Khamis, Mei 05, 2011
Sarapan di Padang Besar
Ahad, April 24, 2011
Selamat Hari JadiKu!!!
24hb April 2011 adalah hari lahir SM yang ke-42. Pejam celik, dah bertambah matang setahun lagi usia rupanya hehe. SM buat sambutan dan jamuan sederhana kecil bersama keluarga di rumah sahaja..
Selasa, Disember 07, 2010
Selamat Menyambut Awal Muharram

Salam Ma'al Hijrah buat semua muslimin dan muslimat.
Ahad, Oktober 17, 2010
Gambar seksi yang di'candid'
Chess Made Fun at Wangsa Walk
Selasa, Oktober 12, 2010
www.stonemaster.info site suspended!
Mereka heran napa tak dapat nak masuk ke blog catur SM yang popular tu...Bila SM cuba bukak, dapat tengok gambar nii jer...
oohhh...rupa2nya domain site ni dah expired...terlupa nak renew ekeke....
Harap2 dapat recover semula semua data lepas bayar dan renew nanti...SM pun dah schedule beberapa artikel untuk disiarkan dalam masa terdekat di blog tu huhu...
Khamis, September 16, 2010
Malaysia...Tanahair Ku
Ini adalah tahun pertama rakyat negara kita sambut 'Hari Malaysia' secara besar-besaran. Apakah pengertian dan pengisian Hari Malaysia ni? Teringatkah kita jasa-jasa mereka yang telah bersusah payah dan sanggup berkorban untuk membentuk negara ini atau ia hanya sekadar cuti umum untuk kita pergi shopping & tengok wayang...?
Khamis, September 09, 2010
Sabtu, Ogos 28, 2010
SM menang hadiah cabutan bertuah lagi!
Yahooo…!!! SM menang hadiah cabutan bertuah lagi…!! Kali nii rezeki datang masa berbuka puasa bersama Dee di Quality Hotel KL 27 Ogos yang lepas. Inilah dia masa yang ditunggu-tunggu….
Sebenarnya, SM cam rasa bertuah jee malam tu.. Kali ni, masa register nak pastikan no.meja makan, SM terus letak kad nama dalam kotak yang disediakan untuk hadiah cabutan bertuah. Memang dok tunggu2 jer nama dipanggil untuk dapat hadiah hehe.
Siap kena interview plak ngan Dee kat atas pentas tuu…Masa tuu dia tanya ada sesapa tak kat dlm dewan tu yg minat main catur. hmmm…tetiba rasa senyap sunyi seketika ruang dewan…takde yang menjawab pulak…
SM yang sungguh gembira dan ceria selepas terima hadiah cabutan bertuah berupa hamper tajaan Adabi. Kat dalam hamper tu ada macam-macam perencah, rempah dan sos keluaran Adabi yang SM anggar nilainya lebih kurang RM 150. Memang bertuah dan berbaloi betul
SM berbuka puasa bersama Dee di Quality Hotel
Kenal tak lelaki cun yang tinggi lampai dan rambut ikal mayang yang pegang bahu SM nii hehe…Inilah Dee, pelakon yg glamour sebab selalu berpakaian dan melakonkan watak wanita dalam siri komedi ‘Jangan Ketawa’
Masa nii SM tengah bersedia kumpul2 makanan dan sabar tunggu waktu Maghrib utk berbuka puasa.
Inilah antara juadah berbuka puasa yang disajikan untuk pengunjung2 Quality Hotel hari tuu…
Macam2 salad ada dihidangkan sebagai appetizer…
Macam-macam kuih dan agar-agar sebagai dessert…
Ada persembahan nyanyian juga dari Siti Sarah dan Uji Rashid. Walaupun Uji Rashid nampak macam semput dan suara dah tak berapa nak merdu, tapi beliau tetap juga teruskan persembahan sambil mengajak penonton untuk menyanyi bersama-sama.
Suasana di dalam dewan makan yang gamat masa tu bila pengunjung2 terhibur dgn persembahan dan aksi mencuit hati.
Pose istimewa SM bersama penyanyi genit yang hitam manis, Siti Sarah Raisuddin.
Perut dah kenyang, hadiah pun dah dapat, apa lagi….jom balik.






