Isnin, Oktober 19, 2009

Keputusan Kejohanan Catur Depavali Rapid 2009


Dari kiri : Muhd Syakir Shazmeer Azhar (Tempat ke-3), Muhd Nabil Azman Hisham (Tempat pertama), Jax Tham (Tempat ke-5), Lim Zhuo Ren (Tempat ke-2), Mohd Fadli Zakaria A.K.A StoneMaster (Tempat ke-4).


Muhd Nabil Azman Hisham muncul juara bagi Kejohanan Catur Deepavali Rapid (10.20.30) yang julung kali diadakan di Excel Chess Academy, Overseas Union Garden, Kuala Lumpur. Kejohanan tersebut telah diadakan selama dua hari sempena cuti hujung minggu Deepavali iaitu pada 17 & 18 Oktober 2009. Dengan tawaran hadiah wang tunai yang hanya berjumlah RM480 beserta kristal trofi sebagai hadiah-hadiah sampingan, kejohanan ini telah berjaya menarik seramai 46 orang peserta yang hampir 70% pesertanya terdiri daripada pemain-pemain remaja.

Tempat ke-2 pula diduduki oleh Lim Zhuo Ren dengan 8 mata. Muhd Syakir Shazmeer Azhar menduduki tempat ke-3 dengan 7.5 mata. Dengan memperolehi 7 mata masing-masing, Mohd Fadli Zakaria A.K.A. stonemaster berada di kedudukan ke-4 manakala Jax Tham pula berada di kedudukan ke-5 dengan perbezaan mata pemutus.

Pilihan pertama kejohanan, Abdullah Che Hassan hanya mampu mendapat 6.5 mata dan berada di kedudukan ke-6. Diikuti rapat oleh Muhd Irfan Haqqim Azhar dan WCM Nur Nabila Azman Hisham yang turut mendapat 6.5 mata masing-masing berada di tempat ke-7 dan ke-8.

Keputusan penuh, boleh layari juga di www.stonemaster.info



Ranking & Games Deepavali Rapid (10.20.30) 2009

Tiada ulasan: