Sabtu, Oktober 03, 2009

Nasi Briyani dan Catur Kilat @ DATCC Hari Raya Open House Blitz Tournament

Hari ni,3 Oktober 2009 dah masuk 15 hari kita beraya. Banyak jugak rumah terbuka atau open house yang SM dah pegi tapi kali nii lain sikit sebab open house ni diiringi dengan kejohanan catur blitz. (betul2 kena blitz sebab tetiba DATCC blackout selama hampir sejam sebelum bermula kejohanan hehe). Mujur juga semua kelas catur yang SM kendalikan telah ditunda ke Sabtu depan jadi SM dapat bersama beraya sambil bercatur di DATCC.


Inilah nasi briyani King antara menu raya open house di DATCC



Lama jugak SM tak jejak kaki di Pusat Catur Dato' Arthur Tan (DATCC) nii..nampak ruangnya dah makin selesa dengan lantai yang bersih dan tambahan unit aircond yang baru. Seramai 34 peserta menyertai blitz ini.




SM berjaya tewaskan IM Mok Tze Meng di pusingan ke-2 dan kemudian SM seri dengan IM Tan Lian Ann di pusingan ke-3..

Kalau nak tengok lain2 gambar, sila klik SINI.

Tiada ulasan: