Isnin, Oktober 19, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1MALAYSIA KUMPULAN KOPERASI@MEDAN TUANKU 30 SYAWAL 1430

Align Center
Sepatutnya, hari ni last adanya rumah terbuka aidilfitri sebab dah 30 Syawal. Dapat juga SM pergi open house di hari yang terakhir bulan syawal ni. hehe. Majlis ni anjuran kumpulan KOOP (koperasi) yang beroperasi di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.


SM sampai di sana kira2 pukul 4 pm. Ingatkan dah petang2 macam nii tak ramai dah yang datang tapi rupanya masih ramai lagi tetamu yang tak putus-putus, bertali arus datang ke majlis tuu. Ada nyanyian, tarian juga dan kelihatan para tetamu sedang menikmati makanan yang enak-enak.



Sedapnya... Ada makanan 'wajib' aidilfitri- lemang, ayam masak kari, rendang daging dan kuih. Ada juga mi goreng dan ubi rebus-makanan paling popular masa 'zaman jepun'.

Masa dah dekat pukul 5pm, SM ternampak ramai beratur kat gerai masakan yang satu tu. Rupa-rupanya mereka tengah beratur menunggu beef steak dimasak. Tiba2 hujan lebat lak turun dan ramai yang lari balik berteduh kat dalam restoran. Walaupun kena tempias hujan, SM tetap sabar dan terus menunggu...

Memang berbaloi beratur lama sambil kena tempias hujan bila dapat makan beefsteak yang sedap dan lazat nii, yum yumm...




Gendang gendut tali kecapi.
Tahun depan, panjang umur, kalau ada open house kat sini, kita pegi lagi..hehehe

Tiada ulasan: