Khamis, November 12, 2009

PHOBIA 2 - filem seram 5 in 1 yang menakutkan dan melucukan!

Kalau berani, tengok lahh..



Kalau tengok trailer filem nii, memang seram giler lebih2 lagi kalau tengok sorang2 masa tgh malam, sampai boleh meremang bulu roma dibuatnya hehe..Ini adalah kali pertama SM tengok citer seram Thailand di panggung. Memang syok tengok citer seram 'made in Thailand' ni sebab org Thai memang dah terkenal hasilkan filem2 seram yang bermutu dgn hantu2nya yg nampak 'real' spt citer seram box office 'Nang Nak', 'Shutter' dan 'Alone'. Lagipun citer Phobia 2 ni ada sedikit kelainan sebab kita dapat tengok bukan 2...bukan 3...tapi LIMA cerita yang berbeza dlm 1 filem. Pastikan anda sudah bersedia utk menerima kejutan2 yg menyeramkan bila tengok citer ni...kalau lemah semangat asyik nak cover muka, tutup mata ajee..baik x payah tengok hehe. OK, SM nak bagi sikit sinopsis filem ni.

`Novice` yang diarahkan oleh Paween Purijitpanya berkisar tentang seorang budak lelaki nakal (Pey) yang ditinggalkan oleh ibunya di suatu kawasan terpencil untuk belajar menjadi seorang 'sami Buddha'. Di situ, Pey telah diganggu oleh bayangan 'hantu lapar' dan akhirnya Pey menerima hukum karma atas perbuatan jahat yang pernah dilakukan terhadap ayahnya dulu.

`Ward` karya Visute Poolvoralaks pula berkisar tentang seorang lelaki remaja yang kemalangan ketika menaiki motosikal dan kedua tulang kakinya patah. Masa di hospital, dia meminta supaya dipindahkan ke bilik yang mempuyai pesakit lain sebab dia takut utk tidur berseorangan. Di bilik tersebut, ada seorang lelaki tua yang sedang koma, yang sudah menunggu hampir sebulan supaya ada orang yang mematikan alat bantuan pernafasannya. Memang seram tengok pergelutan yg terjadi antara mereka di bilik wad tu tapi kesudahan jln ceritanya dah dapat diramalkan.

`Salvage` hasil arahan Parkpoom Wongpoom mengisahkan seorang wanita, Nuch yang menyara hidup dgn menjalankan perniagaan menjual kereta terpakai. Beliau mengupah org membaiki semula kereta2 yg rosak teruk akibat kemalangan dan apabila kereta2 tersebut sudah siap dan cantik, dia menjual semula kereta2 tersebut. Satu malam, ketika dia nak tutup kedai keretanya, baru beliau terperasan anak lelakinya,Toey hilang ketika sedang bermain kereta control di dalam kawasan garaj kedai kereta. Nuch melihat kembali CCTV di kedai keretanya itu dan berusaha mencari anaknya di dalam setiap kereta di garaj itu. Masa itulah timbul kembali kisah2 silam dan seram kereta2 yg Nuch simpan di garaj kedai keretanya itu sehingga membawa kpd kesudahan crite yg trajis.

`Backpackers` oleh pengarah Songyo Sugmakanan pula mengisahkan tentang sepasang anak muda dari Jepun yg ingin menumpang kenderaan ke Bangkok. Setelah menunjukkan duit semasa menahan kenderaan, akhirnya sebuah trak berhenti utk menumpangkan mereka. Kejadian seram berlaku bila mereka ingin mengetahui misteri isi kandungan trak tersebut. Rupanya ada berpuluh-puluh mayat dlm keadaan ngeri yg diisi di dlm trak tersebut utk dibuang. Tapi tetiba mayat2 tersebut bangun semula (jadi cam zombie) dan mengejar mereka!

`In The End` arahan Banjong Pisanthanakun merupakan siri terakhir dalam filem ini yang juga merupakan segmen paling menarik, paling menyeramkan dan paling melucukan! Hampir semua penonton ketawa terbahak2 masa tengok citer yg last ni...ceritanya ala-ala style 'Scary Movie' di mana ia berkisar tentang penggambaran adegan terakhir yg dilakukan di pembikinan filem seram 'Alone 2'. Kru filem ini iaitu Ter, Puak, Garas, dan Aey adalah yang terakhir tinggal utk menyelesaikan penggambaran bersama Kate, iaitu watak hantu di dlm filem tersebut. Suka sangat tengok mimik muka para pelakonnya...jalan ceritanya menarik dan sudah pasti ramai yang tak boleh agak bagaimana kesudahan ceritanya.

Tiada ulasan: