dan teknik pertempuran mereka memang best tengok cuma ending citer nii cam blurr jee. Byk persoalan lom dijawab. Apa jadi ngan anak Lord Godless yg berjaya curi Tulang Naga...Benarkah Cloud juga mati? Mungkin akan ada sekuel utk citer ni dua tiga tahun akan datang...

Tiada ulasan: