Isnin, Februari 15, 2010

Werewolf mengganas di malam Tahun Baru Cina

SM habiskan malam Tahun Baru Cina dengan jalan2 sekitar KL dan tengok wayang citer 'The Wolfman'. Citer bertemakan werewolf nii dah biasa sangat tengok tapi rasa excited lak lagi nak tengok citer aksi-seram cam nii sebab pengarahnya, Joe Johnston pernah mengarahkan citer Jurassic Park III dan pelakon2 utamanya juga pernah menang Oscar award.
Seperti biasa, filem ni diinspirasikan dari Filem klasik werewolf yang dah tentunya memaparkan aksi2 pembunuhan ngeri bila manusia bertukar jadi seekor serigala jadian. Citernya bermula bila Lawrence Talbot, seorang pelakon di London lakonan Benicio Del Toro kembali ke rumah kediaman keluarganya di Blackmoor selepas diberitahu Ben (adiknya) hilang. Lawrence bertemu bapanya, Sir John lakonan Anthony Hopkins dan tunang Ben, Gwen Conliffe (Emily Blunt). Selepas Lawrence mendapat tahu dan melihat mayat adiknya yang mati dalam keadaan ngeri, beliau berazam untuk mencari pembunuhnya. Seorang Inspektor polis bernama Aberline (Hugo Weaving) juga telah ditugaskan untuk menyiasat kejadian misteri ini. Apabila Lawrence sendiri menjadi mangsa serangan seekor serigala jadian, rahsia besar keluarganya terbongkar akhirnya.

the wolfman
Filem ni taklah sehebat mana cuma special effectnya agak menarik especially masa transformasi tubuh manusia jadi werewolf, cara pembunuhannya yang ngeri dan latar belakang kawasan perkampungan yang menyeramkan. Kalau dah biasa tengok citer2 action horror cam ni, pasti kita dah bersedia untuk dikejutkan dengan bunyi yg kuat dan kemunculan makhluk secara tiba2. Ending cerita nii juga seperti yang dah diduga...hero mati di tangan kekasihnya sendiri huhuuu

Di sini SM nak kongsi 1 petikan 'case study' yg menarik dari laman web rasmi filem (The Wolfman Movie) ini:


Peter Stubbe kills and eats 11 young women and his own son. At his trial, he confesses to transforming into a werewolf before each murder. The outraged and superstitious Judge hands down the most severe sentence in the history of German criminal justice, ordering Stubble 'to have his body laid on a wheel, and with burning pincers in ten places to have the flesh pulled off from his bones, after that, his legs and arms to be broken with a wooden axe and afterward to have his head struck from his body and then have his carcass burned to ashes.'

Hmmm..dapat bayangkan tak camne.....


Tiada ulasan: