Khamis, September 03, 2009

Untung sabut timbul…

Minggu lepas SM jalan-jalan wat window shopping di KL. Tengah jalan2, singgah jap di Pasaraya UO Petaling Street. Nampak pulak dorang gantung2 kad wat promosi sempena sambutan Ulangtahun ke-17 pasaraya tuu…Macam-macam hadiah menarik yang ditawarkan. Syaratnya kena jadi ahli UO dan belanja at least RM30 dlm satu resit kalau nak ambik bahagian. SM pun ronda2 dulu kat dalam pasaraya tu cari barang kot2 ada yang berkenan di hati. Ronda punya ronda terjumpa lak T-shirt yang harganya RM30+ lepas diskaun. Masa ni pulak keahlian adalah percuma jadi apalagi..SM pun daftarlah jadi ahli UO. Dah jadi ahli, beli barang dapat reward points dan dapat juga amik bahagian dalam peraduan tu hehe.

hadiah proton saga  SM sempat bergambar dengan hadiah utama peraduan ‘Sweet Seventeen UO Superstore’ iaitu kereta Proton Saga yang dipamerkan di pintu masuk pasaraya. Nak ambik ‘aura’..hehe. Mana laa tau..kot2 ada nasib masuk peraduan Untung Orangramai ni kan …untung sabut timbul..

Semua peserta kena hadir di cawangan yang berkenaan masa cabutan tu dibuat. SM tempek kenyataan akhbarnya kat sini supaya x lupa…

1 ulasan:

zuls berkata...

hhuu.. m,inat join contest jugak rupanya SM ni, aku pun minat gak join contest..
http://myonlinecontest.blogspot.com