Rabu, September 30, 2009
PROGRAM KEBITARAAN CERDIK CATUR DI SHAMS@30/9/09
Selasa, September 29, 2009
JOGGING 2X SEMINGGU DI TASIK TITIWANGSA
Semenjak SM dapat title sweet 40 April lepas, SM telah selitkan aktiviti baru SM dalam jadual mingguan SM iaitu berjogging. Rasa badan dah semakin slow sejak dah jadi sweet 40.
Aktiviti sukan lak semakin banyak. Semenjak jogging 2x seminggu ni, berat SM semakin turun dan badan semakin slim. Dulu berat SM sekitar 70 hingga 75kg. Pernah juga cecah 80 kg hingga 82 kg 3 tahun lepas. Sekarang lepas konsisten 3 bulan buat aktiviti bersenam 2x seminggu dari jam 7 pagi hingga 10 pagi di Tasik Titiwangsa, berat SM dah berlegar di sekitar 65kg hingga 69kg.
Bila buat aktiviti senaman cam nii, badan rasa semakin ringan, dah kurang rasa mengantuk, otak rasa lega selalu dan ada macam extra semangat untuk buat tambahan kerja harian. Badan cergas, otak pun cerdas!
Baru 2 pusingan di tasik tersebut, macam dah nampak mandi peluh.
Isnin, September 28, 2009
KEJADIAN KHEMAH RUNTUH PADA 8 SYAWAL DI RUMAH TERBUKA AHLI PARLIMEN AMPANG
Angin kencang tiba-tiba melanda sehingga atap khemah di pentas depan tumbang disebabkan angin kencang tersebut. Walaubagaimanapun, SM sempat merasai semua jenis makanan yang dihidangkan di sana. hehehe
SM dengan adik SM tengah sental makanan yang dihidangkan di rumah terbuka tersebut.
Kelihatan YB Zuraida Kamaruddin (baju kuning) iaitu Ahli Parlimen Ampang sedang sibuk melayan tetamu yang hadir. Cuba perhatikan awan yang mendung tuu.
Keadaan menjadi sedikit kelam kabut apabila hujan ribut melanda tiba-tiba. Ramai juga yang terperangkap dan berteduh di khemah utama. SM pun turut panik dan berselindung di salah satu khemah tersebut. Kalau tak hujan lebat, tentu lebih banyak makanan habis kena sental. hehehe
Ahad, September 27, 2009
JOM KITA BERAYA LAGI@26/9/09,KALI NI DI RUMAH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DAN RUMAH PAK SU
Kali nii SM nak bawak kamu semua beraya di rumah yang cukup istimewa. Jom ikut jee hehe
Nak pegi rumah terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad tuu, keter tak dibenarkan dibawa masuk. So..sapa2 yang bawak kenderaan sendiri tuu kena lah park kat tempat yg disediakan oleh pihak penganjur..dengarnya ada kenderaan khas yang disediakan utk para tamu ke umah terbuka tuu. Nak jalan kaki (15 minit) jee pon boleh tapi cuaca panas terik lak..so tunggu aje lah.
Haa inilah dia ‘tren’ yang disediakan utk membawa para tamu ke umah terbuka tu..tapi tren ni bukan jenis yang gerak di landasan keretapi.. tren nii ada tayar dan bergerak atas jalan raya, boleh laa muat dalam 30-40 org sekali trip.
Ok dah pun sampai ke rumah yang dituju..Lot 58, Jln Kuda Emas, Mines Resort City, Sri Kembangan. Kat mana tuu ek…oooo umah bekas Perdana Menteri Malaysia yg ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Makanan dah pun terhidang. Macam2 ada…ketupat, lemang, sate, nasi tomato, kuey teow goreng, rendang ayam, daging, kuih-muih dan lain-lain.
rojak pasembor dan mi sup utara
Anak-anak tuan rumah sibuk melayan tetamu.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tetap tersenyum melayan tetamu yang hadir.
Siapa lak datin yang pakai baju merah tuu yang memperkenalkan SM kepada Tun Dr Mahathir Mohamad? Kalau pemain catur tak kenal siapa datin tuu, memang bukan pemain catur jati. hehe. Beliau kata kat Tun Dr Mahathir yang SM nii seorang pemain catur dan coach catur.
Hari tuu kelihatan datin sangat sibuk on duty bantu pengurusan rumah terbuka tersebut. Sempat juga SM ucapkan selamat hari raya aidilfitri kat Datin, bersalaman dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah semasa giliran SM beri ucapan selamat hari raya.
Dah kenyang makan pelbagai juadah, SM makan lak aiskrim potong perasa durian sebagai pencuci mulut. Ehh…wanita baju merah yang duduk atas kerusi roda tuu cam Ras Adiba Radzi jee. hehe
Memang ramai betul tetamu yg hadir di jamuan rumah terbuka tuu..pelbagai bangsa dan agama. Ramai juga tetamu yang beratur untuk bersalaman dan berhari raya serta bergambar bersama Tun.
Makanan pon masih banyak. SM sempat tapau buah asam jawa. Yang nii rasanya manis, bukan macam asam peket yg kita biasa beli di kedai.
Selepas lepak 3 jam (1.30 pm-4.30pm) kat rumah terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad, SM rewang2 jap di pasaraya Mines Resort City dan kemudian beraya pula di rumah Pak Su di Puncak Alam Fasa 3.
Sampai di Puncak Alam jam 6.30pm. Lepas makan, minum n tengok citer di Astro, SM pun balik Damansara lebih kurang pukul 9 malam. Tapi tak balik umah lagi. SM singgah jap di Bangsar Selera. Makan lagi..hehe.
Nasi Lemak Famous
Kalau Kampung Baru terkenal dengan Nasi Lemak Antarabangsa, kat Bangsar pula terkenal dengan Nasi Lemak Famous. Lepas beraya di rumah terbuka Tun Dr. Mahathir dan beraya di rumah Paksu, SM singgah pula di Bangsar, makan nasi lemak yang famous tuu dan minum air jus tembikai + teh ais n tengok bola Premier League antara Liverpool dan Hull City. 6-1 Hull City teruk kena belasah! Striker Liverpool, Fernando Torres yang juga pemain negara Spain, jaring hatrick pulak tuu. hehehe
Lepas lepak-lepak jap sana, SM pun balik rumah. Sampai rumah, baring jap 5 minit atas tilam negative ion harga RM1400++ yang SM menang cabutan bertuah akhir tahun lepas, terus tertidur dan bangun dengan sendirinya jam 6 pagi.
Sabtu, September 26, 2009
JAMU BUANG ANGIN
SM PUN PANDAI MASAK?
yang nii tengah kacau serunding dan kuah lontong...