Jumaat, September 04, 2009

Ramadhan Special di Ancasa Hotel

 reserved table  Ini meja yang dikhaskan untuk SM di dewan makan yang diberi nama Saffron Brasserie di Hotel Ancasa KL. Ancasa Hotel & Spa ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, betul2 di tengah Kuala Lumpur, berhampiran juga dengan Puduraya dan Kotaraya.

Kurma pon dah siap tersedia di atas meja…

 

 

 hotel staff masak

Staf hotel sedang sibuk menyiapkan makanan untuk para tetamu yang hadir. Memang sedap kalau makan makanan yang fresh dan baru dimasak panas-panas. Masa tu takderlah ramai sangat tetamu yang datang berbuka puasa di sini..lebih kurang 50 orang jerr kot

foodytf 

Ini antara makanan yang dihidangkan. Rambang mata dibuatnya. Masa ni perut lak tengah lapar.. Satay,yong tau foo pun ada.

.manisan pilih2

Apa yang SM buat tuu? Satu petua SM nak kongsikan..kalau nak makan cara buffet, jangan ambik satu2 makanan tu dengan banyak..nanti tak habis dan cepat kenyang..x dapat lak nak rasa makanan lain nanti…rugi jee :

doa buka posa

Baca doa buka puasa dulu sebelum makan.

sateotak2 

Sedapnyee satay…Otak-otak pun ada. My favourite  yessss…

abculam

Ais kacang atau nama glamernya- ABC. Banyaknya ulam-ulam.

bihun suproti jala

Mehon sup pun SM sental. Roti jala pun ada? yum yumm

m floor  surau   waktu solatsolat

Lepas buka posa, SM gi surau jap solat maghrib di mezanin Floor hotel tuu. Lepas semayang, SM sambung lagi makan.hehe

 

nasilaukABCD0002

Kali ni makan berat sikit iaitu nasi & lauk-pauk...penuh lauk disusun keliling pinggan. Antara menu hidangan lauk yang SM ingat- daging kicap, ikan patin sos bunga kantan, sambal tumis sotong, sayur kailan, daging gulai padang, lamb ragout (pelik lak nama kambing tu yek… kene ragut jugak ker hehe)

e

Ni makanan pak arab. Lupa lak nama roti nii…Kat dalam tu ada inti daging. Macam kebab+chess  cheese.

laksa Ni lak laksa utara.. pedasnya boleh tahan

desertcoklat

Sedapnya tengok kek-kek dan buah-buah. Macam-macam rupa dan macam-macam color ada. Nampak tak SM tengah cicah marshmelow tu dalam coklat fountain. hehe

 ice creambuah

Yum-yumm lagi...Sedapnya mashmalo coklat campur eskrim. Makan dengan buah pon sedap.

 sushikek

Sushi pun ada. Pisang goreng pun tak ketinggalan, kek pelbagai rasa.

coffee Macam ni kot rasanya bila perut mula dah kenyang. Cepat-cepat SM minum kopi o untuk elak dari mengantuk. hehe.

ancasa

 

 

 

 

 

SM bergambar lepas makan. perot mainten lagi kan...hehe

Tiada ulasan: