Isnin, Julai 20, 2009

BEKAM guna lintah

Ini adalah kali pertama dan kali terakhir SM Bekam guna lintah. Kenapa? Sebenarnya SM nak cuba jee try bekam guna lintah. Nak tahu camne rasanya...sakit atau tidak. Ada perbezaan dan berkesan ke lepas bekam guna lintah. Kalau kita pergi ke mana-mana ekspo ke atau pameran ke atau di supermarket ke, kadang-kadang mesti ada ruang khas untuk berbekam guna lintah. Sekarang ni dah mula tumbuh macam cendawan perkhidmatan cam ni. Bekam lintah ini dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit seperti resdung, gout, migrain, sakit tumit dan sendi, melancarkan peredaran darah dan lain-lain.

lintah2 Seekor lintah sedang hisap darah SM di leher.

Cara bekam ni mudah saja..lintah-lintah yang dipelihara ni akan diletakkan di bahagian tertentu pada badan dan dibiarkan menghisap 'darah penyakit/kotor' untuk beberapa lama. Setelah cuba berbekam, rasa seperti ada sedikit lega kalau berbekam di leher macam SM buat. Biasanya makan masa 40minit hingga 1 jam. Lintah tuu akan terlepas sendiri dari mengiggit kita lepas kekenyangan hisap darah. SM taklah rasa sakit bila kena gigit lintah tu tapi yang merimaskan SM ialah lepas bekam tuu. Tempat gigitan lintah tuu, kalau keluar darah, lambat nak berhenti. Akan tetap keluar darah walaupun letak tisu atau handyplus. Boleh sampai sehari 2 lamanya. Itu yang tak sedap tuu. Bila mandi pun, akan keluar darah. Sebab tuu memang buat kita tak selesa. Lagi satu yang mungkin kita was-was ialah adakah orang yang amalkan perkhidmatan bekam cara lintah nii akan guna lintah yang sama selepas guna lintah itu terhadap orang lain? SM pernah tanya soalan tuu tapi mereka jawab mereka tidak gunakan lintah yang sama .

lintah Dua ekor lintah pula sedang hisap darah SM di belakang leher. Lintah ini makan masa 45minit untuk selesai hisap darah SM.

Mereka guna sekali jee lintah tuu untuk setiap orang..bahkan mereka akan hapuskan lintah-lintah yang telah digunakan untuk rawatan tuu. Hmmm. Tapi itu kata mereka. Darah nii memang tidak boleh buat main-main. Sebab banyak penyakit bahaya boleh terkena kalau kita campur-campur darah kita dengan orang lain berkali-kali. Mereka juga mengatakan bahawa lintah tidak akan hisap darah orang yang ada penyakit kronik? Masalahnya sekarang apa buktinya?

Kesimpulanya, ini adalah kali pertama dan kali terakhir SM bekam cara lintah

Tiada ulasan: