Ahad, September 20, 2009

SALAM 1 SYAWAL (berpantun di aidilfitri)

Sempena Syawal yang kini menjelma, SM nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat amnya, khas juga untuk semua pembaca blog ini dan peminat (kalau ada hehe..)

 
SM bukannya pandai nak bersastera2 nii tapi nak gak try karang pantun raya ...hehe. ok dengarkan yee
berlalulah sudah bulan ramadan
sebulan lepas kita berpuasa
harap2 tak naik lagi berat badan
bile nampak juadah nafsu berleluasa

biskut banyak, rasanya serupa
masak rendang campurkan lada
zakat fitrah jgn buat lupa
ingatlah juga orang yang dah tiada

main catur tajamkan minda
perang di papan, bukan di tangan
sanak sedara bergurau senda
ziarah berziarah eratkan hubungan

kereta merah macam ferrari
menuju ke rumah org yg dicinta
gembira kita di aidilfitri
salam dihulur ampun dipinta

...hakcipta terpelihara tuu hehe

Tiada ulasan: