Sabtu, September 26, 2009

TEH HALIA PALING 'KAW' DI KUALA LUMPUR TERLETAK DI MANA?



Warung ini terkenal dengan teh halia paling 'kaw' di Kuala Lumpur. Teh halia ini juga dikenali sebagai teh halia titiwangsa. Warung ini terletak berhampiran stesen minyak BHP di Titiwangsa. Ia sudah bertapak di sini semenjak 30 tahun yang lalu. Memang lama. Kalau sekali rasa teh tu, pasti nak datang lagi rasa. SM perasan halianya dicincang halus-halus dan ditapis dalam teh tersebut. Memang sedap. Harganya memang juga tak masuk akal iaitu RM1.20 sahaja secawan. Murah sangat. Sedap lagi pulak tuu.Waktu perniagaan ialah sebelah petang hingga jam lebih kurang 11 malam .

1 ulasan:

kumar berkata...

yes memang betul.warung tu kat sebelah kedai kereta import kan.teh halia kat warung tu paling sedap yg pernah i rasa.