Sabtu, Julai 18, 2009

Musim Durian sudah kembali


Sedapnya tengok durian kat sebelah nii. Inilah durian yang sempat SM ambil gambar sebelum kena sental. Ini durian kampung jee. Harga RM5 sebiji. Teringin nak makan durian D24 tapi masa tuu ada durian kampung jee. Sejak sebulan ini, dah tiba musim durian. Nak tahu bagaimana kita dah sampai musim durian? Satu tanda-tandanya ialah ramai orang jual durian. Dan ke-2 ialah durian dijual bukan ikut timbang tapi dijual secara longgok. Macam 1 biji harga RM2 ke atau satu beg plastik durian dijual harga RM10. Sapa yang kempunan nak makan durian, pegila cari durian. hehehe
SM juga ada sediakan poll di sebelah kiri (sidebar) untuk para tetamu vote negeri manakah terdapatnya pokok durian yang paling banyak. Selamat mengundi!

Tiada ulasan: