Sabtu, Februari 06, 2010

Hobiku bermain catur : KL Rapid GP (1st leg) - Hari pertama dapat 'tel0r'

Hari ni saja (Sabtu 6/2/10) ada 3 kejohanan catur terbuka yang boleh disertai oleh peminat2 catur, sama ada untuk cuba memenangi hadiah yang ditawarkan atau sekadar mengisi masa lapang dan bertemu rakan2. Salah satu kejohanan catur tersebut ialah di Taman OUG (First Saturday Classical Chess), satu lagi di MMU Melaka dan satu lagi ialah KL Rapid di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Mana satu nak pergi tak jadi soal coz SM ada sebab tersendiri memilihnya. Baru-baru ni, SM dah dapat tempat ke-2 di Thaipusam Rapid Chess yang dianjurkan oleh Excel Chess Academy, Taman OUG. Di Melaka pula, SM dapat rasakan pengurusan yang kurang cekap kerana tiada details yang tepat diberi dan terdapat percanggahan dalam hadiah yang ditawarkan.

KL Rapid GP pula menampilkan format kejohanan yang baru dan berbeza. Tapi dari segi reaksi dan mimik muka, ianya mengecewakan pihak penganjur kerana sambutan yang kurang memberangsangkan. Hanya 29 peserta di kategori Terbuka dan 25 peserta di Kategori Bawah 12 tahun. Hmmm...apa dah jadi ek? Adakah silap strategi penganjur atau peminat2 catur tempatan dah jemu untuk masuk pertandingan??

Di kejohanan ini, SM telah diletakkan seeded ke-2. Dua pusingan telah dijalankan pada hari nii...dan keputusan yg SM perolehi....2 bijik tel0r...hehe...

Tapi pertarungan masih belum selesai. Masih ada 4 pusingan lagi esok utk recover...so...watch out...wish me luck ! :)


2 ulasan:

hanis berkata...

tahniah coach!
kita tak semestinya kalah sepanjang masa... ada pengajaran di sebalik kegagalan/kekalahan.

Leeca berkata...

Salam. Ni Leeca, member Eyna. Eyna yg bagi add blog ni. Saje menjenguk. So, still active in chess ekk... Saprin ada pernah jumpa?