Isnin, Julai 20, 2009

Di manakah perginya Mohd Zullghafari Saparmin



Kejohanan Catur DUN Sri Andalas 2009 : Cabutan hadiah bertuah utamanya ialah satu unit jam catur analog bernilai RM200. Lebih 100 peserta sanggup tunggu untuk majlis penutup dengan harapan nama mereka akan dipanggil untuk memenangi hadiah tersebut. Kalau menang tuu kira seperti dapat kedudukan ke-3 bagi kategori terbuka.


Encik Azhar iaitu arbiter kejohanan pun memanggil nama peserta yang bertuah tuu. Dia kata "yang bertuah adalah rakan saya juga dari Muar iaitu Mohd. Zullghafari". Dia juga rakan SM..hehe. Lorrr bertuahnya dia... semua tunggu dia tampil untuk ambil hadiah jam catur tu. Hmm..dia hilang pulak. xdapat dikesan. Mana dia pergi? Tiada alasan lain kot kecuali mungkin dia balik awal. Tengok keputusan penuh, beliau dapat tempat ke-58. Tidak pernah SM tengok kedudukan beliau begitu jauh sekali. N.R. dia pun tinggi juga iaitu 1457.
Bila satu lagi nama dipanggil, alamak Ian Udani yang dapat hadiah utama cabutan bertuah. Memang bertuah betullah Ian Udani pada hari tu. Dah laa beliau jadi Juara kejohanan itu. Walaubagaimanapun, SM akan cuba cari jawapan nanti, kenapa Mohd Zullghafari tidak kelihatan masa nama beliau dipanggil untuk mengambil jam catur yang bernilai RM200 tuu.




SM ambil gambar ini semasa majlis penutup kejohanan catur terbuka Pelabuhan Klang. Mohd Zullghafari (yang sedang duduk, di bawahnya ada sebotol air mineral) turut ambil bahagian di kejohanan itu.


Tiada ulasan: