Jumaat, Julai 17, 2009

SM menang cabutan bertuah utama tilam negative ions bernilai RM1400 ++ di phone fair/central market@2/11/08

Salah satu hobi SM selain bermain sukan catur di masa lapang adalah selalu masuk peraduan atau cabutan bertuah kalau ada di suratkhabar atau di mana-mana pameran yang SM lawati. 2 November 2008 merupakan salah satu hari yang menjadi kenangan manis kepada SM kerana menang hadiah cabutan bertuah utama bernilai RM1400++ iaitu Tilam Poket Spring Newton dengan Negative Ions. Hadiah itu merupakan cabutan yang kedua terakhir macam seperti SM dapat Naib Johan dalam kejohanan catur. :) Hadiah terakhir ialah Tilam Poket Spring Genius dengan Negative Ions bernilai RM2000 ++.


SM bergambar bersama penaja (no. 2 dan 3 dari kiri) dan juga suami isteri (kanan sekali) yang menang hadiah utama cabutan bertuah Tilam Spring Negative Ions bernilai RM2000++.


Tak pernah SM tidur di tilam yang mahal seperti yang bakal SM tidur minggu depan. Ada negative ions pulak tu. Jurujual tuu kata kalau SM tidur di tilam ni, perjalanan darah dalam badan SM akan teratur kalau tidur di tilam yang ada negative ions. Tilam yang paling mahal SM beli semenjak 10 tahun lepas pun cuma harga RM450 jee. hehe

Sebenarnya banyak juga peraduan dan cabutan hadiah yang menarik pernah SM menang iaitu seperti dapat 2 tiket menyaksikan Formula One di Sepang bernilai RM350 setiap satu tiket, menang hadiah notebook bernilai RM4000, menang hadiah wang tunai RM1000 dan juga menang hadiah TV Sony 34" bernilai RM2000++. Kira macam setahun sekali SM akan dapat 1 hadiah bertuah yang menarik. SM ingat tahun nii akan adalah hadiah menarik yang SM mungkin dapat sebab dah banyak masuk peraduan tapi satu pun tak dapat. hehehe


SM sedang bergambar dengan penaja Tilam Spring Negative Ions (Mattressworld Marketing (M) Sdn Bhd.) Kelihatan di belakang SM, tilam yang dimenangi tuu. hehehe

Seronok gak cerita yang terjadi dari jam 7 pagi hingga sebelum penganjur mula buat cabutan bertuah jam 6.30 petang. Sepatutnya pagi tadi SM dah rancang nak pergi ke Kepong kerana ada kejohanan catur remaja di Kepong untuk SM ambil beberapa gambar menarik dan ambil keputusan kejohanan tuu. Entah macam mana SM rasa seperti macam tak sedap badan masa bangun pukul 6 pagi. Penat semacam jee macam nak demam. Badan rasa sekejap panas, sekejap sejuk. Akhirnya SM tak jadi pergi ke Kepong dan masa tuu dah jam 7 pagi. SM pun sambung tidur jam 7.30 pagi. hehe.

SM terjaga jam 1petang. Biasalah hari Ahad. Hari untuk SM rehat sepuasnya, kalau tidak ada aktiviti sukan catur. Segar lak rasa dan cam boring duduk di rumah. SM pun terus rancang nak jalan-jalan dan lepak kat Central Market (CM), saje nak cuci mata. Sampai CM, terus SM sental mee hailam di food court tingkat 1 central market sambil gayut internet menggunakan notebook dan data card UMobile SM. Sekarang Umobile ada pakej promosi murah RM58 sebulan sahaja untuk unlimited internet surfing dan tidak ada kontrak. SM memang tak suka ambil pakej yang ada kontrak nii.



SM sedang layari internet di Central Market.

Lepas makan, SM pun jalan-jalan dan ternampak ramai orang di luar pintu hadapan CM. Baru SM perasan ada pameran promosi jualan hebat handphone yang dah berlangsung sejak 30 Oktober yang lalu. Hari ini adalah hari terakhir promosi tersebut. Jengok punya jengok, tidak ada satu handfon pon yg SM berkenan. Yang anehnya, SM ada lalu di satu ruang pameran oleh Mattressworld. Terfikir pula di hati SM, ikk macamana pameran tilam ada kat pameran handphone??. SM pun biasalaa selalu ada perasaan ingin tahu, jengok-jengok gak tilam tuu. Waduh mahalnya tilam nii, kata SM dalam hati SM. Ada 2 tilam baru besar yang dibalut dengan plastik. SM pun duduk di tilam yang paling mahal harga RM2000++ (harga ni tidak termasuk harga katil). "Sedapnya duduk di tilam ni" kata SM pada jurujual pameran tilam tuu sambil melayan karenah SM yang suka banyak bertanya. "Memang sedap" kata beliau sebab ada spring di dalam tilam tuu dan ada negative ions juga. Baru SM tahu dan faham dan belajar apa itu maksud negative ions dan kebaikannya. Jurujual tilam tuu kata "negative ions yang dihasilkan oleh tilam itu boleh membantu melancarkan peredaran darah dalam badan kita dan membuatkan kita lebih mudah tidur".

SM pun bangun dan duduk di tilam yang satu lagi. Tilam tu berharga RM1400+ (harga ini juga tidak termasuk harga katil). Bila duduk jee di atas tilam tu, terasa tilam tuu melekat kat punggung SM dan terasa keras sikit tilam tuu. SM pun terkejut dan tanya kenapa rasa lain jee dengan yang satu lagi. Jurujual tu kata lagi yang SM duduk nii tidak ada spring di dalam tilam tuu tapi tilam tuu berciri high quality density foam dan branded dan tilam itu boleh juga menghasilkan negative ions. SM pun kata terima kasih kerana dapat maklumat berguna tentang peranan negative ions nii.


SM sedang bercakap sesuatu dengan penaja selepas sessi bergambar kerana menang hadiah utama cabutan bertuah.

Lepas jalan-jalan lagi tengok handphone, terperasan SM ada kaunter untuk isi borang peraduan cabutan bertuah. SM pun tanya orang yang duduk di kaunter tuu, "boleh isi ke? kena beli barang ke kalau nak isi borang cabutan bertuah? orang tu kata tak perlu beli apa-apa,isi jee. SM pun tanya lagi, kalau isi banyak borang boleh ke? orang tuu jawab lagi "tak boleh, kalau isi lebih dari 1 borang akan dibatalkan kemenangan kalau menang" SM pun kata" ooo, ok saya isi satu borang". Lepas isi borang, SM tanya lagi" bila nak buat cabutan?" orang tu kata jam 6.30 petang, tunggu sahaja di depan pentas. SM pun tengok jam, alamak dah jam 6.10 petang, baik SM tunggu jee sebab dah nak dekat buat cabutan.

Tunggu punya tunggu, seorang demi seorang nama dipanggil kerana menang cabutan bertuah. Ada yang dapat jaring kad, ada yang dapat sim pack, ada yang dapat pen knife, ada yang dapat bantal dan ada yang dapat comforter dan bermacam-macam lagi hadiah. Tinggal 2 lagi hadiah dan SM baru dapat tahu yang 2 hadiah utama tuu adalah tilam yang SM duduk tadi. Tersenyum SM sambil berkata dalam hati " huhu, ada peluang lagi dapat tilam tuu" hehe.

Cabutan dah dibuat. Seorang nama dipanggil untuk datang tampil untuk hadiah tilam bernilai RM1400+. ikk. Tiada yang tampil ke hadapan, mungkin orang tersebut dah balik. Satu lagi cabutan dibuat, tapi tiada yang tampil. Kali ketiga, cabutan dibuat. Kedengaran nama Mohd Fadli bin Zakaria dipanggil. Terkejut betul SM bila nama SM dipanggil. SM pun tampil ke hadapan dan mengadap DJ tuu. DJ tuu kata" Ada satu soalan yang perlu jawab, kalau silap dapat pen knife sahaja" .


DJ yang kendalikan cabutan bertuah ini sedang memberi soalan cepu emas pada SM " Berapa tebal tilam ini dalam ukuran inci".

Alamak, tiba-tiba jantung SM berdebar. SM ingat dah boleh menang terus. Rupanya ada soalan cepu emas lak. Soalannya ialah tilam yang SM cuba dapat nii tebalnya berapa inci? DJ tuu kata nak jawab terus atau nak pilihan a.b.c.d.e ? SM kata nak a.b.c.d.e. OK a. 9 inci b. 11inci c. 12inci d. 13 inci e. 14 inci . SM pun dah mula gelabar. SM tengok kat semua orang yang kerumun. Semua senyap jee. Tak nak bagi tahu jawapan. Ceh. mesti semua ada niat nak bagi SM tak dapat jawab soalan tuu. hehehe. Lepas tuu SM fikir cara logik. Adakah pencipta tilam nii sanggup buat tilam yang ukuran tebal bawah 1 kaki atau lebih 1 kaki. Bukan menyusahkan ke nak cipta mesin dan setting untuk tetapkan ukuran cam tuu. Kalau 1 kaki = 12 inci tuu logik laa sikit. Seperti standard ukuran ketebalan.hehe. SM pun jawab c. 12 inci. DJ tuu kata " adakah anda pasti ?" SM kata "YA" dengan penuh keyakinan walaupun dalam hati kata "hentam sajelaa". DJ tuu kata " kita tunggu jawapan selepas iklan nanti" .haha.. dia buat lawak pulak. Akhirnya DJ tu kata jawapan SM tuu adalah tepat. Yahooo. Minggu depan SM dapat tidur nyenyak di atas tilam yang berharga RM1400+ yang boleh menghasilkan negative ions. :D


SM jawab 12 inci dengan penuh keyakinan.

Tiada ulasan: