Ahad, Oktober 25, 2009

GoMobile VS UPSI Open

Sebenarnya kedua-dua acara tu takde kena mengena pun antara satu sama lain..cuma kebetulan kedua-dua acara hebat tersebut diadakan pada hujung minggu ni. Ekspo GoMobile 2009 bermula pada hari Jumaat manakala Kejohanan Catur Terbuka UPSI bermula hari Sabtu. Hajat di hati memang nak main chess kat UPSI tapi memandangkan SM ada urusan yang tak dapat dielakkan pada tengahari Sabtu, SM terpaksa batalkan jee hasrat untuk ke UPSI dan hanya pergi ke pameran GoMobile di KLCC pada hari Ahad.


Ini adalah kali ke-2 ekspo GoMobile diadakan. Tahun lepas ekspo ni dibuat di PWTC. Kalau nak compare ngan tahun lepas, rasanya pameran tahun ni kureenngg sikit hehe. Rasanya booth pameran untuk tahun ni dah tak banyak mcm tahun lepas. Tapi yang pastinya memang macam2 tawaran dan pakej hebat dari Digi, Maxis, Celcom, Streamyx dan lain2.



SM bergambar di salah satu booth pameran GoMobile. Dapat gak tangkap maskot blueberry dan main game bola ala pinball.


Ini antara goodies dan hadiah yang SM dapat masa di pameran tu. Ada majalah, notepad, pen, mouse pad, poster, cd games, pencuci muka, patung mainan, pouch dan lain2. Semuanya free..hehe

Jumaat, Oktober 23, 2009

JADUAL KELAS/AKTIVITI CATUR MINGGUAN COACH FADLI @ 23 OKT 2009


Isnin, Oktober 19, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1MALAYSIA KUMPULAN KOPERASI@MEDAN TUANKU 30 SYAWAL 1430

Align Center
Sepatutnya, hari ni last adanya rumah terbuka aidilfitri sebab dah 30 Syawal. Dapat juga SM pergi open house di hari yang terakhir bulan syawal ni. hehe. Majlis ni anjuran kumpulan KOOP (koperasi) yang beroperasi di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.


SM sampai di sana kira2 pukul 4 pm. Ingatkan dah petang2 macam nii tak ramai dah yang datang tapi rupanya masih ramai lagi tetamu yang tak putus-putus, bertali arus datang ke majlis tuu. Ada nyanyian, tarian juga dan kelihatan para tetamu sedang menikmati makanan yang enak-enak.



Sedapnya... Ada makanan 'wajib' aidilfitri- lemang, ayam masak kari, rendang daging dan kuih. Ada juga mi goreng dan ubi rebus-makanan paling popular masa 'zaman jepun'.

Masa dah dekat pukul 5pm, SM ternampak ramai beratur kat gerai masakan yang satu tu. Rupa-rupanya mereka tengah beratur menunggu beef steak dimasak. Tiba2 hujan lebat lak turun dan ramai yang lari balik berteduh kat dalam restoran. Walaupun kena tempias hujan, SM tetap sabar dan terus menunggu...

Memang berbaloi beratur lama sambil kena tempias hujan bila dapat makan beefsteak yang sedap dan lazat nii, yum yumm...




Gendang gendut tali kecapi.
Tahun depan, panjang umur, kalau ada open house kat sini, kita pegi lagi..hehehe

PICTURE OF THE DAY @ 19 OCT 2009

Beberapa para peserta kejohanan catur Deepavali Rapid 2009 makan roti dan air semasa waktu rehat tengahari di pondok bus?? SM juga joint mereka lepak2 di pondok bus. Inilah akibatnya kalau tidak ada restoran atau warung melayu atau mamak berhampiran tempat kejohanan tersebut. Taman Oversea Union Garden (OUG) mempunyai 1 warung mamak dan 1 restoran india sahaja di kawasan itu. Kedai tersebut tutup mungkin sebab pekerjanya sambut hari deepavali.

Nak drive ke pearl point malas lak.Takut jam nanti. Silap2, miss 1 games. hehe

Keputusan Kejohanan Catur Depavali Rapid 2009


Dari kiri : Muhd Syakir Shazmeer Azhar (Tempat ke-3), Muhd Nabil Azman Hisham (Tempat pertama), Jax Tham (Tempat ke-5), Lim Zhuo Ren (Tempat ke-2), Mohd Fadli Zakaria A.K.A StoneMaster (Tempat ke-4).


Muhd Nabil Azman Hisham muncul juara bagi Kejohanan Catur Deepavali Rapid (10.20.30) yang julung kali diadakan di Excel Chess Academy, Overseas Union Garden, Kuala Lumpur. Kejohanan tersebut telah diadakan selama dua hari sempena cuti hujung minggu Deepavali iaitu pada 17 & 18 Oktober 2009. Dengan tawaran hadiah wang tunai yang hanya berjumlah RM480 beserta kristal trofi sebagai hadiah-hadiah sampingan, kejohanan ini telah berjaya menarik seramai 46 orang peserta yang hampir 70% pesertanya terdiri daripada pemain-pemain remaja.

Tempat ke-2 pula diduduki oleh Lim Zhuo Ren dengan 8 mata. Muhd Syakir Shazmeer Azhar menduduki tempat ke-3 dengan 7.5 mata. Dengan memperolehi 7 mata masing-masing, Mohd Fadli Zakaria A.K.A. stonemaster berada di kedudukan ke-4 manakala Jax Tham pula berada di kedudukan ke-5 dengan perbezaan mata pemutus.

Pilihan pertama kejohanan, Abdullah Che Hassan hanya mampu mendapat 6.5 mata dan berada di kedudukan ke-6. Diikuti rapat oleh Muhd Irfan Haqqim Azhar dan WCM Nur Nabila Azman Hisham yang turut mendapat 6.5 mata masing-masing berada di tempat ke-7 dan ke-8.

Keputusan penuh, boleh layari juga di www.stonemaster.info



Ranking & Games Deepavali Rapid (10.20.30) 2009

Jumaat, Oktober 16, 2009

Happy Deepavali


Ucapan khas selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu yang meraikannya.

Khamis, Oktober 15, 2009

Aktiviti Bengkel Cerdik Catur Diadakan Dengan Jayanya di SK Seksyen 9, Shah Alam@14 Okt 2009


Pada 14 Oktober 2009 (Rabu), Coach Fadli telah dijemput oleh pihak sekolah SK Seksyen 9, Shah Alam untuk kendalikan bengkel catur kepada pelajar sekolah. Seramai lebih kurang 80 pelajar telah hadir di bengkel tersebut. SM turut membawa adiknya iaitu Mohd Faisal bin Zakaria untuk membantu dalam latihan catur tersebut.



Untuk melihat lain-lain gambar, sila layari Blog Training MB3CF di http://stonemaster.info/training/


Rabu, Oktober 14, 2009

GoMobile09-The Ultimate Mobile Lifestyle of the Year

ACARA GAYA HIDUP MUDAH ALIH TERBESAR DI MALAYSIA KINI KEMBALI LAGI OKTOBER INI!!

Jom ke GoMobile 09 yang akan berlangsung di KL Convention Centre pada 23-25hb Oktober ini. Banyak info terkini berkenaan gajet2, mcm2 handphone berjenama dijual dengan harga murah, mcm2 tawaran hebat dan pakej istimewa dari syarikat2 telekomunikasi, mcm2 aktiviti kita boleh sertai dan mcm2 hadiah boleh dimenangi di sana...betul, tak tipuu...SM dah pegi ekspo GoMobile yg pertama di PWTC (last year) dan menang handphone Motorola W388 masa lucky draw hehe… OK nak tahu lebih lanjut pasal GoMobile 09, klik jee kat imej GoMobile tuu.

GoMobile badge

Kamu ada blog? Nak dapat handphone Motorola W209 percuma tak?

Camna caranya tuuu...
OK mula2 daftar jadi ahli GoMobile Clique. Daftar free jee. Klik imej nii--> join clique

Lepas tu, copy badge dari http://www.gomobile.my/ dan tempek jee kat website atau blog kamu.
Jangan lupa! Bagitau GoMobile pasal promo yang kamu dah buat tu kat Facebook page atau email: info@gomobile.my

Good luck!

icon-gomobile-600px-x-200px

Selasa, Oktober 13, 2009

Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/1971, Permainan Catur Di Sekolah-Sekolah Menengah

kpm

Semalam 12hb Oktober 2009 di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia , surat pekeliling mengenai permainan catur di sekolah-sekolah menengah telah dikeluarkan.

Antara kenyataan isi kandungan surat yang bertarikh 4 Ogos 1971 tersebut adalah langkah-langkah yang diajukan kepada semua sekolah menengah khasnya di luar bandar, supaya:

1) Menubuhkan kelab catur – bukan sahaja mengadakan pertandingan catur tetapi juga menubuhkan kelas latihan kepada pelajar yang tidak tahu bermain catur.

2) Sekolah-sekolah digalakkan mengadakan pertandingan catur antara darjah dan piala-piala dihadiahkan, sekiranya perlu.

3) Pertandingan negeri pada peringkat jajahan atau negeri boleh dianjurkan dan piala-piala yang sesuai dihadiahkan, sekiranya perlu.

4) Kursus-kursus berkenaan permainan catur hendaklah diadakan sekiranya perlu kepada guru-guru, khasnya dalam sekolah-sekolah di luar bandar.

Untuk melihat isi kandungan penuh surat pekeliling tersebut, sila klik di sini.

Isnin, Oktober 12, 2009

RAYA SANA-SINI (Part 2)

Jom layan jer gambar2 SM beraya di minggu ke-2 & minggu ke-3 Syawal 1430H…

masviona wallnas,klong, aizat,mama lepak tgk tv sempat lagi update kt umah diah UO Chow Kit lucky draw open house lemang, kuih muih haiumah kak long shima laksa,mi jawa, nasi impit -kak long pokok epal abg nazeri

myfamily

lili sabrina sm & charldah bakar ngan papa & sabrinakacau kerang otak-otak my favoritetengah sental ikan bakar jom makanpapa dapat kad hepi 72th besday papaaunty kamariah famili & cousin