Isnin, Mei 17, 2010

How To Study Chess Endgame – Bengkel Catur Kompleks 3C @ 8 Jun 2010 (Selasa)



Buat kali ke-2, Kompleks 3C (Children Creativity Centre), Majlis Perbandaran Subang Jaya, akan menganjurkan Bengkel Catur. Bengkel Catur ini akan diadakan pada 8 Jun 2010 (Selasa) iaitu pada masa cuti sekolah. Topik kali ini ialah "HOW TO STUDY CHESS ENDGAME". Sekali lagi Candidate Master (CM) Fadli aka StoneMaster telah dijemput untuk kendalikan bengkel ini.

bengkel catur 3c 8jun2010

Rabu, Mei 12, 2010

Kejohanan Catur Terbuka/Remaja StoneMaster De Laguna Park - Sabtu 15 Mei 2010

Jom main catur sambil santai di tepi laut…Mari-mari, banyak hadiah untuk dimenangi dan keseronokan untuk dikongsi…jangan ketinggalan!



Hubungi Mohd Fadli email: seme_event@yahoo.com atau telefon 014-2312370 untuk pra pendaftaran sekarang!








Sabtu, April 24, 2010

Selamat Hari Jadi



Khas utk sesapa yang celebrate harijadi dia hari ni (termasuk SM laa)....enjoy...Selamat Menyambut Hari Ulang tahun masing2...hidup biar ceria



Ingat Birthday....ingat kek...hehe


Jumaat, April 02, 2010

Jalan-Jalan Main Catur


Hari ni ada pertandingan catur di mana ekk? Kalau nak tahu butiran selanjutnya setiap acara catur yang tersenarai, klik jee kat imej kalendar di atas.

Selasa, Mac 16, 2010

Last Call!!! SMASEL 1st leg @ 21 Mac 2010

Kejohanan Catur StoneMaster Amateur Special Edition Limited 2010

Jom...jom...jommmm!!!




Jangan Ketinggalan!!!





Call/SMS StoneMaster Fadli 014-2312370. Emel: seme_event@yahoo.com

Ahad, Mac 07, 2010

Cari Jodoh

Pengumuman-pengumuman...Siapa yang mau bantu, Tolong aku kasihani aku,Tolong carikan diriku kekasih hatiku...Siapa yang mau??

Hehehe..pernah dengar tak ungkapan tuu...ooops jgn perasan yer..ayat2 tuu takde kena mengena dgn SM pun..cuma itu adalah petikan lirik lagu yang dipopularkan oleh kumpulan muzik dari Indonesia iaitu kumpulan 'WALI' atau lebih dikenali dgn nama Wali Band. Buat masa sekarang, Wali Band dianggotai oleh 4 org anak muda iaitu Faank (vokalis), Apoy (Guitarist), Ovie (Keyboardist) dan Tomi (drummer)



Melodi lagu ni memang 'catchy' sangat. Memula dengar dah tertarik dgn chorusnya...mula2 tu tak perasan lak senikatanya yg dok canang kat org dia ni rupanya 'tak laku' dan siap minta org carikan jodoh utk dia plak....hehe. Layankan aje :)

Lirik lagu Wali Band - Cari Jodoh

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***


Khamis, Februari 18, 2010

Sudah 100 !!

panas....panas....klik di imej untuk melihatnya!


Flame Logo

Ya, rekod terkini senarai pra-daftar peserta StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) - 1st leg sudah mencecah 100! Kepada yang berminat untuk menyertai kejohanan catur yang unik ini, sila daftar dan buat bayaran yuran penyertaan dengan segera untuk memastikan tempat anda terjamin.


Isnin, Februari 15, 2010

Werewolf mengganas di malam Tahun Baru Cina

SM habiskan malam Tahun Baru Cina dengan jalan2 sekitar KL dan tengok wayang citer 'The Wolfman'. Citer bertemakan werewolf nii dah biasa sangat tengok tapi rasa excited lak lagi nak tengok citer aksi-seram cam nii sebab pengarahnya, Joe Johnston pernah mengarahkan citer Jurassic Park III dan pelakon2 utamanya juga pernah menang Oscar award.
Seperti biasa, filem ni diinspirasikan dari Filem klasik werewolf yang dah tentunya memaparkan aksi2 pembunuhan ngeri bila manusia bertukar jadi seekor serigala jadian. Citernya bermula bila Lawrence Talbot, seorang pelakon di London lakonan Benicio Del Toro kembali ke rumah kediaman keluarganya di Blackmoor selepas diberitahu Ben (adiknya) hilang. Lawrence bertemu bapanya, Sir John lakonan Anthony Hopkins dan tunang Ben, Gwen Conliffe (Emily Blunt). Selepas Lawrence mendapat tahu dan melihat mayat adiknya yang mati dalam keadaan ngeri, beliau berazam untuk mencari pembunuhnya. Seorang Inspektor polis bernama Aberline (Hugo Weaving) juga telah ditugaskan untuk menyiasat kejadian misteri ini. Apabila Lawrence sendiri menjadi mangsa serangan seekor serigala jadian, rahsia besar keluarganya terbongkar akhirnya.

the wolfman
Filem ni taklah sehebat mana cuma special effectnya agak menarik especially masa transformasi tubuh manusia jadi werewolf, cara pembunuhannya yang ngeri dan latar belakang kawasan perkampungan yang menyeramkan. Kalau dah biasa tengok citer2 action horror cam ni, pasti kita dah bersedia untuk dikejutkan dengan bunyi yg kuat dan kemunculan makhluk secara tiba2. Ending cerita nii juga seperti yang dah diduga...hero mati di tangan kekasihnya sendiri huhuuu

Di sini SM nak kongsi 1 petikan 'case study' yg menarik dari laman web rasmi filem (The Wolfman Movie) ini:


Peter Stubbe kills and eats 11 young women and his own son. At his trial, he confesses to transforming into a werewolf before each murder. The outraged and superstitious Judge hands down the most severe sentence in the history of German criminal justice, ordering Stubble 'to have his body laid on a wheel, and with burning pincers in ten places to have the flesh pulled off from his bones, after that, his legs and arms to be broken with a wooden axe and afterward to have his head struck from his body and then have his carcass burned to ashes.'

Hmmm..dapat bayangkan tak camne.....


Ahad, Februari 14, 2010

3 PETUA Asas Struktur Pembangunan Catur di Sek Rendah, Menengah, IPT dan Kelab/Persatuan Catur

Sejak kebelakangan ini, banyak emel, SMS dan juga pertanyaan dari blog-blog catur SM mengenai cara nak tingkatkan prestasi mutu permainan catur di kalangan pemain-pemain catur di sekolah rendah, sekolah menengah, IPT dan juga kelab/persatuan catur.


Memang sukar nak laksanakan pembangunan tersebut untuk kumpulan sasaran yang di sebut di atas KECUALI anda boleh ikuti 3 PETUA yang SM cadangkan. Apakah petua tersebut?


1. PETUA YANG PERTAMA


Kendalikan aktiviti latihan catur 2 kali seminggu atau 1 kali seminggu. Ia mesti dijalankan selama 3 tahun. Banyak tenaga pengajar mampu kendalikan latihan tersebut. Tidak PERLU anda memanggil seorang GrandMaster ke, International Master ke atau FIDE MASTER ke atau CANDIDATE MASTER ke untuk kendalikan latihan tersebut. Memadai anda panggil seorang pemain bertaraf PRO (National Rating 1650 dan ke atas) ATAU jurulatih AMATUR (National Rating 1650 dan ke bawah) yang mempunyai TRACK RECORD dan minat untuk melatih pemain-pemain catur. Tidak kisah jurulatih amatur itu pernah latih seorang pemain ke atau pernah latih sekolah ke, asalkan beliau pernah RASA pengalaman melatih pemain-pemain catur. Itu sahaja. Pernah seorang pemain catur bertaraf MASTER kata kat SM, " i don't like to teach kids chess" . Kesimpulannya, cari jurulatih catur yang minat ajar budak-budak main catur. Pastikan anda mempunyai dan sediakan budget untuk petua yang pertama itu.


2. PETUA YANG KE-2


Hantar pemain-pemain catur dari kumpulan sasaran tersebut ke kejohanan catur 1 kali sebulan atau 1 kali 2 bulan. Lebih kerap lagi bagus. Ramai yang tak ikut petua ni. Mungkin tidak ada masa kot sebab kanak-kanak sentiasa sibuk dengan aktiviti sekolah, kelas tuisyen dan aktiviti luar yang lain. Kalau ada kanak-kanak yang ada masa masuk kejohanan catur sebulan sekali, maka pelajar tuu ada harapan untuk jadi TOP 10 untuk kejohanan catur yang disertainya selepas 3 tahun ikut petua yang pertama dan yang ke-2. Pastikan juga ibubapa pelajar tersebut ada sediakan budget untuk anak mereka sertai kejohanan catur.


3. PETUA YANG KE-3


Mereka (seperti cikgu catur, orang kuat catur untuk kelab/persatuan atau penggiat catur) yang ada keinginan nak tengok peningkatan catur untuk kumpulan sasaran mereka, dicadangkan juga anjurkan kejohanan catur 1 kali setiap 6 bulan. Sekurang-kurangnya, mereka faham dan tahu cara nak anjurkan kejohanan catur. Tidak perlu mengharapkan orang lain bantu mereka anjurkan kejohanan catur. Mereka nii perlu tahu gunakan program catur seperti swiss 46, atau swiss perfect atau swiss manager untuk buat pairing.


Kalau tak tahu, pergilah hadiri kursus arbiter untuk mahirkan diri dalam program tersebut dan belajar juga peraturan dan undang2 asas permainan catur. Mereka juga perlu hadir kursus2 seperti Kursus Catur "Train The Trainer", Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 dan Tahap 2 anjuran CERDIK CATUR ENTERPRISE (coming soon) dan mana-mana penganjur lain yang anjurkan kursus seumpama itu untuk tingkatkan ilmu dalam pentadbiran dan pengurusan catur.


Pernah sekali SM sembang-sembang dengan seorang penggiat catur yang sekarang dah pegang jawatan penting dalam sukan catur. Beliau kata, dulu dia asyik kritik penganjur-penganjur kejohanan catur seperti tak tahu buat nii lah, tak tahu buat itu lah TAPI lepas beliau dah jadi orang kuat catur dan beliau sendiri terlibat dalam penganjuran kejohanan catur, baru beliau faham iaitu bukan senang nak anjurkan kejohanan catur.


Ya, memang bukan senang nak anjurkan kejohanan catur. Kebanyakan penganjur catur tak tahu buat "planning stage" dan "marketing stage" sesuatu aktiviti kejohanan catur. Akibatnya kejohanan catur yang dianjurkannya tidak mendapat sambutan seperti kurang penyertaan pemain, hadiah sewenang-wenangnya dikurangkan takut rugi dan masalah-masalah lain. Kejohanan catur yang mereka cuba buat, tiada konsep dan tiada arah tujuan dan tidak menarik dari kaca mata para peserta. Baru-baru ini di KL Rapid tourney, seorang veteran catur iaitu Mr Bong telah sembang-sembang kosong dengan SM. Kata2 beliau berbunyi seperti begini "saya rasa ramai suka masuk amatur kerana mungkin juga personaliti SM. SM suka senyum, saya pun suka masuk amatur sebab suka tengok SM. Tengok apa jadi kat tournament lain, walaupun hadiah menarik tapi jumlah penyertaan tidak sampai 30 peserta seperti yang berlaku di beberapa kejohanan catur baru-baru ini". Kata beliau sambil tersenyum. hmm... Jadi adakah personaliti sesorang penganjur juga mainkan peranan sekiranya kejohanan catur itu ingin berjaya dalam target sasarannya ?


Kadang-kadang kita boleh perasan ada pihak penganjur bila mereka nampak seorang penganjur buat sesuatu kejohanan catur dan mendapat sambutan, maka mereka cuba clone=klonkan konsep kejohanan itu tapi masih gagal kerana itu adalah kejohanan clone dan masih tidak wujud konsep dan tujuannya. ..hehe. Kadang-kadang pula kita boleh perasan penganjur itu dah lah cuba clone kejohanan itu malah buat kejohanan itu sehari atau sama tarikh kejohanan yang dia clone nya. Cam sabotaj jee.


NAH !! Mudahkan kalau nak tingkatkan prestasi catur. Semoga anda semua faham dan mendapat sedikit ilmu pengetahuan setelah baca 3 PETUA tersebut. hehe


Sabtu, Februari 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina!

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada kaum Tionghua dan selamat bercuti kepada yang lainnya. Berhati-hati di jalanraya, semoga kita semua selamat sampai ke destinasi.


klik di imej ni & tengok apa jadi...hehe

Xin nian kuai le.