Ahad, September 27, 2009

JOM KITA BERAYA LAGI@26/9/09,KALI NI DI RUMAH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DAN RUMAH PAK SU

Kali nii SM nak bawak kamu semua beraya di rumah yang cukup istimewa. Jom ikut jee hehe

parking tunggu tren

Nak pegi rumah terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad tuu, keter tak dibenarkan dibawa masuk. So..sapa2 yang bawak kenderaan sendiri tuu kena lah park kat tempat yg disediakan oleh pihak penganjur..dengarnya ada kenderaan khas yang disediakan utk para tamu ke umah terbuka tuu. Nak jalan kaki (15 minit) jee pon boleh tapi cuaca panas terik lak..so tunggu aje lahtren.

Haa inilah dia ‘tren’ yang disediakan utk membawa para tamu ke umah terbuka tu..tapi tren ni bukan jenis yang gerak di landasan keretapi.. tren nii ada tayar dan bergerak atas jalan raya, boleh laa muat dalam 30-40 org sekali trip.

lot 58 selamat datang

Ok dah pun sampai ke rumah yang dituju..Lot 58, Jln Kuda Emas, Mines Resort City, Sri Kembangan. Kat mana tuu ek…oooo umah bekas Perdana Menteri Malaysia yg ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

makanan buffet

Makanan dah pun terhidang. Macam2 ada…ketupat, lemang, sate, nasi tomato, kuey teow goreng, rendang ayam, daging, kuih-muih dan lain-lain.

pasembor mi sup

rojak pasembor dan mi sup utara

DSC08710 DSC08716

Anak-anak tuan rumah sibuk melayan tetamu.

tun

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tetap tersenyum melayan tetamu yang hadir.

sm dan tun m sm dan tun siti

Siapa lak datin yang pakai baju merah tuu yang memperkenalkan SM kepada Tun Dr Mahathir Mohamad? Kalau pemain catur tak kenal siapa datin tuu, memang bukan pemain catur jati. hehe. Beliau kata kat Tun Dr Mahathir yang SM nii seorang pemain catur dan coach catur.

Hari tuu kelihatan datin sangat sibuk on duty bantu pengurusan rumah terbuka tersebut. Sempat juga SM ucapkan selamat hari raya aidilfitri kat Datin, bersalaman dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah semasa giliran SM beri ucapan selamat hari raya.

aiskrim potong ras adiba

Dah kenyang makan pelbagai juadah, SM makan lak aiskrim potong perasa durian sebagai pencuci mulut. Ehh…wanita baju merah yang duduk atas kerusi roda tuu cam Ras Adiba Radzi jee. hehe

tunggu turn suasana

Memang ramai betul tetamu yg hadir di jamuan rumah terbuka tuu..pelbagai bangsa dan agama. Ramai juga tetamu yang beratur untuk bersalaman dan berhari raya serta bergambar bersama Tun.

makanan lagi asam jawa

Makanan pon masih banyak. SM sempat tapau buah asam jawa. Yang nii rasanya manis, bukan macam asam peket yg kita biasa beli di kedai.

Selepas lepak 3 jam (1.30 pm-4.30pm) kat rumah terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad, SM rewang2 jap di pasaraya Mines Resort City dan kemudian beraya pula di rumah Pak Su di Puncak Alam Fasa 3.

sm & team mv.com mihun dan kuih raya tengok tv paksu dan maksu

Sampai di Puncak Alam jam 6.30pm. Lepas makan, minum n tengok citer di Astro, SM pun balik Damansara lebih kurang pukul 9 malam. Tapi tak balik umah lagi. SM singgah jap di Bangsar Selera. Makan lagi..hehe.

Tiada ulasan: