Sabtu, November 28, 2009

MISI PASUKAN CATUR IIUM DI GACC 2009 - BEST MALAYSIAN UNIVERSITY CHESS TEAM

Pada tahun 2008, pasukan catur IIUM buat pertama kali dalam sejarah di kejohanan catur World Inter-Varsity GACC di Universiti Malaya, berjaya mendapat title Best Malaysian University Chess Team. Sila layari berita tersebut DI SINI.

Pada tahun ini 2009, bermula esok (29 Nov 09), pasukan catur IIUM akan cuba mempertahankan kedudukan tersebut di kejohanan yang sama. Mampukah pasukan catur IIUM melakukannya sekali lagi? Sama-sama kita lihat.

IIUM Chess Team

Gambar ini diambil semasa sessi latihan catur pada 19 hingga 22 November 2009 bertempat di HS Cafe IIUM, Gombak. Sessi latihan catur secara intensif ini diadakan bagi persediaan peserta ke kejohanan catur World Inter-Varsity Chess Championship yang akan bermula pada 29 Nov hingga 4 December 2009.

GAMBAR KENANGAN GACC 2008
GAMBAR KENANGAN SM BERSAMA PASUKAN CATUR IIUM DI RAKAN MUDA GACC 2008

Tiada ulasan: