Khamis, Julai 23, 2009

Selamat Pengantin Baru kepada Abdullah Khairi bin Kamarul Zaman


Selamat pengantin baru kepada Abdullah Khairi Kamarul Zaman. Siapa dia tuu? Beliau adalah penuntut Universiti Islam Antarabangsa dan seorang pemain catur yang handal. Seorang pemain catur taraf PRO yang mempunyai National Rating 1698. Banyak kali telah membantu pasukan catur IIUM menjadi pasukan catur terbaik Universiti di beberapa kejohanan catur yang disertainya. Kenangan paling manis yang SM tidak dapat lupakan ialah semasa pusingan akhir kejohanan World Inter-varsity GACC di Universiti Malaya yang telah diadakan pada bulan November 2008.

Tinggal Khairi sahaja yang belum tamat permainannya. Semua rakan sepasukannya telah habiskan permainan masing-masing. Beliau mempunyai posisi yang tidak boleh menang dan tiada harapan langsung untuk seri. Tetapi entah macam mana, beliau boleh seri permainan tersebut dan telah berjaya membantu pasukan catur IIUM memenangi kategori Universiti Terbaik Malaysia di kejohanan tersebut dengan perbezaan 1/2 markah sahaja dengan pasukan catur Universiti Malaya.


masum1 Abdullah Khairi bersama rakan pasukan catur IIUM iaitu Bakri. Gambar ini diambil sebelum bertolak ke UUM, Sintok, Kedah sempena Karnival MASUM 2009.


Beliau juga adalah salah seorang pemain yang telah membantu pasukan catur IIUM mendapat pingat perak di kejohanan catur Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang telah diadakan pada bulan Mei 2009 di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

SM mungkin tak dapat memenuhi undangan ke majlis ini kerana terlibat sebagai fasilitator di Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Kelantan pada hari yang sama. Walaubagaimanapun SM ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berbahagia melayari bahtera perkahwinan dan semoga mereka bahagia ke akhir hayat. Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut mengenai jemputan kahwin pada 8 Ogos 2009 bertempat di Dewan Cempaka Tingkat 3, Bangunan Kompleks PKNS Bangi.

WALIMATUL URUS

Tiada ulasan: